Sunday, October 22, 2017

Jejak Gunung Ledang

Akhirnya hari yang di nanti pun tiba.Esok pagi-pagi RA akan mendaki Gunung Ledang buat sekian kalinya.Ini adalah Gunung ke empat yang RA akan daki selepas Gunung Irau di Cameron Highland ,Gunung Arong di Mersing dan Gunung Panti di Kota Tinggi.Banyak cerita-cerita misteri yang RA dengar mengenai Gunung Ledang ini , tapi apa yang dapat RA katakan RA ke sini untuk menimpa pengalaman dan menikmati keindahan yang ada di Gunung Ledang.Malam ini kami semua berkampung di Tangkak.Yang lelaki bermalam di Balai raya  kampung Agil mana kala yang perempuan pulak bermalam di rumah ibuda kepada Ketua Kampung Sagil.
Pembahagian harta pusaka (baju tempahan khas lah) dan penerangan juga di beritahu pada malam ini di balai raya.Cantik tak baju kitaorang yang di tempah ini? hehe tersilap cetak ketinggian gunung pulak.sepatutnya 1276meter / 4187 kaki.(ft).Nie terbalik pulak.Oklah sambil-sambil dengar penerangan tu kami di hidangkan kopi O dan berjumpa rakan-rakan lama yang dah lama tidak berjumpa sejak mendaki Gunung Irau 2bulan lepas.
Seawal jam 530pagi dah bangun.Selesai solat subuh RA bersiap-siap untuk ke Gunung Ledang Resort.Jam 7pagi RA dah tercongok di tempat meletak kereta resort ini sambil menanti yang lain-lain tiba sempat kita bergambar lah dulu.
Ramai juga yang mengikuti ekpedisi ini.Adalah dalah 40orang kesemuanya.Kebanyakkan semua kaki-kaki panjat gunung yang berpengalaman.Yang baju biru berdiri di belakang tu lah ketua kampung.Beliau datang untuk bagi kita semua semangat.
Cabaran mendaki Gunung Ledang ni bukannya senang tau.RA tengok dan baca kat internet ramai yang kata amat sukar tetapi teruja.Laluan yang kami ikut untuk ke Puncak ialah laluan dari Kampung Sagil.Satu lagi laluan ialah melalui Asahan,tapi laluan itu lebih mencabar.
Bergambar di perkarangan tempat meletak kereta Gunung Pulai Resort sebelum penerangan dan berlepas.
Macam-macam gaya yea semua.Diam tak diam makanan untuk sarapan pun tiba.Sarapan kami ini di taja oleh penghulu kampung Sagil tau.
Nasi Lemak paling mendapat perhatian pagi itu.Makan pun atas jalan raya di perkarangan tempat letak kereta.Nasib baik tak banyak kenderaan yang lalu lalang.
Ok sebelum meneruskan pendakian kami di berikan sedikit penerangan oleh pemandu arah kami tentang trek laluan yang akan kami hadapi nanti.

Peringatan dari memandu arah kami bahawa kami kena tiba di CP5 iaitu Sungai Segi Tiga sebelum jam 12tengahari.Sebab laluan ke CP seteruskan akan di tutup selepas jam 12tengahari.Katanya lagi laluan selepas CP5 lebih mencabar dan jika tidak sampai pada masa yang di tetapkan maka kami akan pulang agak lewat nanti.
Sebelum memasuk hutan simpan Gunung Ledang pihak ranger hutan menyuruh kami mengisi borang pelawat.Pelawat di kehendaki membuat pengistiharaan barang yang di bawa sebagai langkah pemuliharaan hutan.Apa yang di bawa ke atas handaklah di bawa pulang bersama semasa turun nanti.Selepas bacaan doa selamat dan senaman reganggan di buat kami memulakan pendakian pada jam 830pagi.
