Friday, September 22, 2017

Felda Residence Tj. Leman Kami Datang!!

 Salam pagi Jumaat yang berkah.Pagi lagi RA dah bersiap-siap dengan abah untuk ke Tanjung Leman.Hari ini kami nak lari dari kerja dan berehat di Felda Residence Tanjung Leman Johor.Perjalanan dari kediaman RA ke Tanjung Lemang mengambil masa 1jam 30minit dan kami bertolak jam 1030pagi.RA bawa santai-santai je sebab tak ada apa pun yang nak di kejar.Alhamdulillah selamat tiba di Resort jam 12tengahari.Rencananya nak solat Jumaat di kampung berhampiran tapi sepanjang perjalanan tak jumpa pulak Masjid,jadi sebagai musafir RA bersolat Jamak ajalah yea.
 Memang kolam mandi di Felda Residence nie sangatlah besar.Masa hujung minggu dan cuti sekolah lah tempat ini di penuhi dengan pengunjung-pengunjung terutama yang mempunyai ramai anak.
 Pantai Tanjung Leman juga sangat luas dan landai.Agak-agak lepas mandi laut terus boleh mandi dalam kolam renang.Memandangkan kami tiba awal , bilik masih belum bersedia untuk di masuki.Kebiasaan waktu untuk daftar resort ini ialah selepas jam 2petang.Jadi kami mengambil kesempatan untuk duduk berkelah di tepi pantai Tanjung Leman saja sambil menikmati angin laut yang bertiup kencang.Jam 230petang bilik dah siap untuk di masuki.Dapat je kunci terus masuk bilik dan bersihkan diri dan solat kemudian lepak tidur.Memang ke sini untuk berehat dan menenagkan fikiran.Abah setelah di mandi dia cakap nak duduk kat sofa sambil tengok TV jadi RA biarkan je lah dia di sofa.Sadar-sadar dah pukul 6petang.Perut dah mula lapar bila tanya abah nak makan ke tidak dia cakap belum lapar lagi.Jadi RA bersiap-siap menanti Margrib.
 Sebenarnya malam ini Kak Laila nak sambut ulang tahun ibu dia di sini.Jadi dia dah tempah makanan di warong tepi pantai sebelah resort ini untuk makan malam kami.Selesai solat Margrib RA turun dan menuju ke tepi pantai.Abah nak tidur katanya nanti RA kejut dia untuk makan malam.Nak bawa ke pantai susah sikit kerusi rodanyanya nak berjalan di pasir.Tiba je di warong makanan dah tersedia.Yummmy...
Sementara menunggu Kak Laila dan mak nya sampai kami berehat sebentar di Pangkin warong tepi laut ini.
Bila semua dah sampai , air sparking menanti bersama-sama menu asam pedas Ikan Tengiri+sayur capchai+Ayam masak kunyit , telur dadar dan kek ulang tahun untuk di nikmati.
 Memang terbaik makan malam-malam tepi pantai, sambil di saksikan bulan dan bintang , angin juga bertiup sepoi - sepoi.
 Haa inilah dia mak Kak Laila yang menyambut ulang tahun ke 76 kalau tak silap RA.Perghhh asam pedas Ikan Tenggiri kat sini memang tak boleh anggsss lah,Terbaik!!!!!!
 RA tambah nasi sampai 3kali tau.Sambil tu amik bungkus untuk abah yang ada kat bilik resort.
 Alhamdulillah selesai RA makan RA bergegas ke bilik untuk memberi makan kat abah pulak.Kemudian balik semula ke tepi pantai sambil mengopi dengan abang Mad dan Olie.Tak cukup dengan mengopi kami ke ruang "games" di dalam resort untuk bermain Pool pulak.Jam 12tengah malam barulah masing-masing balik dan tidur.
 Ada tu awal pagi dah bangun berjogging di tepi pantai katanya.RA lepas subuh sambung tidur jam 9pagi baru bangun pergi sarapan di hotel.Lepas sarapan diaorang pakat ajak mandi kat tepi pantai.Lepas abis mandi kat tepi pantai sambung masuk mandi kat kolam renang pulak adeehhh...
Duduk lah berendam kat situ sampai kecut.Dah kecut baru la masing-masing balik ke bilik dan menukar pakaian sambil menanti waktu untuk daftar keluar resort.Tapi sebelum serahkan kunci bilik sempat lah bergambar di sekitar resort terutama kat menara peninjau setinggi bangunan 3tingkat ini.
 Ada yang tak mau naik ada yang dah naik tu asik nak bergambar je manjang.
 Ini salah satu pemandangan tepi pantai yang di ambil dari menara.
 Yang tak mau naik duduk bawah sambil tunggu sampai kitaorang habis bergambar yea.Panas la korang tunggu kt bawah tu.
 Jam 1petang kami semua berkumpul di ruang legar kaunter hotel untuk menyerahkan kunci dan daftar keluar dari resort ini.Sebelum tu amik lagi satu gambar kenang-kenangan tanda dah sampai dan bermalam di sini.
 Semua ada..semua bergaya dan siap untuk pulang ke Johor Bahru.Terima kasih buat Kak Laila yang menaja makan malam dan kak nini yang menaja makan berkelah kat tepi laut.Yang lain-lain bawak badan untuk makan jek hehehe.

Pakej Jejak Sejarah di Tanjung Pinang Indonesia 2023

Assalamualaikum semua.. Seperti tahun-tahun sebelum ini.Ini adalah pakej pada harga terbaru ke Tanjung Pinang Indonesia pada tahun ini 2023....