Saturday, August 26, 2017

Luar Biasa hebat SMK Serian Ke JB

 Hari ini RA ada tugasan baru iaitu sebagai perancang lawatan bagi SMK Serian Sarawak.Persiapan telah di buat hari ini untuk menjemput mereka di Lapangan Terbang Antarabangsa Senai.Mereka akan melakukan lawatan selama 4hari 3malam di Johor Bahru dan Singapura.Tiba dengan penerbangan Air Asia tepat jam 930am.Selepas mengambil bagasi , sesi gambar berkumpulan di buat.Ramai juga rombongan kali ini ada dalam 39orang kesemuanya termasuk guru dan murid-murid.Rombongan kemudiannya di bawa ke Johor Premium Outlet untuk membeli belah di sini.
 Tepat jam 12tengahhari rombongan berkumpul dan bertolak ke Adda Height untuk makan tengahari.Makan tengahari kami hari ini di Restoran Belanga 1 Bistro.Menu pulak Ikan masam manis , Ayam masak lemak cili api , Kangkung goreng , tempe masak kicap , ulam-ulam  dan pelbagai aneka kueh mueh dan manisan.
 Alhamdulillah tempat makan selesa dan berhawa dingin.Sesuai untuk membuat majlis makan di sini.Harga pun sangat berpatutan.Selesai sahaja kami makan hujan renyai-renyai pun turun.Lawatan di teruskan ke Kolej ERT Vokasional Azizah di Larkin.Ada lawatan kerja dan bertukar-tukar pengalaman dengan pelajar dan guru-guru di sini.
 Kami bernasib baik saat bas rombongan tiba baru lah hujan turun dengan lebatnya.Nasib baik semua peserta telah masuk kedalam sekolah.
 Lama juga perbincangan mereka di sini.Hampir 2jam baru melihat mereka semua kelur dan bergambar bersama.Minum petang mereka di taja oleh Kolej Vokasional ini di salah sebuah restoran milik kolej di belakang perkarangan Kolej.
 Kafe ini di uruskan sendiri oleh pihak pengurusan kolej.Ia di namakan "Azizah Boutique Cafe" dan di buka untuk tempahan bagi majlis-majlis keramaian mahupun majlis-majlis persendirian.Menu dan harga yang mereka tawarkan pun agak berpatutan.Selain menjamu pelajar dan guru SMK Serian , pihak kolej di sini juga ingin memperkenalkan pengurusan kafe mereka.
 Kafe ini sangat menarik,berada di lokasi yang tidak sibuk ,serta banyak tempat meletak kereta.Lokasi hanya di belakang Kolej ERT Vokasional Azizah Larkin dan berwarna biru.
 Antara menu-menu yang mereka sediakan.Di luar kafe ada menjual "Ais Blanded" juga.
 Meja "VIP corner" ini di sediakan oleh guru-guru.Persis berada di hotel pulak kan.
 Menu minum petang yang mereka sajikan bagi menjamu tetamu mereka di sini.
 Di samping membuka kafe ini ia juga dapat memberi pengalaman bekerja yang berguna bagi pelajar-pelajar di koleh ini.Jam 5petang kami bertolak pulang ke Hotel.
 Tetapi sebelum itu kami singgah ke Dataran Mahkota di Hadapan Istana Bukit Serene untuk bergambar di mercu tanda yang popular di JB sekarang.Selesai sahaja bergambar di sini , mulalah bertolak di hotel penginapan mereka di JA Residence Hotel JB.Makan malam menanti mereka jam 8malam. 
 Makan malam tidaklah berapa jauh dari hotel.Makan makan di Restoran Fork & Dagger by Agora di Pasar Karat berhadapan hotel mereka.Makan malam ala Hipster katanya.
Menu makan malam juga ala-ala barat iaitu , Lamb chop dan Chicken chop, Nanchos , kentang goreng dan beberapa menu sampingan yang lain.Selepas makan malam mereka semua berpecah untuk membeli belah di Pasar Karat.
Inilah pemandangan dari bilik hotel yang mereka berkampung selama 3malam iaitu Hotel JA Residence.Esok ada lawatan ke Singapura menanti mereka. 
 

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...