Thursday, December 18, 2008

Kejadian Tanah Runtuh di Bukit Antarabangsa

Negara di kejutkan dengan tragedi tanah runtuh di Bukit Antarabangsa Damansara.Rata-rata penduduk di situ mempunyai rumah di lereng-lereng bukit yang terutamanya bangalow dan Villa.Pendek kata macam Beverly Hills Malaysia lah.Aku bersempati terhadap mangsa-mangsa nahas tersebut.Tapi tak kurang juga ramai yang kurang senang dengan perangai sesetengah penduduk di situ.Ada Bantuan makanan yang di hantar dari hotel 5 bintang,mungkin itu selera sesetengah penduduk di sana,tapi yang menjadi sakit hati itu,ada beberapa penyelamat dan wartawan ternampak berbungkus-bungkus makanan nasi bungkus di buang di tepi sampah sarap.Teruk sangat ke makanan nasi bungkus tu sampai nak buang? Sedar lah...itu kan rezeki tuhan yang beri.
Kalau lihat di television,ada sesetengah penduduk yang marah-marah terhadap pemimpin masyarakat dan penyelamat yang datang membantu dan menziarahi mereka.Patutnya dalam keadaan macam tu,sepatutnya mereka bermuhasabah diri.Tak ada siapa yang mintak benda-benda macam ini terjadi.Itukan ketentuan tuhan,lagipun mereka sendiri yang mahu rumah di lereng-lereng bukit tanpa ada sesiapa yang memaksa,risikonya kena lah sama-sama tanggung.


Pandangan Bukit Antarabangsa dari udara.Rosak teruk akibat tanah runtuh.


Kerosakan di anggarkan berjuta ringgit.Ramai di antara mereka yang terselamat di pindahkan dengan mengunakan Helikopter dan ada yang di tempatkan di hotel-hotel sementara menanti tindakkan seterusnya dari kerajaan.


Aku tabik hormat pada para rela,tentera,polis,bomba dan NGO yang bertungkus lumus membantu mangsa-mangsa kejadian tanah runtuh ini.Cuma yang aku harapkan mereka yang menjadi mangsa , banyak-banyak lah bersabar.Tak perlu nak marah-marah pada penyelamat-penyelamat yang datang membantu.Kejadian Banjir besar pernah berlaku di Johor,dan rata-rata kami yang terkena redha dengan ketentuan tuhan.



Pada yang meninggal dunia,kita sedekahkan Al-Fatehah buat mereka.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget