Thursday, December 14, 2017

Gulmarg umpama Narnia dalam filem

Assalamuaikum,selamat pagi semua..Pagi ini RA bangun seawal jam 530pagi untuk bersolat subuh.Memang bercinta nak bangun dalam keadaan suhu yang sejuk nie.Di tambah pulak kena amik air sembahyang yang airnya sejuk macam air batu.Tapi demi kewajipan RA gagahkan juga cabaran ini.Yeeaaaaa Alhamdulillah RA berjaya.
Jam 630pagi bila bukak tingkap keadaan di luar dah mula cerah.Sejuk-sejuk ini perut memang cepat lapar.Lepas mandi air panas dan berehat sebentar RA pun turun ke tingkat bawah resort ini menanti sarapan pagi kami di sediakan.Kami daftar masuk di sini belum pada musim salji tebal jadi resort-resort di kawasan ini agak kurang pelancong.Kata pemilik resort selalunya pelancong datang saat musim perayaan Krismas dari 24Disember hingga Febuari.
Bagus juga bila takde ramai pelancong ini , kami menerima layanan seperti resort ini kami yang punya haha.Ini lah keadaan di luar resort RA pada waktu pagi.Ada sungai di sebelahnya yea..
Masih di liputi salji dari pagi semalam tak cair-cair bawak hingga ke hari ini.Terasa macam orang tabur bedak je kat tanah nie haha.Bilik RA dan yang lain-lain kat tingkat 2 tu jek.
Sementara tunggu sarapan siap inilah kerja RA.Ambil gambar seberapa banyak yang boleh.
Semua rumah-rumah yang ada kat sini bukannya rumah kediaman.Kebanyakkannya resort-resort percutian.Di anggarkan ada lebih 500 buah resort di kawasan ini dari 2bintang hingga ke 5bintang.
Ambil gambar kat pokok ini pulak ala-ala macam dalam filem korea.
Wah-wah diaorang ini pun ikut sama bergambar.Selesai sesi bergambar kami pun bersarapan pagi dan bersiap-siap untuk daftar keluar.Perjalanan hari ini menuju ke Gulmarg.Sebuah kawasan pergunungan yang terkenal di Kashmir.
Jam 9pagi kami semua dah siap menuju ke Gulmarg.Perjalanan melalui sungai-sungai dengan pemandangan gunung-gunung Himalaya di sini memang cukup menenangkan.
Salji pulak mulai mencair sedikit demi sedikit dan airnya masuk melalui sungai-sungai berhampiran.
Memang tak lepaskan peluang untuk bergambar.Tiap kali nampak pemandangan yang cantik RA akan suruh pemandu kami untuk berhenti dan kami semua turun bergambar.
Di Kashmir anda akan nampak memang banyak jambatan besi macam ini
Perjalanan dari Pahalgam ke Gulmarg mengambil masa 2jam setengah.Tapi bila jalan asik nak berhenti ambik gambar je rasanya amik masa sampai 3jam kot baru tiba.Ikutkan memang masih mengantuk lagi , tapi di sebabkan pemandangan di luar sangat cantik RA paksa mata untuk tidak tidur hahaha.
Di sekitar kawasan ini adalah merupakan ladang-ladang untuk tanaman kendang , bawang dan sayur sayuran.Tapi di sebabkan musim sejuk tanaman di sini sudah abis di tuai untuk mengelakkan kerugian.
Akhirnya RA tewas juga sampai tertidur dalam perjalanan ke Gulmarg.Bila sadar je perut dah mula lapar sebab jam dah pukul 12tengahari la.RA suruh pemandu kami berhenti di mana-mana restoran berhampiran untuk kami makan tengahari.Ada rasa nak terkucil jugak nie sebab cuaca sejuk sangat.jadi kami ke kedai tepi lebuhraya ini.Wah Beriani ayam kat sini harga RM17 sepinggan yea.Tapi satu pinggan tu boleh makan untuk 2orang.Perut dah kenyang jadi kami menyambung perjalanan ke Gulmarg.Dah tak jauh lagi katanya adalah dalam 30minit.
