Sunday, September 20, 2009

1 Syawal Yang Hening



Alhamdulillah.....
Bertemu lagi aku pada Syawal tahun ini.Aku bangun sewal jam 630am kemudian mandi Sunat Aidilfitri.Lepas sahaja solat Subuh,aku menunggu abah pulang.Kami membuat doa kesyukuran kemudian bfast bersama dgn Olah,Mahat dan anak2 saudaraku. Lepas saja bersarapan,kami bersiap2 untuk ke surau di belakang rumah untuk solat sunat Aidilfitri.Aku bersyukur kerana tahun ini aku di murahkan rezeki oleh Allah.Syukur tak terkira.Bonos aku tahun ini memang berbaloi dari tahun lepas..Dengan Bonos 3bulan yang aku dapat,dapatlah menampung perbelanjaan aku untu menyambut Syawal.Duit raya mcm biasa....semua anak2 saudara ku mendapat RM10 seorang.so 15org anak saudara aku yang lom bekerja totalnya RM 150.Aku bagi abah RM100.so untuk duit raya saja dah RM250.tu lom lagi duit raya untuk budak2 kecik yang datang beraya kat rumah aku....takpe la...niat nak menderma....lagipun bukan selalu.setahun hanya sekali je.Semua adik beradik aku dtg hari nie...termasuk kakak sulung aku yang durjana tu....

Man datang petang....kemudian petang tu jugak kami ke pusara Arwah Mak.Hiba rasanya....Malam tu aku ajak anak syam n anak mak tengok wayang cerita JIN NOTY....adoiiiiii citer dah la tak best......aku mcm di perbodoh2kan je bila tgk citer tu...bosan giler.....Lepas je movie aku belanja diaorang makan roti canai kt kedai mamak...maklum la masing2 dah lapar...Seronok aku.coz tahun nie au dapat beraya sakan dengan anak2 saudara aku...si Iwan dan Ira anak man dah tinggi lampai daaa....maklum la dekat 2thn aku tak jumpa diaorang.nie semua gara isteri man tak mau dtg umah coz ada Makde...

Arhhh sudah la.....apa pun SELAMAT HARI RAYA SEMUA....MAAF ZAHIR DAN BATIN

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget