Saturday, November 4, 2017

Kita Juara Piala Malaysia 2017

 RA bukan lah peminat fanatik JDT,tetapi bila JDT melangkah ke perlawanan akhir Piala Malaysia,RA tak melepaskan peluang untuk ke Stadium Shah Alam menyaksikan perlawanan ini.Tiket dapat kat mana? Biasalah dapat dari kawan RA di pasaran dalam hahaha.Harga agak tinggi sedikit dari harga asal iaitu RM60 (Harga asal RM50 jek).Takpe janji dapat tiket.

Jam 2petang dah bertolak dengan Eddie,Apis dan Mamak ke Shah Alam.Agak lambat sedikit sebab menunggu Apis habis kerja jam 1petang.Nasib baiklah perjalanan di lebuhraya lancar dan tiada sebarang gangguan trafik.
 Jam 630petang kami dah mula tiba di hadapan Stadium Shah Alam.Nak cari tempat letak kereta memang lah susah saat ini.Akhirnya jumpa jugak tempat letak kereta berhadapan pintu masuk stadium.
Jujur RA katakan inilah pertama kali RA pergi ke stadium melihat perlawanan bola.Selama nie tengok kat TV je.Jadi bila tiba di stadium rasa agak terujalah,sempat juga bergambar di hadapan papan "Selamat Datang Perlawanan Akhir Piala Malaysia.".Ramai jugak penyokong dari Kedah yang hadir hari ni.
Saat RA tiba bas yang membawa pemain-pemain JDT pun turut tiba.
Perrghh memang meriah suasana dalam stadium, walaupun perlawanan belum bermula tetapi kehangatannya memang cukup terasa.Tempat duduk kebanyakkan semua dah penuh maklumlah masuk dah nak dekat Margrib.Jadi duduk lah kat tangga bersebelahan kerusi.
Memang tak sama menonton di stadium dengan di rumah mahupun di kedai mamak.Semangat dan jiwa tu lebih mendalam bila kat stadium tau.
Antara saat-saat manis ketika permulaan perlawanan dan akhir perlawanan.
Alamak "over" nampak bang? hahaha.
Suasana bertambah gamat bila JDT meyumbatkan gol pertama ke gawang Kedah.saat rasa gegak gempita jadinya stadium dengan pekikkan penyokong-penyokong JDT.
Beginilah suasananya yang sempat RA rakam.
Akhirnya setelah berhempas pulas lebih 2jam setengah JDT di nobatkan sebegai juara Piala Malaysia setelah menewaskan Kedah 2-0
Malam ini kita pulang dan tidur dengan lena la yea.Buat penyokong-penyokong Kedah boleh cuba lagi tahun hadapan.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...