Tuesday, July 25, 2017

Pakej Musim Salji 10Hari / 9Malam - Kashmir/Taj Mahal/Delhi

HARGA PAKEJ TERLAJAK 
MURAH KE KASHMIR

HARGA PAKEJ (All Inclusive) : 
RM 4300.00 
(BERTOLAK DARI JB)
RM 4150.00 
(BERTOLAK DARI KL)
Tarikh Berlepas : 11DEC 2017

* Tempat duduk terhad (4kekosongan)*
Tarikh tutup tempahan 31Aug2017
Harga termasuk :
1.Tiket penerbangan pergi balik Malaysia Airlines ke Delhi.
2.Tiket domestik pergi balik dari Delhi ke Srinagar.
3.8Malam penginapan 2M -Delhi/3M-Srinagar/1M-Gulmarg/1M-Pahalgam/1M-Agra
4.Sarapan pagi,makan tengahari & malam setiap hari.
5.Lawatan seperti di aturcara.
6.Tiket masuk ke attraction.
7.Insurance Perjalanan
8.India visa

Harga tidak termasuk :
1.Perbelanjaan sendiri 
2.Optional tour.

CARA &  TEMPAHAN :
1.Salinan Passport peserta hendaklah di berikan melalui email@whatapps
2.Pihak saya akan emailkan tempahan yang telah di sahkan.
3.Bayaran deposit RM1900seorang - 3hari setelah email pengesahan anda di terima.


HUBUNGI SAYA 
MOBILE@WHATAPPS
+6012-7709809 - NAZRI@ADAM


Saturday, July 22, 2017

Tasik Biru Kangkar Pulai

TASIK BIRU KANGKAR PULAI YANG MENJANJIKAN

PERINGATAN : 
JAGA KEBERSIHAN TEMPAT INI.
JANGAN BUANG SAMPAH MERATA RATA
JANGAN MEMBUANG PUTONG ROKOK MERATA-RATA (MENGELAK KEBAKARAN)
TEMPAT INI BUKAN TEMPAT UNTUK BERKELAH ATAU BERKHEMAH
MAKAN SIAP-SIAP DULU KAT BAWAH SEBELUM NAIK
SIMPAN SAMPAH SARAP ANDA DAN BUANG BILA PULANG KE RUMAH.

Hari ini RA nak mensajikan aktiviti luar hujung minggu RA.Aktiviti ini RA buat bila tak buat apa-apa di rumah.Aktiviti yang di maksudkan ialah ber "Hiking" di Tasik Biru Kangkar Pulai.Rupanya tasik yang menjadi popular di laman-lam sosial ini tak jauh pun dari rumah RA.10Minit memandu dah sampai.RA dapat tahu ini pun dari mulut-mulut kawan RA.Sesejak dah tahu ini , dah 5kali RA ke sini.Kalau nak pergi anda semua bolehlah masuk melalui Bandar Kangkar Pulai.Masuk je taman ini terus hingga ke hujung,nanti nampak banyak kereta parkir di tepi jalan haa letak lah kereta anda di sana dan menapaklah ke dalam.Tak jauh dari Tasik Biru ada kedai makan,jadi yang lapar tu boleh lah lepak makan dulu sebelum mendaki ke sana.Tapi jangan pulak makan banyak-banyak nanti mendat lak perut nak naik.
 Dari tempat letak kereta silahlah menapak sekitar 500meter ke dalam.Ada ladang kelapa sawit dan kilang kuari batu yang berhampiran dengan tasik biru.Jadi hati-hati sebab ada lori-lori batu yang ulang alik keluar masuk di sini.
 Geng-geng "hiking" yang terlebih teruja mahu mendaki.Semuanya baru pertama kali menjejakkan kaki di sini. Ada dua laluan untuk melihat tasik biru.Laluan pertama ikut laluan kelapa sawit seperti di gambar ini.Laluan ini agak Leha-Leha sebab laluannya agak besar dan kurang mencabar serta mudah.RA tak cadangkan ikut laluan ini sebab ianya bermakna kita memasuki ladang persendirian kepunyaan orang.Memandangkan sekarang tuan ladang pun dah letak papan tanda melarang orang luar memasuki ladangnya jadi RA cadangkan anda naik ikut laluan ke dua.
Laluan kedua melalui hutan bersebelahan ladang , tapi anda kena mendaki sekitar 200meter untuk sampai atas.Yang pertama kali jangan risau ada tali di sediakan untuk anda berpahut.Kalau agak takut tangan terluka tu boleh lah pakai sarung tangan macam kawan kita dalam gambar tu.Bila sampai je kat atas ada beberapa tempat henti yang anda boleh nampak Tasik Biru dari pelbagai ketinggian.
 Kadang-kadang anda akan terjumpa geng-geng budak basikal yang melalui laluan kelapa sawit.Tapi rasanya sekarang dah tak ramai kot sebab tuan ladang dah tak benarkan.(Tapi ada jugak yang naik)
 Nak tengok gambar Tasik Biru? nanti dulu...kita singgah dulu di persekitaran kawasan ini.Tak jauh dari Tasik Biru ada 2 kolam takungan air bersih milik Syarikat Air Johor.Ada bekas empangan lama yang di buat sebagai tempat tadahan hujan dan air di sini di salurkan ke kedua-dua kolam tu.

 Ini laluan untuk ke kolam takungan air SAJ.Ada lebih kurang 50anak tangga rasanya.Nak turun ke sini kena mental yang kuat bila nak naik semula pulak.Yang kat sebelah tu laluan denai yang sesuai untuk pejalan kaki bagi peringat permulaan.

Nampak tak betapa tingginya dari atas tu nak turun ke bawah yang ada kolam takungan nie.Turun dan naik anak tangga kat sini agak sedikit mencabar lutut dan peha sikit yea.

Inilah kolam takungan milik SAJ.Sebab itu RA tulis kat atas tadi jangan membuat kotor di kawasan ini.Nanti bila dah kotor tikus pun datang.Bila tikus dah banyak mula lah pencemaran air akibat kencing tikus.

Jadi kalau tak mahu tempat ini di tutup adalah lebih baik dari sekarang kita mendidik diri kita untuk menjaga kebersihan.
Tenang je bila ada kat sini,nak-nak bila dengar air mengalir dari saluran bawah bukit kat belakang tu.
 Kolam ini ada dua...satu di sini dan satu lagi di sebalik bukit tempat kita turun tangga tu.
Untuk ke sana kena naik semula di atas bukit yang kita turun tadi kemudian turun di sebelah kanan pulak.Perghh betul-betul menguji minda hehe.

Kat kolam nie ada ikan.Jadi bawaklah sedikit roti dari rumah dan campakkanlah sedikit bagi kat ikan-ikan di sini.
 Oklah tinggalkan pasal kolam takungan tu.Kita mulakan perjalanan kita melalui laluan ke dua iaitu melalui hutan sebelah ladang kelapa sawit.Dari bawah anda akan mula mendaki sekitar 150meter untuk ke Hentian Pertama (CP1).Sampai kat CP1 dah boleh nampak Tasik Biru dari sini.RA belanja gambar-gambar yang RA rakam di atas Tasik Biru dari CP1.Ini adalah puncak permulaan pendakian.
 Yang ini pemandangan dari hujung sedikit.Laluannya pendakian adalah mengelilingi sekitar Tasik Biru ini.Jadi kita akan dapat lihat Tasik ini dari pelbagai sudut.

Dari CP1 kita akan daki sekitar 100 meter lagi untuk sampai ke Hentian ke 2 (CP2).Kalau nak bergambar kat sini ruang agak sempit sedikitlah.
 Lainlah kalau nak bergambar kat CP3.Ruang dia besarlah sikit.Ceh wah...ada ala - ala model iklan jam tak? hahaha.Ini pemandangan dari CP3.Tak jauh pun dari CP2 cuma kurang dari 200 meter jek.

Nak sampai ke CP3 anda juga boleh melalui laluan dari Ladang kelapa sawit (tapi kurang mencabar).
Pemandangan Tasek Biru dari hentian ke 3 (CP3)
Boleh lah amik banyak-banyak sikit gambar kat sini kalau mahu.Rehat sekejap sambil tarik nafas sikit.Dari CP3 inilah pemandangan dari hujung tasik yang paling tinggi.
Samalah nie...dari hentian ke 3 (CP3)
Dan lagi pemandanan dari CP3.
Ini pulak cari hentian ke 4 (CP4).Untuk ke sini anda perlu turun bukit dan keluar dari hutan.Jangan takut ada tali di sediakan di sini untuk anda berpaut saat turun dari CP3.

Turunlah dengan perlahan-lahan sebab kalau semalamnya hujan keadaan tanah di sini agak licin.Sampai kat hujung anda akan keluar dari hutan dan melalui jalan ini untuk ke CP4.Antara bentuk-bentuk laluan ke CP4.
Kat Hentian ke 4 (CP4) ini paling hampir dengan tasik biru.Ada dataran landai yang boleh anda bergambar di sini.
Dah dekat dengan tasik biru boleh la bergambar dengan kenkawan
Inilah bentuk batu-batu bukit yang berhampiran CP4.
Boleh lah amik gambar kenangan berlatar belakangkan batu-batu di sekitar.
Untuk melihat pemandangan tasik dari sudut lain pulak anda kena mendaki dari CP4 ke CP5.Laluan biasa-biasa sahaja tetapi agak tinggi juga yea.Jangan risau ada tali untuk anda berpaut untuk ke atas.Inilah pemandangan dari sisi tasik biru.
Dua gambar di atas adalah perbezaan antara pemandangan dari hujung dan sisi tasik? beza kan...
   Dari CP5 anda kena mendaki sedikit sekitar 500meter ke CP6.Ini kawasan paling tinggi Tasik Biru.Kat sini anda akan nampak pemandangan Skudai keseluruhannya.Angin pun tiup kuat di sini.

