Wednesday, July 25, 2018

Kesultanan Johor - Pahang - Riau - Lingga Versi Fahaman RA

KESULTANAN JOHOR - PAHANG - RIAU - LINGGA
DAN JUGA KESULTANAN-KESULTANAN SELANGOR , TERENGGANU DAN SINGAPURA
MENGIKUT PEMAHAMAN RA

Ini pertama kali RA menulis tentang sejarah dari beberapa kajian yang RA fahami.Ini adalah fahaman RA sendiri jika dan bukanlah rasmi sangat pun.Jadi jika salah silap mintak maaf lah yea.

Kesultanan Johor bermula setelah Sultan Melaka Terakhir iaitu Sultan Mahmud Shah (ala yang korang penah dengar dalam filem Puteri Gunung Ledang yang pinangannya di tolak tu).Sultan yang ini agak kejam sikit.Beliau inilah yang pernah menyuruh Hang Tuah meminang Tun Teja untuk dinikahinya.Beliau jugalah yang telah membunuh seisi keluarga Tun Mutahir (Bendahara) kerana termakan fitnah untuk merampas kuasanya dan kemudiannya mengahwini Tun Fatimah anak Tun Mutahir sebagai isterinya bagi meminta maaf.
Semasa pemerintahannya Melaka di serang Portugis dan beliau telah lari ke Kepulauan Riau dan menjadikan Pulau Bentan sebagai pusat pentadbiran kerajaan baru bagi Kesultanan Johor.
Setelah beliau mangkat anaknya Sultan Alauddin Riayat Shah 2 , anak dari perkahwinan ke4 dengan Tun Fatimah mengembangkan Kesultanan Johor-Riau dengan jayanya pada abad 18 & 19.Adik beliau Tengku Mudzaffar Shah di jemput ke Perak untuk menjadi Pengasas Kesultanan Perak di sana.Di bawah ini adalah nama-nama Kesultanan Johor dari keturunan Sultan Melaka yang membentuk Kesultanan Johor - Riau.
Sultans of JohorReign
Malacca-Johor Dynasty
Alauddin Riayat Shah II1528–1564
Muzaffar Shah II1564–1570
Abdul Jalil Shah I1570–1571
Ali Jalla Abdul Jalil Shah II1571–1597
Alauddin Riayat Shah III1597–1615
Abdullah Ma'ayat Shah1615–1623
Abdul Jalil Shah III1623–1677
Ibrahim Shah1677–1685
Mahmud Shah II1685–1699
Sampai je kat tangan Sultan Mahmud Shah 2 , beliau mangkat di Julang sehingga di gelar dan di jadikan filem "SULTAN MAHMUD MANGKAT DI JULANG".Sultan Mahmud tiada anak sebab semasa meninggal beliau masih muda dan bujang lagi.Jadi bendahara beliau iaitu Bendahara Tun Habib Abdul Jalil mengambil alih kuasa dan menaiki tahta menjadi Sultan Johor - Riau dan pengasas Kesultanan Johor-Riau yang pertama berketurunan Bendahara.Beliau memakai gelaran dengan nama 'SULTAN ABDUL JALIL RIAYAT SHAH IV.Sedikit informasi tentang ketururan TUN HABIB ABDUL JALIL ini seperti di bawah :
Kalau tak jelas boleh lah print gambar kat bawah ini.
Tun Habib Abdul Jalil a.k.a Sultan Abdul Jalil Riayat Shah IV ini adalah anak kepada Tun Habib Abdul Majid yang merupakan keturunan dari Rasullullah.Lihatlah salah silah jalur keluarganya di atas tu.Tun Habib Abdul Majid juga mempunyai seorang lagi anak (adik beradik dengan Sultan Abdul Jalil IV) iaitu Sultan Zainal Abidin I yang juga merupakan pengasas Kesultan Terengganu yang pertama.