Baiklah selesai mengisi borang peristiharan barang,pendakian pun bermula.Kami di sajikan dengan 700 lebih anak tangga di awal perjalanan dan laluan ini di namakan Laluan Tangga Mahligai.Kira-kira agak mendera jugaklah.Awal-awal lagi dah kena mengerah kudrat.
Sesuai dengan namanya,inilah CP pertama kami setelah menaiki anak tangga Mahligai.Mau tak semput Jahh!!!!! Ini baru CP1 dah amik masa 40minit.Maklumlah kita orang baru dalam dunia pendakian ni....Ada banyak lagi CP-CP yang perlu di lalui heyyy...
Dari CP1 nak ke CP2 laluan agak biasa-biasa sahaja.Jadi perjalanan cuma mengambil masa 20minit sahaja.Di sini ramai yang berhenti rehat dan menanti yang lain-lain dari belakang tiba.
Pokok-pokok Meranti di sini besar-besar dan cantik yea.Memang sesuailah dengan nama hentian yang di berikan iaitu Hentian Meranti.
Perjalanan di teruskan ke CP yang seterusnya iaitu Batu Orkid.Boleh tahan jauh jugak dari tempat yang kami tinggalkan tadi.Di namakan Batu Orkid di sebabkan terdapat banyak Orkid Selipar.Tapi sepanjang perjalanan ke sini RA tak jumpa pun Orkid tu.yang banyak ialah batu-batu besar dan ada sesetengah batu tu ada pokok yang hidup pokok di atasnya.
Mungkin jugak Orkid tu tumbuh kat atas batu ni kot.Mana tau kita bukan nampak pun sebab kat atas batu.Ada sesetengah batu di sini tu agak besar dan tinggi berdiri. 
Rehat sebentar lagi nampaknya.Perjalanan ke sini memang memenatkan sungguh.
Masa yang ada di luangkan untuk bergambar ajerr.
Di sini juga kami bertembung dengan beberapa kumpulan lain yang samaada dah tiba dahulu dan yang baru tiba.Perjalanan seteruskna di teruskan.Kali ini treknya agak panjang sedikit.Di sebabkan kami tidak bermalam di sini maka kami meneruskan perjalanan ke CP5 tanpa melalui CP4.
Dalam perjalanan ke CP5 , kami berehat lagi di Simpang Pendita.Tak pasti pulak kenapa di namakan Simpang Pendita mungkin laluan pendita kot.Tapi yang pasti di sini ada dua simpang.Satu simpang menuju ke CP5-Sungai Segi Tiga dan satu lagi simpang ialah laluan mudah untuk ke Puncak Mahligai Gunung Ledang.
Tidak semua dari kami tiba di CP5 seperti masa yang di tetapkan.Mengikut perhitungan kesemua dari kami kena tiba di CP5 sebelum jam 12tengahari.Jika tidak tiba pada masa yang di tetapkan mereka terpaksa mengikuti laluan lain tanpa meredah CP-CP yang selepas ini.Kerana selepas CP5 laluan sudah mula agak ganas dan kejam.Jika tiba di sini lewat, anda berkemungkinan tiba di Puncak Mahligai lewat petang dan akan menyukarkan untuk turun dari puncak kerana hari mulai gelap.
Di CP5 ini ada anak sungai yang mengalirkan air.Menurut pemandu arah kami air di sini bersih dan boleh di minum terus.Di sini juga adalah tapak perkemahan ke dua.
Tuhan jelah tahu keadaan kami semasa tiba di CP5 ini.Ada yang kaki kejang,kaki luka dan kepenatan.Sebelah kasut yang RA pakai ni pun tapaknya dah mula nak tertanggal.Nasib baiklah pemandu arah kami membantu dengan mengikat bahagian tapak kasut RA dengan kabel plastik.
Tengoklah pelakon sorang nie.Nasib baiklah air milo dalam tin RA dah abis RA minum.Kalau tak dia pun nak mengecek hehe.Masing-masing dah kehausan bila tiba di sini.Ada lebih kurang 5orang peserta dalam kumpulan kami yang belum tiba di CP5.Manakala ada seorang dari  anak peserta kami yang tidak dapat meneruskan perjalanan ke CP seterusnya kerana kecederaan kaki.5orang yang masih tertinggal itu meneruskan perjalanan ke laluan yang lain,sementara seorang lagi terpaksa di bawa turun ke bawah untuk membatalkan ekpedisinya.
Setelah berehat hampir 30minit.Kami menuruskan perjalanan ke CP yang berikutnya.Laluan KFC ini lah bermulanya cabaran pendakian kami.
Laluan selepas CP5 ini sangatlah kejam dan mencabar...Nak tahu kenapa? haa tengoklah video kat atas tu.Ini lah permulaan laluan yang mencabar.
Korang rasa macamana? Yang badan agak besar macam RA nie mesti terpikir 2kali nak naik.Kuat ke tangga besi nie eh? Adoyai masa nie lah rasa nak balik.Tapi dah terlambat.Terlajak perahu boleh pusing balik.Terlajak mendaki nasib korang lah kena selesaikan sampai ke puncak.
Yelah semua tersengeh-sengeh depan kamera.Bila takde kemera semua muka pucat lesi hehe.Inilah di namakan drama depan kamera.
Setelah berhempas pulas di laluan KFC kami tiba di CP6 iaitu Gua Kambing.Masa nie masing-masing buat muka senyum kambing je lah.
Besar betul kumbang hutan nie.Agak-agak mengigit tak?
 
Haaa kalau yang ini pulak kalau kacau memang pasti kena patuk masuk hospital.Ini adalah antara ular berbisa ke 3 di Malaysia.Nama kampung dia ialah Ular Kapak....Sekali patuk kalau tidak di rawat mesti mati.Kami jumpa ular ini di laluan semasa nak ke CP6.Dia duduk relek je kat tengah-tengah laluan kami.Maka terpaksalah kami ikut laluan tepi semak bagi mengelakkan perkara yang tidak di ingini.
Mendaki lagi hingga tercungap-cungap abam sado kita tu.Hey bukan mudah tau untuk sampai ke puncak melalui laluan ini.Semakin dekat dengan puncak semakin mencabar laluan yang kami tempuhi.
Ini salah satu lagi cabarannya.Kami kena mendaki tebing tinggi dengan mengunakan tali pulak.dah puas naik tanga besi sekarang guna tali lah pulak.
Nak tahu caranya? haa tengoklah gambar di atas nie.Panjat selagi kudrat mengizinkan.Masa nak panjat ini lah diaorang suruh tengok bawah amik gambar katanya.Masa pandang bawah RA dah mula lah nak gayat.Nasib baik tak terlepas tangan tu.Nasihat RA pada siapa yang ada perasaan gayat tu,pastikan anda terus panjat ke atas tanpa melihat bawah.Bahaya yea...
Pemandangan di sini amatlah cantik tetapi cabaranya amatlah berbahaya.Silap langkah pasti membawa kecederaan atau mungkin juga maut.
Tangan pegang tali,kaki berselang seli mendaki sambil tangan menarik badan.Itu antara teknik-teknik yang di ajar kepada kami semasa menaiki puncak bongsai.
Nampak di gambar tidak semudah yang di lalui yea.Naik tali nie je RA hampir kehilangan 70% tenaga.
Bila sampai kat atas mula lah termenung macamana aku boleh naik yea hehe...Bangga kat diri sendiri sekejap.Nampak tak kasut yang di ikat dengan kabel plastik tu...hehehe.
Akhirnya tiba di Taman Bongsai.Di sini banyak pokok-pokok bongsai menanti dan menyambut kehadiran kami.
Ini kalau bawak jual hampir berpuluh ribu harganya.
Menikmati keindahan bongsai di sini sekejap.
Nasib baiklah ada tali penghalang di tebing tu.Nie kalau takde tali mau nya Kak Ros bergambar atas pokok tu.Bukannya leh percaya orang tua nie.