Sampai di station pintu masuk Gulmarg kenderaan kami perlu di tukar kepada Jeep 4WD yang tayarnya di lilitkan oleh rantai besi.Pada musim sejuk salji memang tebal di Gulmarg kerana berada di ketinggian lebih dari 3000 meter dari paras laut.Kenderaan yang bertayar biasa memang tak boleh menaiki ke kawasan ini.
Inilah video yang sempat RA rakamkan masa perjalanan ke Gulmarg
Memang teruja bila melikat salji-salji di sini.Sangat-sangat cantik seperti berada di dunia Narnia.Di sinilah syurga bagi peminat-peminat luncur salji.
Jalan raya kat sini jika salji turun memang mereka akan jurus dengan air dan di letakkan papan tanda peringatan untuk pejalan kaki untuk berhati-hati kerana keadaan jalan yang agak licin.
Alhamdulillah selang 45minit kami tiba di Gulmarg.Terdapat padang golf 5bintang di atas pergunungan ini.Selain dari itu terdapat hotel-hotel bertaraf 5-6bintang dan station kereta kabel untuk ke puncak.
Sempat RA rakam video untuk tatapan
Haa inilah dia hotel RA menginap.Nama hotel Mama Palace.Teba sahaja terus letak bag dan keluar main salji.Sebab dah ada permaian yang menunggu kami di luar hotel.
Inilah dia yang menunggu kami di luar.Orang sana panggil nie "Glader slice".Kami duduk atasnya nanti mereka tolak kami dari atas bukit dan turun dengan laju giler...
Video ini RA rakam semasa menuruni bukit mengunakan Glade Slice
Ini pulak padang golf yang di liputi salji.Kalau musim panas nie penuh menghijau dengan padang rumput.
Memang mengila bila nampak salji tebal nie.Tengok je lah si Manja dan cikgu Rosnah nie siap baring atas salji lagi.Sejuk wehhh..Kak Hamidah dah tak tahan sejuk tu tapi tetap nak main salji.
Apa yang dapat RA katakan salji di sini sangat tebal dan halus-halus.Ini antara resort golf yang di selaputi salji.
Pergh setiap seruk kami pusing.Bila sampai kat dataran pekerja glider tu tarik kami tapi bila tiba kat atas bukit masa tu la diaorang ikut sama-sama duduk atas glader slice tu turun dengan lajunya bersama RA.
Nampak salji tebal memang memberikan kami kepuasan sebab inilah yang di cari sebelum tiba di sini.Kat Malaysia mana nak jumpa kan.
Tengok RA sanggup redah salji tebal tu tau semata-mata nak bergambar kat pondok tepi hutan tu.Salji tu setinggi peha RA saat RA pijak di situ.
Ala-ala Winter Sonata katanya.
Ini sesi bergambar dan sesi kena buli dengan pekerja-pekerja Glader Slice.
Habis disimbah oleh salji sampai masuk dalam tengkok baju RA saljinya.Sejuk bukan main wey , pedih pun ada jugak.
Puas sangat-sangat kalau ikutkan nak lama kat sini.Tapi memandangkan hari dah mulai gelap kami beransur pulang ke hotel.Setelah membayar duit khidmat glader slice kepada pekerja kami pun bersiap-siap masuk ke bilik masing-masing untuk mandi , solat dan menunggu untuk makan malam. 
Makan malam kami di hidangkan pada pukul 730malam.Restoran di tingkat bawah tengok luar tingkap penuh dengan salji yang meninggi.Restoran punya pemanas haba takde lah panas mana jadi kami makan lah dalam kesejukkan.Nasib baik makanan di hidang panas-panas semuanya.Maaflah tak sempat amik gambar makanan sebab masing-masing dah lapar tahap dewa.Tapi yang ini sempat RA rakamkan.Ia seperti gula-gula pudina dan mengeluarkan rasa yang sedikit pedas.Orang Kahsmir cakap ianya umpama pemanis mulut.Baiklah RA dah kenyang dan mata pun mulai mengantuk.RA nak masuk tidur di bilik kerana esok ada acara lain menanti.Jumpa esok yea.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...