Sunday, May 13, 2018

Ekpedisi ke Gunung Jantan Tanjung Balai Karimun

Ini adalah ekpedisi penutup RA sebelum bulan Ramadhan.Kali ini agak luar dari Malaysia iaitu di Tanjung Balai Pulau Karimun Indonesia.Gunung Jantan adalah gunung yang tertinggi di Pulau Karimun iaitu setinggi 440meter.Gunung ini juga mempunyai pasangannya iaitu Gunung Betina yang terletak bersebelahan sahaja.
Ada banyak laluan untuk ke Gunung Jantan , antara yang paling popular adalah :
1.Dari Air Terjun Pongkar (laluan jalur hutan) 
2.Dari Kampung Pasir Panjang (laluan jalur hutan)
3.Dari Jalan Semenisasi Desa Pongkar (laluan konkrit + Tangga Batu).
RA pilih laluan jalur hutan dari Air Terjun Pongkar.
RA bertolak dari hotel di Tanjung Balai seawal 6pagi (waktu Indonesia).Untuk ke sini mengambil masa 20minit dengan menaiki kereta.Pagi ini nasib baik kurang memuaskan kerana hujan turun dengan lebatnya.Nasib baik saat tiba di pintu masuk Air Terjun Pongkar hujan mulai reda dan hanya gerimis mengundang.cheh wah..RA menunggu Satria dan rakannya iaitu penduduk di Pulau Karimun yang selalu ke Gunung Jantan.Mereka inilah yang menjadi pemandu arah kami nanti.Inilah dia Air Terjun Pongkar yang di katakan tu.Air terjun ini juga menjadi sumber air penduduk setempat di sini.
 Tak jauh dari Air terjun bermulalah pendakian kami.
 Sempat lagi eh bergambar.RA berempat je mendaki bersama Salina , Norman dan Kak Laila.Seorang lagi rakan kami duduk bawah sebab tak larat katanya.
 Ini lah Satria berseluar pendek salah seorang teman baru kami semasa pendakian.Dia dan rakannya Wizora lah yang banyak menunjukkan kami laluan di sini.Satria berasal dari Palembang dan sudah 3tahun bekerja di sini.
 Haa yang berbaju Puma itula Wizora.Dia berasal dari Jogjakarta.Rakan kepada Satria. 
 Ini baru tiba hentian pertama.Agak mencanak juga gunungnya.Nasib baik takde pacat.
 Papan tanda peringatan di laluan yang kami jalanani.
 Untuk sampai ke hentian pertama mengambil masa sejam (ikut stamina masing-masing).Satria kata ada yang ambil masa 2jam juga,Alhamdulillah kami cuma mengambil masa sejam 10minit sahaja walaupun laluan agak basah dan hujan gerimis menyambut kehadiran kami.
Setelah berehat seketika kami meneruskan perjalanan ke atas lagi dan bertemu dengan bongkah-bongkah batu pula.
 Laluan agak sempit dan licin sedikit,Makumlah kan baru lepas hujan lebat.Tapi Alhamdulillah kami dapat tempuhi.
 Akhirnya setelah berhempas pulas lebih 2jam lebih kami tiba di puncak.Suhu kat atas ni memang sejuk nak-nak baru je lepas hujan lebat.Masa tiba gerimis mulai reda.Pemandangan kat sini memang terbaik lah.
 Tiba di atas terus ambil gambar untuk kenangan.
 Antara pemandangan dari atas puncak.NIe kalau pokok -pokok kat tepi tu takde mesti lebih cantik sebab nampak gugusan beberapa pulau yang berdekatan.
Sepatutnya untuk nampak pemandangan yang luas kena naik atas batu tu.Tapi di sebabkan keadaan batu yang licin dan berbahaya selepas hujan , kami batalkan untuk naik kat atas batu tu.
 Apapun dari atas sini pun tak kurang hebat juga pemandangannya.
 
 Puas hati bila sampai di puncak.
 Muka-muka gembira bercampur penat. 
 Kami ke atas menara peninjau di gunung ini tetapi di sebabkan sudah uzur dan tidak selamat menara ini di tutup untuk para pendaki.Jadi RA cuma sempat bergambar di bawah menara sahaja.Saat tiba di sini ada beberapa penduduk setempat yang mendaki melalui laluan tangga dan jalan Konkrit pun tiba bersama kami.Gambar kenang-kenangan bersama mereka.
 Batu menanda kat tepi RA inilah titik penanda paling atas puncak Gunung Jantan
 Inilah pemandangan ari bawah tempat kami bermula dan dari atas puncak.Tinggi juga kan...? 
Setelah puas berehat dan bergambar di puncak kami mengambil keputusan untuk turun melalui laluan tangga dan jalan konkrit.Nampak mudah kan? tapi sebenarnya laluan ini lah yang paling panjang dan berbahaya.RA hampir-hampir mau jatuh tergolek dek jalan yang curam dan licin di sini.Nasihat RA sila lah guna laluan trek hutan untuk naik dan turun.Bagi yang belum ke sini RA syorkan sila la ke Gunung Jantan.Walaupun tak setinggi mana ianya satu pengalaman yang tak dapat di tempat lain.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...