Semasa pemerintakan Sultan Abdul Jalil Riayat Shah IV, keadaan istana agak kacau bilau.Ramai pembesar istana yang bersikap tamak , khanat dan cemburu.Maka pada saat itu muncul seorang pemerintah dari Pagar Ruyung iaitu Raja Kecik yang mengaku bahawa dirinya adalah waris sah kepada Sultan Mahmud mangkat di Julang itu.Raja kecil sebenarnya anak Sultan Mahmud hasil pernikahan secara senyap-senyap dengan anak perempuan salah seorang pembesar istananya. Pembesar istana ini membawa lari anaknya yang tengah mengandung ke Pagar Ruyung bagi menyelamatkan dari keadaan kacau bilau di Istana.Di Pagar Ruyung Raja Kecik di susukan oleh Puteri Jamilan iaitu ibu kepada pemerintah Pagar Ruyung.Setelah manjadi pemerintah di Pagar Ruyung beliau dengan askar dari Siak telah menyerang Johor.Beliau berjaya menawan Panchor dan melantik dirinya sendiri menjadi SULTAN ABDUL JALIL RAHMAT SHAH - Sultan Johor - Riau. .Manakala Sultan Abdul Jalil Riayat Shah IV di benarkan tinggal di Johor tetapi tiada kuasa dan di benarkan menjadi Bendahara.
Image result for daeng merewah riodenaz
Sultan Abdul Jalil Riayat Shah tidak berdiam diri , beliau bersama anak-anaknya Raja Sulaiman dan Tun Abas membuat cubaan merampas kuasa tetapi gagal.Raja Kecik berpindah ke Riau dan mentakbir Johor dari Riau.Manakala Sultan Abdul Jalil IV lari ke Kuala Pahang dan kemudiannya berpindah ke Kuala Terengganu.Beberapa tahun kemudian beliau berpindah semula ke Kuala Pahang dan pada masa itulah Raja Kecik telah memerintahkan Laksamananya menbunuh Sultan Abdul Jalal IV.Beliau mangkat di sana.Raja Sulaiman dan Tun Abas di bawa ke Riau tetapi tidak mahu tunduk dengan Raja Kecik dan telah meminta pertolongan dengan Bangsawan 5 Daeng Bersaudara iaitu Opu Daeng Perani , Opu Daeng Merewah , Opu Daeng Menambun , Opu Daeng Chellak & Opu Daeng Kemasi bagi membantunya memerangi Raja Kecik.Pemerintahan Raja Kecik dapat di tumpaskan dan sesetengah sejarah mengatakan beliau berlari ke Siak.Bagi membalas budi Daeng-Deang berlima yang membantunya menewaskan Raja Kecik , Raja Sulaiman telah menikahkan adik-adik perempuannya iaitu Tengku Tengah Putri dengan Daeng Perani dan Tengku Mandak dengan Daeng Chellak.Atas sokongan 5Daeng Bersaudara jugalah Raja Sulaiman di tabalkan menjadi SULTAN JOHOR - PAHANG - RIAU dengan memakai gelaran  SULTAN SULAIMAN BADRUL ALAM SHAH.Pada masa yang sama Jawatan Yang DiPertuan Muda di perkenalkan dan Daeng Merewah di berikan jawatan tersebut buat pertama kali.
BilanganYang DiPertuan MudaPemerintahan
1Daeng Marewah1722 - 1728
2Daeng Chelak1728 - 1745
3Daeng Kemboja1745 - 1777
4Raja Haji1777 - 1784
5Raja Ali1784 - 1806
6Raja Ja'afar1806 - 1831
7Raja Abdul Rahman1831 - 1844
8Raja Ali bin Raja Jaafar1844 - 1857
9Raja Haji Abdullah1857 - 1858
10Raja Muhammad Yusuf1858 - 1899
Senarai di atas ialah Senarai Yang Di Pertuan Muda Johor-Riau-Lingga 1 hingga ke 10.
Adiknya Daeng Chellak pula menjadi Yang Di Pertuan Muda Johor-Riau ke 2 selepas abangnya meninggal.Anak-anak Daeng Chellak iaitu Raja Haji Fisabilillah menjadi negarawan ulung menentang Belanda.Raja Lumu iaitu adik Raja Haji Fisabilillah menjadi Sultan Selangor Pertama dengan gelaran Sultan Salahuddin Shah Sultan Selangor I.Seorang lagi adiknya iaitu Tengku Putih Putri telah di nikahkan dengan sepupunya iaitu Sultan Abdul Jalil II - Sultan Johor - Riau -Lingga ke 2 anak kepada Sultan Sulaiman.
Daeng Perani dan Daeng Celak selepas bernikah telah di tugaskan bersama-sama saudaranya yang lain untuk membunuh Raja Kecik.Daeng Perani terkorban semasa berperang dengan Raja Kecik.yang mana Raja Kecik juga terbunuh.Setelah Sultan Sulaiman meninggal dunia tempatnya di ambil oleh anaknya iaitu Sultan Abdul Jalil II.(lihat carta salahsilah).Manakala anak Tun Abbas iaitu Raja Tun Abdul Majid menjadi Bendaharanya di Pahang dan adik iaitu Tun Abdul Jamal di lantik menjadi Temenggong di Johor.Dari julur Bendahara ini lah Kesultanan Pahang di bentuk.Mana dari jalur Temenggong pula,Temenggong Tun Abdul Jamal telah bernikah dengan sepupunya iaitu Raja Maimunah iaitu anak kepada Daeng Perani dengan ibu saudaranya iaitu Tengku Tengah Putri.Beliau di kurniakan anak.Daeng Kecil dan Engku Muda.Daeng Kecil di kenali juga sebagai Tun Ibrahim dan beliaulah dari Jalur Temenggong yang membentuk Kesultanan Johor.(lihat Carta di atas).Engku Muda adiknya pula membentuk jalur Kesultanan Singapura selepas anaknya Cik Puan Balang berkahwin dengan Sultan Hussen Shah iaitu Sultan Singapura yang pertama.