Lagi pemandangan dari CP6

Berada di CP6 ini pasti menjanjikan suasana yang nyaman.
Ia adalah tempat paling baik untuk amik gambar dan video sebanyak yang mungkin.hahaha.

Angin pun bertiup kencang,jadi bolehlah berehat sekejap menghilangkan penat.
Terus menuju ke CP7 anda akan turun sedikit dan memasuki semula ke hutan.Haaa nanti jumpa lah pelbagai spesis pokok yang cantik-cantik kat sini.
Laluan ini memang sesuai untuk sesi pengambaran filem Ibu dan anak.Hehehe
Fuh...agak-agak berapa puluh tahun umur pokok ini yea? 
Lokasi ini anda akan jumpa dalam perjalanan nak ke CP7.Pokok-pokok kat sini agak besar jadi sesiapa yang suka buat kajian tentang pokok boleh lah celah bedah kat sini.
Lagi pengambaran filem "Ibu dan Anak" tak abis-abis tau...haha.
Kat pokok ni pun boleh buat pengambaran iklan jamu jugak kalau mahu.
Dan jugak untuk pengambaran buat majalah sekolah.
Ok anda juga akan melalui 2jurang kecil ini.Boleh lah bergambar sekejap di sini sementara meneruskan perjalanan ke CP7.
Setelah hampir 1km berjalan turun naik bukit dan jurang anda akan sampai ke CP7.Inilah dia kolam takungan air 1 milik SAJ.
Ada empangan lama di sini untuk menyekat air keluar takuangan.
Air dari kolam takungan 1 ini akan di salurkan ke kolam takungan 2 dia bila dah penuh.(kolam yang awal-awal RA ceritakan tadi tu).
Aksi Kungfu Kipas ada...aksi angkat ketiak pun ada...jadi boleh lah buat pelbagai aksi di sini.Yang penting jangan buang sampah sarap.
Tu dia ada sinar nur turun menyinari RA haha..Tongkat untuk mendaki ini memang amat berguna walaupun laluan yang di lalui agak biasa-biasa.Selain dapat menampung imbangan kaki ia juga dapat di gunakan di waktu kecemasan jika perlu.
Jadi tiap kali RA ke sini pasti RA tak akan tinggalkan tongkat tu.
Tinggalkan CP7 kita akan mulakan perjalanan ke CP8 iaitu hentian terakhir.Untuk ke sini RA melalui laluan denai yang dah tersedia kemudian kena menaiki tangga kayu ke atas bukit yang agak lumayan tingginya.
Haa nie lah dia bukit yang terpaksa anda daki untuk naik ke atas melalui anak-anak tanga yang telah di sediakan.
Ini adalah laluan denai dan air kolam yang di salurkan ke kolam takungan 2 di sebalik bukit.
Ada perigi lam di tinggalkan dan kat situ anda boleh dengar laluan air bawah tanah ke takungan sebelah.Agak menguji kudrat untuk sampai di atas bukit nie yea haha.

Dah naik lepas tu anda kena turun semula di laluan sebelah pulak untuk ke CP8.Kat CP8 inilah ada kolam takungan SAJ yang ke 2 yang RA ceritakan mula-mula tadi.Perjalanan dari CP7 ke CP8 mengambil masa 30minit (ikut kudrat naik tangga kaki masing-masing lah yea)
Lawatan anda tamat di CP8 dan boleh berehat seketika sebelum meneruskan perjalanan pulang ke tempat permulaan mengikuti laluan lain yang agak biasa-biasa sahaja.Tapi sebelum tu kena naik ke atas bukit semula untuk meneruskan perjalanan pulang.Dari CP8 ke tempat awal permulaan ia nya mengambil masa sekitar 30minit sahaja.(dalam 2KM). 
Antara pokok hutan tertua di sini.

Nah inilah jarak perjalanan anda jika mengikuti laluan yang RA nyatakan tadi.RA mengambil masa 2jam 30minit untuk menamatkan trak laluan Tasik Biru.Moga anda berjaya dan menikmati sumber alam yang ada di sana..Selamat mencuba.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget