Sunday, March 25, 2018

Hari Terakhir di Tanjung Pinang

 Malam semalam lepas kami balik dari Pulau Beralas Pasir sempat lah kami semua singgah makan malam di Melayu Square nie.Makan lauk asam pedas orang sini katanya.Ikan Merah Asam Pedas kat sini boleh tahan juga sedapnya tetapi mungkin di olah manis sedikit mengikut citarasa masyarakat di sini.Harga makan malam kami semalam sekitar RM60 untuk 4orang makan.Ada sayur , telur dan otak-otak.
 Pagi minggu di Pekan Tanjung Pinang jalan-jalan utama di hadapan Melayu Square hingga ke bangunan kerajaan seperti di gambar atas akan ditutup untuk motor,kereta dan lori.Hanya basikal dan di benarkan berada di jalan raya.Masyarakat di sini melakukan riadah dengan berlari , berjalan kaki dan ada yang mengikuti tarian zumba yang di aturkan oleh pemerintah di sini.
 RA dan Lenny, kami pagi - pagi ikut serta tengok kemeriahan di sini.Sambil-sambil tu kami berjalan kaki menuju ke Pekan Tanjung Pinang untuk membuat "boarding pass" feri pulang ke JB.Sempat lah singgah gambar-gambar sebentar di Laman Boenda nie.
 Haa kat belakang tu Pulau Penyengat.Jarak cuma 1km je dari Pekan Tanjung Pinang.
 Pulau Penyengat yang mempunyai 1001 sejarahDari kejauhan kelihatan nelayan mencari rezeki
 Bot -bot besar ikut serta.
 Haa nie lah yang RA katakan tadi.Nak buat "confirm" tiket a.k.a Boarding pass di kenakan bayaran RP170,000 dekat dekat RM50 seorang walaupun kita dah ada tiket balik tetap kena ke agent feri untuk buat "boarding pass" ni.Buat duit betul diaorang nie yea.
 Feri tengahari tak jalan katanya sebab rosak.Satu hari cuma ada 3feri sahaja untuk ke Johor Bahru.Feri pertama bertolak pagi jam 8.Feri kedua bertolak jam 12tengahari dan feri ke 3 bertolak jam 4petang.Jadi kenalah kami semua bertolak jam 4petang gamaknya.Perjalanan nak balik hotel tu sempatlah bergambar lagi hehehe.Air laut tengah surut pagi ni.
 Memandangkan kami ada banyak masa lagi , jadi lepas berkemas-kemas bag , kami semua ke Pasar basah Tanjung Pinang untuk melihat bagaimana suasananya di sini.Orang sini panggil pasar pagi.Haa tengok tu hasil tangkapan laut yang di jual di sini.Semuanya segar-segar baru turun dari laut.RA paling tertumpu kat Udang Galah tu.Harga sekilo di sini cuma sekitar RM30 jek.Nasib baik lah RA bukan jenis peminat udang.Ikan-ikan di sini juga murah-murah tau.Kalau nak beli boleh beli dalam jumlah yang banyak kemudian pek kan dalam kotak berisi air batu dan bawa balik ke JB.
 Selain hasil laut ada , ada sayur-sayuran , buah-buahan dan paling banyak di jual ialah petai dan jering.Siap yang dah kopek pun ada.
 Buah salak memang banyak kat sini.Kupang,Ikan kering dan siput pun ado...
Haa beginilah keadaan di belakang pasar tepat mana bot-bot nelayan memunggah hasil tangkapan mereka.Perghhh sampah sarap jangan cakaplah , banyak tersangkat kat celah celah bawah kayu tu.Lagi satu kerang-kerang kat sini saiznya besar-besar tau,kalah yang kat JB.
 Untuk yang nak membeli belah baju-baju dan busana boleh lah ke pasar kain yang tak jauh dari pasar ikan.Kat sini leh beli telekung , baju kurung , kain , langsir , bag tangan dan macam-macam lagi lah.
 haa tu dia geng Cik Kuntum tengah memilih baju sambil membawang hehehehe
 Agak-agak dah pukul 12tengahari kami balik ke hotel untuk mengambil bag kami dan bersiap-siap untuk daftar keluar.Sempat lagi 2orang makcik nie merayap depan hotel tengok jualan kerang dan lokan di situ.Katanya harga kerang siap rebus dan masak cuma RM15 je sekilo.Murah kan?
 Tapi makan tengahari kami bukan kerang rebus.Kami ke Restoran Nasi Padang Sederhana yang tidak jauh dari hotel untuk makan di sini.Menu yang kami pilih biasa-biasa je.Telur goreng , Gulai Sayur Nangka,Ayam kari dan tempe goreng belado.
Air kami Teh O beng dan mereka sediakan pemanis agar-agar untuk kami.Nak tahu berapa harga makan tengahari kami? sekitar RM 75 untuk 4orang.Agak mahal juga yea.Oklah perut dah kenyang hati dah senang kami segera ke jeti untuk mengambil feri pulang ke Johor.Alhamdulillah selamat tiba di Terminal feri Stulang Laut pada jam 7malam.

Saturday, March 24, 2018

Pulau Beralas Pasir Bintan

Pulau Beralas Pasir a.k.a White Sands Beach 

Lama sebenarnya RA dah lama simpan hasrat nak ke sini , tapi di sebabkan sibuk dengan urusan kerja dan tiada rakan melancong yang boleh di bawa bersama jadi terpaksa RA tangguhkan sehinggalah ke hari ini.Lagi pun dah terlanjur berada di Tj Pinang nie apa salahnya singgah ke sini.Cuma 50minit memandu dari Pekan Tanjung Pinang.
Ini adalah rupa muka bumi pulau ini dari udara.Kecik je tapi sangat-sangat ekslusif..
Ok RA cerita sikit pasal pulau ini yea, sebenarnya pulau ini tidak lah sebenar mana.Ia adalah sebuah pulau berpasir yang berada di tengah-tengah laut sekitar 45minit perjalanan dari Pantai Trikora.Lokasinya yang sangat persendirian dan begitu eklusif buat pengunjung sehinggakan makanan dan minuman dari luar tidak di benarkan di bawa masuk.
Ini untuk menjaga kebersihan pulau ini
Semua aktiviti makan dan minum hanya boleh di beli di dalam pulau ini sahaja.Diaorang nak jaga kebersihan pulau ini.
RA tiba agak lewat sikit,iaitu sekitar jam 11tengahari (waktu Malaysia 12tengahari).Sedikit panas jadi bagi mengelakkan kulit bertambah hitam RA tak jadi turun ke pantai.
Terdapat banyak pondok-pondok dan buai-buai gantung di bawah pokok yang boleh di jadikan tempat berehat.
Inilah antara beberapa pondok yang di sediakan oleh pihak pengusaha pulau untuk para pengunjung berehat.Angin memang bertiup kencang,boleh tertidur nyenyak betul.
Memang sesuai untuk mereka yang mahu lari dari kesibukkan kota.
Antara Chalet dan juga ponduk punkin yang di sediakan di sini.
Ini pulak makanan pilihan RA di sini..Air kelapa , Bakwan Sayur (jemput jemput) , Goreng Pisang Cheese , Nanchos  dan Sotong Goreng Tepung..Harga sangat sangat berpatutan.(sekitar RM60)
RA belanja lagi gambar di persisir pantai pulau ini.
Pulau ini juga sesuai untuk pasangan kekasih.Sangat romantik .
Boleh juga di jadikan lokasi majlis persandingan tau.
Rasainya sendiri.Nasib baik lah ada kawan RA yang boleh di jadikan jurugambar sambilan.hehe
Dua gambar di lokasi yang sama tapi mempunyai dua pemandangan yang berbeza.
Memang puas mandi di sini.
Ini adalah beberapa sesi bergambar dengan hanya mengunakan kamera di telefun bimbit sahaja.
Laut yang membiru cuaca yang baik dan lokasi yang sesuai untuk beriadah.
Anda boleh memilih untuk bersnokeling juga.Tapi peralatannya kenalah sewa dengan pengusaha pulau ini.
Ini adalah lokasi di hadapan restoran.Anda boleh memilih untuk makan di dalam restoran , di pondok pengkin atau di meja atau kerusi jemur di tepi pantai.
Boleh juga berjemur sampai ke petang di sini.
RA memilih untuk berehat sahaja.Tapi bila tengok cuaca mulai redup RA tak sabar untuk terjun mandi.
Boleh juga bergambar di buaian ini.Untuk pulang ke tanah besar , RA hanya perlu memberitahu pekerja restorat n resort dan 30minit selepas itu bot akan tiba mengambil RA untuk pulang.
Bagi yang mau ke sini boleh lah melihat harga pakej mampu pergi yang telah buat di :

Friday, March 23, 2018

Ke Tj Pinang Pulau Bentan kita.

 Hari nie kan cuti sempena Hari Keputeraan Sultan Johor , jadi Johor cuti hari nie.Di tambah dengan cuti hujung minggu dari hari Jumaat sampailah Ahad nie kami rakyat Johor bercuti.Perancangan awak kononnya nak ke Cameron Highland tapi akhirkan terjebak ke Tanjung Pinang Pulau Bentan dan tersasar sekali ke Batam gara-gara tertinggal feri....
 Kalau nak tunggu feri yang seterusnya ke Tj Pinang mau petang baru berangkat.Jadi kami ke Batam jalan-jalan di sana sebelum menaiki feri dari Batam ke Tj Pinang.Bukan apa ada sorang kawan RA nie belum pernah ke situ pun...Perjalanan dari Stulang Laut ke Batam mengambil masa 2jam melalui laluan laut di Selat johor dan Selat Singapura.Inilah antara kepulauan-kepulauan yang berhampiran.
 Melalui pelabuhan Pasir Gudang dan Pulau-pulau kecil milik Singapura.
 Sesekali kelihatan feri kami memintas bot-bot nelayan yang berada di sekitar perairan ini.
 Selepas 2jam perjalanan Alhamdulillah selamat tiba di pelabuhan Harbour Bay Batam.RA terus mendapatkan teksi dan destinasi pertama yang di tuju ialah ke Nagoya Mall.Pasaraya terbesar di Batam ni menjual pelbagai barangan dari kasut , baju , bag dan macam-macam lagi.
 Memandangkan hari dah tengahari , kami makan tengahari di sini dulu.Di sebabkan bermusafir , RA tak buatlah Solat Jumaat di sini.Terus Jamak Asar nanti di hotel saja.Tak banyak yang RA beli di sini sekadar cuci mata dan bergegas ke pelabuhan Sepanggar untuk menaiki feri ke Tj Pinang.Dari Nagoya Mall ke pelabuhan sepanggar mengambil masa 45minit perjalanan mengunakan teksi.Tiba di sini terus beli tiket ke Tj Pinang yang berharga sekitar RM25 seorang/sehala.
 Alhamdulillah jam 430petang kami semua tiba ke Jeti Tanjung Pinang.Dengan tidak melenggahkan masa kami terus ke Dermaga feri Pulau Penyangat yang tidak jauh dari situ untuk ke Pulau Penyengat.Cuaca hari ini cukup baik dan perjalanan ke Pulau penyengat hanya mengambil masa 25minit sahaja.Tak jauh mana pun.
 Gambar atas dalam bot ke Pulau Penyengat.Gambar bawah di hadapan Balai Adat Pulau Penyengat.Tapi tempat pertama yang kami tuju ialah ke Masjid Raya Pulau Penyengat.
 Inilah dia masjid yang menjadi kebanggaan masyarakat di Pulau Penyengat ini.Masjid yang di bina sejak Kesultanan Johor-Riau-Pahang ini hanya mengunakan Putih Telur dan begitu gah sehingga ke hari ini.
 Selesai bersolat di sini sesi bergambar di mulakan.
 Haa nampak tak semua nak bergambar.Baiklah Pulau Penyengat mendapat namanya dari seekor serangga terbang bernama Penyengat yang seperti Tebuan.Dulunya terdapat banyak Penyengat di sini jadi pelayar-pelayar menamakan pulau ini dengan nama Pulau Penyengat.
Suasana kampung yang tenang dengan angin laut yang meniup di sini cukup memberi keselesaan kepada setiap pengunjung.