KISAH BERMULANYA DI SINI  :
KESULTANAN RIAU - LINGGA
KESULTANAN SINGAPURA
KESULTANAN JOHOR
KESULTANAN PAHANG.
OK RA nak cerita sikit bagaimana kesemua Kesultanan Johor-Pahang-Riau-Lingga-Singapura yang dahulunya bersatu tetapi kini boleh berpecah mengikut pemahaman RA.
(KALAU SILAP SILA BETULKAN YEA)

Semua kacau bilau ini berlaku semasa pemerintahan Sultan Mahmud Shah III beliau adalah Sultan bagi Empayar Johor-Pahang-Riau ke 4 (masa ni Lingga belum masuk lagi).Perebutan kuasa Yang Di Pertuan Muda terjadi setelah kematian Daeng Kemboja.Pada masa yang sama Belanda telah menawan Riau.Satu perjanjian telah di buat oleh Belanda iaitu Jawatan Yang di Pertuan Muda tidak boleh di berikan kepada keturuan Bugis.Ini telah membangkitkan kemarahan para pembesar Bugis termasuk Raja Ali (anak kepada Daeng Kemboja).Jawatan tersebut juga menjadi rebutan sepupunya iaitu Engku Muda iaitu anak kepada Temenggong Tun Abdul Jamal dengan Raja Maimunah.Seketa ini berlanjutan kerana satu mewakili dinasti Bugis dan satu lagi mewakili dinasti Melayu Johor , padahal darah masing-masing sudah bercampur baur.Untuk melegakan komflik maka di lakukan satu persetiaan oleh Raja Lumu iaitu Sultan Selangor Sultan Salahudin ayah saudara sepupu kepada kedua belah pihak.Raja Lumu dalam sejarah Riau Lingga memang menjadi sekutu kuat pihak Bugis.Beliau tidak di senangi oleh Temenggong Johor , Bendahara Pahang dan Tun dalam Raja Terengganu.Ok hasil dari persetian itu maka terjalin satu perjanjian.Sultan Mahmud Shah sebagai keturunan Melayu yang berkuasa di nikahkan oleh Raja Hamidah (Engku Putri) keturunan Bugis anak pada Raja Haji Fisabilillah abang kepada Raja Lumu.Jika dapat anak hasil perkahwinan tersebut maka di tubuhnya akan lahir darah keturunan Melayu Bugis dan menjadi keturunan Melayu-Bugis pertama di tahta kerajaan Johor-Pahang-Riau.Ini kerana sebelum ini hak Sultan adalah hak keturunan Melayu.Raja Hamidah sebagai Puteri Bugis memikul tanggungjawap berat di atas perkahwinan ini.Ini bagi menjaga kepentingan pembesar dan orang Bugis di Riau dan Johor.Raja Hamidah (Engku Putri) di berikan Pulau Penyengat sebagai hantaran Mas Kawin oleh Sultan Mahmud Shah III.Raja Hamidah sangat berpengarah keatas suaminya sehinggakan di berikan kepercayaan menjaga dan memegang Regalia kerajaan (alat kebesaran di raja).
Perkahwinan mereka tidak di kurniakan zuriat sehinggalah kemangkatan Sultan Mahmud Shah.Para pembesar Bugis mahukan campur tangan Raja Hamidah untuk menaikkan Raja Hussein anak tirinya kerana darah bugis kuat dan juga merupakan putera sulong dengan madu ke2 nya.Bukan Tengku Abdulrahman adik tiri Tengku Hussein yang berlainan ibu yang lebih berdarah Melayu.Lagi pula Tengku Hussein mendapat sokongan dari Temenggong di Johor , Bendahara di Pahang dan beberapa pembesar Melayu.Semasa ketiadaan Tengku Hussein, Raja Djaafar iaitu abang kepada Raja Hamidah telah menabalkan Tengku Abdulrahman menjadi Sultan Sultan Riau-Lingga pertama dengan di sokong oleh Belanda yang berpusat di Lingga,walaupun tanpa Regala iaitu alat kebesaran bagi seseorang di tabalkan menjadi raja.Ini kerana Raja Hamidah tidak mahu menyerahkan Regala tersebut.Tengku Hussein yang kecewa telah berpakat dengan British yang bertapak di Singapura dengan merasuah Raja Hamidah untuk mendapatkan Regala tersebut,Mendapat tahu yang anak tirinya tu bersengkokol dengan British,beliau berasa marah dan tidak tunduk dengan permintaan mereka.Raja Hamidah tidak mahu ada kuasa luar samaada dari Belanda atau British campur tangan dalam urusan negara.Akhirnya setelah gagal mendapatkan Regala itu,Tengku Hussein telah menyuruh pengikutnya mencuri Perabung Istana Raja Hamidah dan menabalkan dirinya sebagai Sultan Singapura walaupun tanpa Regala atas sokongan British.Maka berpecahlah empayar Johor ketika itu.Kesultanan Riau-Lingga di takbir oleh Sultan Abdulrahman manakala Singapura-Johor-Pahang di bawah kuasa Sultan Husein.

Kesahihan perlantikkan Sultan Hussen sebagai Sultan Singapura tidak di iktiraf oleh raja raja Melayu ketika itu dan jawatannya hanya sekadar nama sahaja.Pengaruh beliau terhadap Johor dan Pahang juga mulai berkurangan manakala pengaruh Temenggong (di Johor) dan Bendahara (di Pahang) pula mula menjadi lebih berkuasa.

Bagi Sultan AbdulRahman merasa kedaulatannya masih belum terjamin kerana belum memiliki Regala.Sultan AbdulRahman dan Belanda mengambil langkah berani dengan merampas dan memaksa Raja Hamidah menyerahkan Regala tersebut di Pulau Penyengat setelah mendengar khabar angin bahawa Sultan Hussein juga telah meminta bantuan British untuk mendapatkan Regala tersebut.Akhirnya regala itu telah berjaya di rampas oleh Belanda tetapi sebelum di rampas Raja Hamidah telah bersumpah bahawa Regala tersebut sudah kehilangan daulatnya akibat di ambil secara paksa.Sultan AbdrulRahman kemudianya di tabalkan sekali lagi menjadi Sultan Riau-Lingga tetapi kali ini dengan penuh alat kebesaran.Mengingati sumpahan Raja Hamidah , beberapa kejadian demi kejadian berlaku dalam Kesultanan Riau-Lingga.Bermulanya dengan perjanjian British-Belanda yang mana Sultan AbdulRahman tidak boleh berkuasa di Johor dan Pahang.Kuasa di berikan pada Bendahara dan Temenggong atas pengaruh British.Manakala di Riau dan Lingga beliau masih berkuasa tetapi atas pengaruh Raja Djafar yang pro kepada Belanda.

