Sunday, May 28, 2023

Pakej Jejak Sejarah di Tanjung Pinang Indonesia 2023

Assalamualaikum semua..
Seperti tahun-tahun sebelum ini.Ini adalah pakej pada harga terbaru ke Tanjung Pinang Indonesia pada tahun ini 2023.
Korang boleh pilih untuk pakej 3hari2malam ataupun 4hari3malam mengikut kesesuaian jadual korang.

Jadi untuk maklumat lanjut bolehlah hubungi saya di talian tertera.

Ada banyak info lanjut di 

TIKTOK : RIODENAZ

FACEBOOK : RIODENAZ


 

Thursday, September 29, 2022

SEJARAH PULAU PENYENGAT

Oklah kat sini RA nak cerita sikit sejarah Pulau Penyengat dari catatan-catatan yang RA buat semasa lawatan ke Pulau Bentan.
Di ceritakan dahulunya sebelum di namakan Pulau Penyengat, ada sorang nakhoda kapal singgah mendarat di pulau ini untuk mendapat bekalan air bersih.Setelah menjejak kaki ke pulau ini mereka di serang dan di sengat oleh serangga seperti lebah yang agak besar.Sejak itulah pulau ini di namakan dengan nama PULAU PENYENGAT INDRA SAKTI.

Baiklah dari sejarahnya kesultanannya pula bermula selepas kemangkatan Sultan Mahmud yang mangkat di Julang.Di sebabkan baginda tidak mempunyai waris kerana tidak mempunyai permaisuri dan hanya mempunyai gundik dan seorang anak lelaki hasil perkawinan itu.(Gundik adalah isteri dikalangan rakyat jelata dan tidak boleh menjadi Permaisuri dan keturunannya tidak boleh mewarisi tahta kerana tidak berdarah bangsawan).
Dalam keadaan kacau bilau di istana ketika itulah Bendahara Tun Habib Abdul Jalil telah menaiki tahta dan di tabalkan menjadi Sultan. Iaitu Sultan Pertama yang berdarah Bendahara dengan menukar gelaran kepada SULTAN ABDUL JALIL RIWAYAT SHAH IV. 
Dikatakan pula bagi menyelamatkan Gundik dan putera Armahum Sultan Mahmud, salah seorang pembesar istana telah melarikan mereka ke kerajaan Pagar Ruyung.
Di Pagar Ruyung pulak, apabila Sultan & Permaisuri Pagar Ruyung mengetahui gundik dan anak Armahum Sultan Mahmud ada di Pagar Ruyung, diambilnya anak gundik itu menjadi anak angkat mereka dan di namakan Raja Kechik.Selang beberapa tahun beliau ditabalkan menjadi Sultan di Pagar Ruyung.
Di Kota Tinggi pula gempar bila tiba-tiba muncul sorang raja yang mengaku beliau lah waris Kesultanan Johor dan anak kepada Sultan Mahmud yang mangkat di julang itu.Beliau tidak lain dan tidak bukan ialah Raja Kechik. Dengan bantuan dari Kerajaan Pagar Ruyung beliau telah menyerang Johor dan menewaskan Sultan Abdul Jalil Riwayat Shah.Akan tetapi beliau tidak menaiki tahta, sebaliknya menbenarkan Sultan Abdul Jalil terus menjadi sultan dan memerintah Kerajaan Johor-Pahang di Kota Tinggi sementara Raja Kechik pula menawan Putera Mahkota kepada Sultan Abdul Jalil di Pulau Bentan.Dengan cara ini Sultan Abdul Jalil akan tunduk dan setia kepada Raja Kechik dan dialah raja sebenar yang memerintah dari belakang.
Di sebabkan kebebasan Sultan Abdul Jalil itu di sekat dan di ugut.Baginda telah membuat perjanjian dengan Bangsawan Bugis lima bersaudara iaitu Daeng Perani, Daeng Chelak, Daeng Merewah, Daeng Menambun dan Daeng Kemasi untuk membebaskan Tengku Mahkota dan menumpaskan Raja Kechik yang bertahta di Pulau Bentan.Sebagai balasannya baginda berjanji akan mengahwinkan puteri-puterinya dengan mereka dan melantik salah seorang dari mereka menjadi Yang di Pertuan Muda Riau.Tertarik dengan imbuhan itu mereka menyatakan taat setia dan akhirnya berjaya menewaskan tentera Raja Kechik dan menghalaunya,manakala Sultan Abdul Jalil terbunuh dalam peperangan itu.Putera Mahkota beliau menaiki tahta mengantikan beliau dengan gelaran SULTAN SULAIMAN BADRUL ALAM SHAH iaitu SULTAN PERTAMA KERAJAAN JOHOR-PAHANG-RIAU-LINGGA.Manakala adinda lelakinya TUN ABBAS di tabalkan menjadi Bendahara.
Daeng Chelak kemudianya di nikahkan dengan adinda baginda iaitu Tengku Mandak manakala Daeng Perani di nikahkan dengan Tengku Tengah Puteri.Mereka di kurniakan 2orang anak iaitu Raja Maimunah dan Daeng Kemboja.Di katakan Raja Kechik yang melarikan diri ke Kampar atau Perak (kalau tak silap la) itu telah membina semula angkatan perang barunya di sana.Mengetahui akan hal itu Daeng berlima, berkejar dan menewaskan angkatan perang Raja Kechik di sana.Dalam peperangan itu Daeang Perani meninggal dunia di bedil meriam manakala Raja Kechik yang tewas akhirnya pulang ke Pagar Ruyung dan mangkat di sana.
Di Riau,setelah kekalahan Raja Kechik, Daeang Merewah telah di tabalkan menjadi Yang Di Pertuan Muda Riau yang pertama.Setelah 7Tahun memerintah beliau mangkat dan di gantikan oleh adiknya iaitu Daeng Chelak.Hasil dari perkahwinan Daeng Chelak dengan Tengku Mandak mereka di kurniakan 3anak iaitu Tengku Putih Putri, Raja Haji Fisabilillah dan Raja Lumu.
TENGKU PUTIH PUTERI - Di kahwinkan dengan Sultan Kerajaan Johor-Pahang-Riau-Lingga ke2 iaitu SULTAN ABDUL JALIL II yang mengantikan ayahnya Sultan Sulaiman Badrul Alam.Kira mereka ni kawin sepupu lah.Mereka di kurniakan dua orang zuriat yang mewarisi tahtanya iaitu SULTAN AHMAD RIAYAT SHAH - SULTAN JOHOR-PAHANG-RIAU-LINGGA KE-3(Anak sulung).dan SULTAN MAHMUD SHAH III (adindanya) - SULTAN JOHOR-PAHANG-RIAU-LINGGA KE4 (mengantikan abangnya yang mangkat)
RAJA LUMU iaitu abang kepada Tengku Putih Puteri pulak berpindah ke Selangor dan membentuk Kesultanan Selangor yang ada sekarang.
RAJA HAJI FISABILILAH yang menetap di Pulau Bentan pula mengahwini Raja Fatimah iaitu anak perempuan abang sepupunya Daeng Kemboja.Mereka di kurniakan 3anak iaitu RAJA HAMIDAH (ENGKU PUTRI), RAJA AHMAD & RAJA JAAFAR.Raja Haji Fisabilillah adalah pejuang menentang penjajah Belanda di Melaka.Armahum mangkat di Teluk Ketapang dengan tangan kiri memegang meriam dan tangan kanan memegang kalam dan Al Quran.Jasad beliau di bawa pulang dan di kebumikan di Pulau Penyengat bersebelah Pulau Bentan.
Sesudah kemangkatan beliau, keadaan di istana pula ketika itu berlaku bergolakkan.Ramai golongan  Melayu dan Bugis yang bersengketa.Masing-masing mahu merebut pangkat dan kuasa di Istana.Padahal mereka semua bersaudara dek perkahwinan campur.Bagi mereka jika Bangsawan Melayu Lelaki mengahwini bangsawan Bugis wanita maka anak mereka adalah Melayu dan jika Bangsawan Bugis Lelaki mengahwini bangsawan wanita Melayu maka anak mereka adalah berdarah Bugis.Padahal kesemuanya sama jek.

Bagi mengukuhkan kedudukan bangsawan bugis di istana di Riau, maka RAJA HAMIDAH iaitu anak kepada Raja Haji Fisabililah di nikahkan dengan SULTAN MAHMUD SHAH III walaupun ketika itu Sultan dah berusia dan sudah pun memiliki 3isteri (tetapi isteri pertama sudah meninggal).
GAMBAR : RAJA HAMIDAH (ENGKU PUTERI)

Raja Hamidah ketika itu tiada pilihan dan dikatakan perkahwinan ini adalah perkahwinan politik.Sebagai balasan Sultan Mahmud Shah telah menberikan Pulau Penyengat sebagai mas kahwinnya kepada Raja Hamidah serta menberikan Rengala kebesaran di raja kepada Raja Hamidah untuk di jaga.Maka kukuhlah kedudukkan bangsawan Bugis di Riau.Raja Hamidah melahirkan seorang puteri hasil dari perkahwinan tersebut tetapi meninggal sewaktu kecil.Anak tirinya dari madu ke 2 iaitu Tengku Hussein Shah menjadi (Sultan Singapura pertama) dengan merampas Rengala kebesaran dari Raja Hamidah dan menabalkan dirinya menjadi Sultan hasil hasutan Inggeris.Manakala anak tirinya dari madu ke3 pula mendapat sokongan Belanda dan menaiki tahta di Pulau Lingga sebagai Sultan Riau -Lingga pertama.Di Johor & Pahang pula keturunan-keturunan dari Tun Abbas (adik kepada Sultan Johor-Pahang-Riau-Lingga 1), mula berpengaruh dan membentuk Kesultanan Johor dan Pahang disana.Maka berpecahlah kerajaan yang dahulunya satu.
Makam Raja Hamidah, Armahum ayahandanya Raja Haji Fisabilillah, Anak saudaranya RAJA ALI HAJI (penulis Tuhfat Al Nafis & Gurindam 12) serta beberapa kerabat di raja serta alim ulama banyak terdapat di sini hingga sekarang.Terdapat juga perigi air tawar yang tidak pernah kering-kering walaupun pada musim kemarau dan masih di gunakan oleh penduduk di sini.Satu-satunya bangunan kerajaan kesultanan Johor-Pahang-Riau-Lingga yang masih utuh bertahan di sini ialah MASJID RAYA PULAU PENYENGAT yang dibina dengan mengunakan putih telur dan tanpa paku.
Jika mahu ke sini bolehlah menghubungi RA di talian 6012-7709809 dengan mengikuti pakej-pakej 3hari2malam yang di sediakan.

Wednesday, September 28, 2022

JJNM : IKHWAN CAFE JALAN YAHYA AWAL

 JALAN-JALAN NAK MAKAN (J.J.N.M)
IKHWAN CAFE - JALAN YAHYA AWAL JB

Hai pembaca semua, haa hari ni RA nak tunjuk satu tempat bagi peminat-peminat kopi tegar Johor.Tempatnya di Jalan Yahya Awal berhadapan dengan bangunan TNB.Nama Kafe ini Ikhwan Cafe.
Menurut kata pemiliknya kafe ni baru je di buka (kalau tak silap baru 6bulan)
Ok kat sini hanya menjual Kopi & Teh ala-ala hipster dan juga beberapa manisan antaranya Kek Cawan, Roti Crossent, Balognise, Kek potong dan juga beberapa jenis biskut.
Tapi RA tak minat sangat kek-kek ni.Jadi RA bersama rakan sekerja RA,hanya memesan kopi Karemel dan Teh Hijau.Sambil-sambil minum kami berborak tentang kerja dan menikmati waktu malam di jalan Yahya Awal.
Haa, kami tak makan di dalam pun, sebab walaupun ia berhawa dingin tetapi agak tidak berapa dingin sangat.Jadi kami duduk saja diluar.Harga Kopi RA sekitar RM10 dan Teh Hijau rakan sekerja RA pulak berharga dalam RM8 (kalau tak silap lah)
Sambil makan tu sambil menangkap gambar di Jerami Gandum hiasan meja ni.Buat pecinta kopi hipster boleh lah singgah di sini.Untuk kopi yang RA minum tu RA boleh bagi 3setengah* dari 5.
Hampir 45minit kami dok berborak kat sini sebelum pulang ke rumah masing-masing

Saturday, September 10, 2022

JJNM - WR KOPITIAM GELANG PATAH

JALAN-JALAN NAK MAKAN (J.J.N.M)

KOPITIAM WR

Lama betul tak keudara.Jadi Hari ini RA nak tulis sikit pasal Kopitiam yang baru RA jumpa di Gelang Patah.Terletak di Jalan Kangkong, Kopitiam ini memang dah lama terkenal, cuma RA je yang baru tahu.Tu pun dari mulut kawan-kawan. 

Ini adalah antara menu-menu yang terdapat kat sini.Di buka dari jam 8pagi sampai 1petang,setiap hari kecuali Selasa.Kalau korang tak mau beratur panjang sila lah datang awal.Jam 9-10pagi ada waktu sibuk, kalau datang masa ni memang kenalah beratur & tunggu meja kosong.
Ini pulak pilihan menu minuman.Korang boleh cuba Kopi Karamel dia.Sedap...
Ini menu pilihan di kopitiam ni.Roti Bun Sambal & Roti Tibab.Wajib cuba dan makan kat sini.
Barisan menu pilihan RA dan kawan-kawan RA makan pagi tadi.Ada Lontong, Nasi Lemak dan Nasi Ambeng kena pulak dengan air kopi O dia.Memang syahdu betul.Kalau makan kat sini memang kenyang sampai ke petang,sebab semua menu RA nak cuba dan makan.
Tu belum lagi pekena dengan Laksa Johor dan Mee Kari dia.Kat sini konsep dia layan diri.Beratur dan buat pesanan di kaunter bayaran, lepas bayar,korang akan di beri 1 kekunci bip.Cari tempat duduk dan tunggu sampai kekunci bip itu berbunyi. Dah berbunyi boleh lah ke sebelah amik makan yang di pesan ruang mengambil makanan.
Haa,nampak tak ramai betul orang yang datang pagi ni.Kalau lambat kena lah tunggu orang bangun dan kosongkan meja.
Cuba lah datang ke sini.Korang pasti puas hati dengan menu-menu yang di sediakan.Macam RA cakap tadi, kalau tak mau tunggu lama dan beratur panjang sila lah datang jam 8pagi.
Oh yea.Ini Nasi Lemak Sambal Paru yang RA makan tadi.Tapi Paru nya tak berapa lembut lah,tapi sambal dan nasinya sedap.Kalau korang nak datang belanja la RA sekali hehehehe....
Oh yang kay Singapura tu boleh datang ke sini ikut jambatan Link Ke2.Dari sana masuk "EXIT GELANG PATAH".Nanti dari situ boleh lah korang google nama Kopitiam ini.OK...Cantikkkkk
Selamat mencuba korang.

Wednesday, April 6, 2022

BUFFET RAMADAHAN TERMURAH DI JOHOR 2022

 Perghh lama sungguh tidak menjejakkan jari di sini.Pertama sekali RA nak ucapkan SELAMAT BERPUASA untuk semua pembaca blog RA ni.

Macam biasalah setiap tahun di bulan Ramadhan mesti korang mencari Buffet-buffet berbuka di Johor kan? Oklah RA ada senarai beberapa restoran dan kafe yang menjual harga buffet yang pada RA agak berbaloi dan berpatutan...Kalau orang nak buffet Ramadhan di hotel RA memang tak senaraikan di sini yea.Boleh cari sendiri di lawan sesawang hotel meraka.