Kami memutuskan untuk berjalan kaki sahaja mengelilingi Pulau Penyengat.Dan tidak jauh dari Masjid Raya terdapat makam-makam kerabat di raja dan pembesar-pembesar istana.Makam Raja Hamidah pemilik asal Pulau Penyengat dan Makam Raja Haji Abdullah Biduanda Negara-pencipta Syair Gurindam 12 juga ada di sini.  
Perjalanan di teruskan ke Balai Adat yang terletak di belakang pulau ini.Untuk ke sana kami melalui jalan-jalan kampung dan rumah-rumah penduduk.Di sebabkan kami tiba dah lewat petang Balai Adat dah pun di tutup.Jadi kami cuma sempat ke bawah balai untuk mengambil air perigi di sini.Air perigi di sini tawar dan boleh terus di minum.Agak pelik bila pulau yang di kelilingi laut terdapat perigi air tawar di tengah-tengahnya.Inilah yang menjadikan Pulau Penyengat sangat popular dan menjadi tempat persinggah para pelayar pada zaman dahulu selain di jadikan tempat berteduh dan kubu menentang penjajah oleh Kesultanan Johor-Riau-Lingga-Pahang dahulunya. 
 Perkampungan nelayan di waktu petang.Memang mendamaikan.
 Berhampiran Balai Adat ini ada jeti nelayan yang sesuai untuk bergambar di sini.
 Cantik sungguh pemandangan di sini kan.
 Beberapa keping gambar di ambil sesuai untuk sesi pengambaran di sini.
 Wah dia pun nak jugak....
Tiga tempat yang berbeza di dalam Pulau yang sama.Istana lama , Istana Kantor dan tepi tangga masuk ke istana Kantor.hehehehe 
 Hari pun dah nak masuk senja.Jadi jam 630petang kami dah di hadapan jeti untuk pulang ke Tanjung Pinang.Mereka berdua nie masih lagi nak bergambar.Tak puas katanya.
 Pak cik bot dah pun menanti kami untuk bawa pulang.Suasana senja di tepi laut memang hening.
 Selamat Tinggal Pulau Penyengat.RA dan rakan-rakan pasti akan ke sini lagi.Malam ini kami bermalam di Tanjung Pinang.Tempahan hotel pun dah di buat. 
 Inilah bentuk muka Pulau Penyengat dari bot semasa mahu pulang ke Tanjung Pinang.Jam 7malam kami tiba di hotel dan membersihkan diri dan bersiap-siap untuk makan malam. 
 Makan malam kami sangat-sangat biasa.tak jauh dari hotel tempat kami menginap terdapat warong yang menjual pelbagai makanan.Ada mee rebus , mee goreng , Bakso dan macam-macam lagi.Ramai masyarakat tempatan yang makan di sini.
Selesai makan malam RA dan rakan-rakan ke hadapan Melayu Square.Kat sini terletak deretan warong-warong di tebing pantai yang menyediakan pelbagai makanan.RA ke sini untuk mengopi dan menikmati suasana malam sambil menonton di layar pacak yang banyak terdapat di hadapan warong-warong ini.Kopi Kopicino menjadi pilihan RA selain kacang rebus.Yang kat sebelah tu jagung cheese yang Kak Nini beli.
Pisang keju cokelat pun ada.Duduk-duduk makan dan berbual-bual sampai tak sedar waktu dah ke pukul 1030malam ( 1130malam waktu Malaysia).Kami pun berangkat pulang ke Hotel untuk beradu.Esok ada aktiviti menarik ke Pulau Beralas Pasir pulak.

Pakej Jejak Sejarah di Tanjung Pinang Indonesia 2023

Assalamualaikum semua.. Seperti tahun-tahun sebelum ini.Ini adalah pakej pada harga terbaru ke Tanjung Pinang Indonesia pada tahun ini 2023....