Makan Raja Hamidah (Engku Putri) di Pulau Penyengat.

Bagi Sultan Hussen kuasa beliau ke atas Singapura mulai berkurangan sehingga akhirnya beliau mengambil keputusan untuk berhijrah ke Tengkera Melaka dan meninggal di sana.Makamnya masih ada di Masjid Tengkera.Sultan Ali mengambil alih kedudukan ayahnya tetapi tidak di iktiraf oleh British di Singapura ketika itu.

Selepas Sultan Abdul Rahman mangkat putranya Sultan Mahmud IV Muzzaffar Shah, mengambil alih kerajaan dari ayahnya.Baginda kemudiannya di singkirkan dari jawatan Sultan Empayar Johor oleh bangsawan Bugis ketika itu.
Selepas pengulingan tersebut bangsawan Bugis telah melantik sultan yang baru iaitu Sultan Sulaiman II Sultan bagi kerajaan Riau-Lingga.Beliau pula telah menandatangani perjanjian pengasingan Empayar Johor yang mana sisa cebisan Johor-Pahang di bawah penguasaaan Bendahara di Pahang manakala Riau-Lingga masih dibawah penguasaannya.Mengetahui akan hal itu Temenggong Ibrahim dari Johor telah bertemu dengan Bendahara Pahang dan menandatangani satu lagi perjanjian yang mahukan wilayah Johor (darat) dimiliki oleh keturunan Temenggong dan keturunannya untuk memerintah.Dengan penjanjian ini juga maka terbahagi dua lah sisa-sisa empayar Johor iaitu Johor dan Pahang.Beliau menguna nama Raja Temenggong Tun Daeing Ibrahim dan tidak mengunakan gelaran Sultan kerana menghormati Sultan Ali (anak Sultan Hussein) yang masih hidup ketika itu.Sesudah kemangkatan Temenggong Ibrahim, anak beliau Sultan Abu Bakar mengambil alih pemerintahanya dengan memakai gelaran MAHARAJA SULTAN ABU BAKAR dan membentuk Johor Moden sehinggalah kehari ini.

Di Lingga pula dengan hanya sebatang pena Sultan Sulaiman II telah menandatangani satu lagi perjanjian dengan Belanda bagi mengiktiraf dan menyerahkan kedaulatan wilayah kekuasaanya di Lingga dan Riau kepada Belanda.Dengan perjanjian itu maka hilanglah kuasa Sultan di Riau-Lingga dan akhirnya Kesultanan Lingga-Riau ini dihapuskan oleh kolonial Belanda pada 10 Feb 1911.Menjadi titik tolaknya permulaan sempadanan Malaysia-Indonesia.

Sekian lah ceritanya...Banyak meninggalan sejarah di Pulau Penyangat dan di Pulau Bentan sebenarnya.(pusat Kerajaan lama Johor-Riau-Lingga). Jika anda mau ke sana anda boleh amik pakej-pekaj yang RA telah sediakan pada post-post yang lepas.Atau boleh je telefun RA di talian 012-7709809.
Baiklah setakat ini sahaja.Kalau ada silap dan salah mohon di maafkan hehehehe

No comments:

Pakej Jejak Sejarah di Tanjung Pinang Indonesia 2023

Assalamualaikum semua.. Seperti tahun-tahun sebelum ini.Ini adalah pakej pada harga terbaru ke Tanjung Pinang Indonesia pada tahun ini 2023....