Setiap tahun  Kafe Orenji memang menyediakan buffet pada harga yang berpatutan.

Belanga Satu Bistro ni kat Adda Height.


Kat Jalan Mawar Pasir Gudang

MALAY VILLAGE PUN BOLEH




DTD CAFE DI MASAI
RA letakkan satu-satunya buffet hotel kat sini yang pada RA harganya berpatutan.





MOGA BERMANFAAT SEMUA !!!


Friday, January 28, 2022

Pantai Punggai sesuai berkhemah

 Hai gais,lama betul tidak berjumpa.Lepas sahaja RA bercuti dan berkhemah bulan lepas di Tiger Base Camp.Hari ni lagi sekali RA, Abang Mad,Kak Ros,anak-anaknya,Abang Ynus dan Abang Shu berkhemah di pantai.Tetapi kali ini kami berkhemah di tempat yang lain pulak.

Kami awalnya Abang Mad mahu berkhemah di Pantai Batu Layar tetapi di sebabkan keadaan di situ tidak sesuai untuk bermalam,maka RA mencadangkan ke Pantai Punggai yang takdelah jauh mana dari Pantai Batu Layar.Kami tiba jam 11pagi dan kebetulan kawasan pantai yang kami sampai baru seminggu di bersihkan dan di jadikan tapak perkhemahan untuk di sewa.Apa yang penting kemudahan tandas yang di sediakan.Ada 6pintu tandas yang pada RA agak selesa buat kami.

Sewa tapak perkhemahan di sini  amat berpatutan dan disebabkan kami tiba awal maka dapatlah RA pilih tempat di bawah pokok yang redup.

Pantai pun bersih dan kurang batu-batu karang.Sewa tapak di sini RM20 semalam termasuk kemudahan tandas.Sampai je apa lagi terus dirikan khemah.Abang Mad bawak 5biji khemah yea.Kami tak dapat dirikan kesemuanya sebab waktu kami tiba angin bertiup sangat-sangat kencang.Habis melayang semua barang.Sementara menunggu Abang Yunus dan Abang Shu datang (mereka datang selepas solat Jumaat), sempat lah menyediakan makan tengahari dan 2buah khemah dulu.

Lambat juga menunggu mereka berdua ni tiba.Sempatlah juga RA tidur sekejap sambil di dodoikan angin pantai yang menjanjikan.Bila mereka tiba RA terus cadangkan kami semua ke Sungai Rengit.Nak bergambar di jeti lama yang viral baru-baru ni katanya.Cantik tak gambar kitaorang kat sini.Nampak macam di luar negara kan...

Sebelum pulang ke tapak perkhemahan kami membeli sedikit barangan makanan buat tambahan makan di khemah nanti.Kuaci penting beli untuk Kak Ros yea.Kalau tidak dia akan membebel je hehe.

Malam pulak lepas je makan dan solat acara main Sahiba pun bermula.Bermacam-macam perkataan pelik lah keluar RA pun dah tak ingat dah.Memasing tak mau kalah nie hehe

Sampai jam 11malam baru nak masuk tidur.Tu pun sebab masing-masing dah tak larat mengantuk nak layan.Tapi RA dengar ada orang jadi burung hantu malam tu tak dapat tidur katanya.hehehe.

Beginilah suasana pagi di pantai Punggai.Tenang-tenang ajer.Sementara menunggu sarapan roti yang di sediakan Abang Yunus siap,kita mandi laut dulu.

Tu dia resepi roti sandwich warisan turun temurun dari Abang Yunus tengah di siapkan.

Kejap lagi lepas sarapan dan bermandi manda,RA kena berangkat pulang untuk menjalankan tugas jam 1.30petang nanti.Jadi RA tinggalkan mereka dulu sebab mereka akan bermalam lagi semalam disini.

Tinggal yea,nanti kalau sempat malam nanti RA datang yea...