Sementara menunggu yang lain naik keatas kita bergambar dulu di sini.
Masih ada lagi CP yang belum selesai.Rasa macam nak menyerah je.Jalan pun dah terhoyong hayang.Masa nie lah baru nak menyesal.hehehehe.
Naik lagi tangan untuk ke puncak.
Dari Taman Bongsai ke CP7 mengambil masa 30minit jugak untuk sampai.Ini adalah CP terakhir sebelum pendakian seteruskan untuk tiba ke puncak.
Lepas sahaja CP7 RA jangakan cabaran makin reda,rupanya ada lagi cabaran terakhir yang tak tergambar.RA kena naik ke puncak dengan memanjat tangga besi yang ada di tepi batu nie.Kali ini tangganya lebih mencanak tinggi sebab dia letak kat curam wey.... 
Akhirnya setelah semua kudrat di kerahkan RA tiba di Puncak Mahligai iaitu puncak tertinggi Gunung Ledang pada jam 220petang.Perut masa nie memang dah lapar sangat.Kaki pun jalan bersimpang siur tapi saat tiba di puncak semua penat lelah itu hilang bila menikmati keindahan alam ciptaan tuhan.
Memang lebih dari kata yang dapat di gambarkan.Apapun makan dulu isi perut sebelum meneruskan bergambar.hehehe.Perut dah mula berbunyi dah nie.
Ternyata keindahan bandar Muar dan Melaka dapat di lihat dari puncak ini
Puas bila dapat tawan Puncak Mahligai yang di perkatakan orang ini.
Ternyata angan-angan yang di cipta dahulunya di tambah dengan usaha Allah telah tunaikan.
Kalau dulu tengok dan dengar je orang naik Gunung Ledang.Sekarang nie dapat rasakan sendiri.
Walaupun ketinggian puncak Gunung Ledang ini tidak lah setinggi Gunung Irau.Tetapi laluannya yang mencabar betul-betul memberikan 1001 pengalaman yang sukar di lupakan.
Termenung sejenak nampak? Ingat kat arwah abah ke?
Kami makan,berborak,bergambar dan menyambut kejayaan kami di sini selama lebih sejam lebih.
Puas bergambar dengan pelbagai gaya dan ragam.Jam 345petang kami bersiap untuk turun ke bawah di tempat asal kami bermula.
Laluan turun tidak lagi melalui laluan yang sama.Kami turun mengikuti laluan yang agak mudah kemudiannya berhenti sebentar untuk mengisi air dan bersolat di hentian Kem Sengget.Di Kem Sengget ini di sediakan ruang untuk bersolat dan air dari sungai berhampiran kami gunakan untuk berwuduk dan menambah bekalan air yang kehabisan.Turun dari Kem Sengget RA terus jumpa CP 3 Batu Orkid , CP 2 , CP1 dan saat tiba di anak tangga mahligai hari mulai senja.Masa ni rakan-rakan yang lain masih berada di CP1 berehat mengumpul tenaga.Ada yang masih di CP3,Memandangkan hari mulai senja RA meneruskan perjalanan perlahan-lahan walaupun ketika itu tuhan jelah tahu betapa seramnya jalan sorang-sorang menuruni anak tangga mahligai waktu senja.Alhamdulillah RA tiba di pejabat Ranjer sejurus azan Margrib berkumandang.Selesai daftar keluar di pejabat Ranjer RA menuju ke tempat meletak kereta dan menunggu yang lain tiba.Lebih kurang jam 820malam barulah keseluruhan peserta tiba di bawah.Alhamdulillah semuanya turun dengan selamat.Selepas bersalaman dengan mereka RA pulang JB.Lepak giler beb.....
Inilah dia pengalaman semasa berada di puncak.

Pakej Jejak Sejarah di Tanjung Pinang Indonesia 2023

Assalamualaikum semua.. Seperti tahun-tahun sebelum ini.Ini adalah pakej pada harga terbaru ke Tanjung Pinang Indonesia pada tahun ini 2023....