Sunday, December 19, 2021

Glamcamp di Tiger Base Camp

 Rasa dah lama RA tidak mengemas kini blog RA ini.Tempoh PKP yang agak lama dan ekses internet yang terhad menghalang RA untuk mengemaskini blog ini.Tapi baru - baru ni RA dan beberapa rakan ada ke salah sebuah Glamcamp yang terkenal di Johor iaitu Tiger Base Camp.RA bertolak pada Jumaat lepas sekitar jam 11pagi.Sebab paginya ada banyak perkara yang hendak diuruskan.Sepanjang perjalanan hujan turun dengan lebat sehinggalah kami tiba di Sedeli hujan mula berhenti.Alhamdulillah selamat sampai ke simpang masuk Tiger Base camp sekitar jam 115petang.

Simpang masuk ke Tiger Base Camp ini terletak 10km dari Pekan Sedeli.Dari simpang masuk ini kami kena memandu ke dalam ladang kelapa sawit sekitar 2.9KM untuk sampai ke tapak perkhemahan yang terletak di tepi pantai.Pemandangan kat sini sangat cantik sebab pokok-pokok kelapa sawit masih lagi belum meninggi.

Alhamdulillah tiba dengan selamatnya walaupun hujan mulai renyai-renyai.

Apa lagi bila dah dapat tapak khemah yang dibenarkan kami pun tidak berlengah-lengah memasang khemah bagi mengelakkan basah dek hujan nanti.Satu yang RA suka dengan Tiger Base Camp ini kebersihan di jaga dan kemudahan tandas di sediakan cukup.Ala-ala Summer Base Camp macam kat luar negeri tu.

Pengunjung di kenakan bayaran RM20 seorang dan dikehendaki meletakkan deposit RM50 untuk pembersihan sampah.Jika lepas balik tapak khemah penuh dengan sampah sarap pihak pengurusan tidak akan mengembalikan deposit tersebut.

Kat sini boleh bersantai-santai tepi pantai atau duduk berehat sahaja di khemah atau memasang buaian sambil menghirup angin pantai.

Suasana malam pulak sangat nyaman dan tenang.Lampu-lampu mentol di pasang di sepanjang jalan dari tempat letak kereta, tandas ke tapak perkhemahan.Jadi tak lah takut nak ke tandas malam-malam.Ramai di antara pengunjung membakar BBQ dan ada yang memasang unggun api di tepi pantai.

Beginilah suasana malam di Tiger Base Camp.

Kami pulak lepas makan malam, kami sambung main Sahibbah sampai ke pukul 2pagi.Dok terkekek-kekek gelak sebab ayat yang di bina mula meraban-raban bila dah tengah malam.Jam 230pagi dah tak tahan mengantuk terus tutup Sahibbah dan RA ke tandas untuk mandi.

Sebelum masuk tidur sempat lagi ber "OOTD" di luar khemah.

Jam 630 pagi mula bangun sebab sejuk angin pantai mula masuk ke dalam khemah.Perut pun dah mula meragam nak ke tandas.Haaa bila dah selesai semua hajat dan solat subuh di dalam khemah, perut pulak lapar.Nasib baik ada bekalan roti yang di beli semalam sebelum masuk kem.

Selesai sarapan kami semua ber OOTD pulak di tepi pantai.Macam-macam aksi kitaorg buat, cuma dapat tunjuk gambar-gambar ini sahaja.

Betul tak? Memasing memasang impian menjadi model kucing berjalan suatu hari nanti.
Jam 1130pagi kami dah siap berkemas dan bertolak pulang ke rumah.RA kena balik awal sebab nak masuk keja jam 2petang.Alhamdulillah selamat sampai dan memulakan tugas jam 2petang.Balik kerja badan lepak habis...hahahaha...Terima Kasih Tiger Base Camp.


Pakej Jejak Sejarah di Tanjung Pinang Indonesia 2023

Assalamualaikum semua.. Seperti tahun-tahun sebelum ini.Ini adalah pakej pada harga terbaru ke Tanjung Pinang Indonesia pada tahun ini 2023....