Monday, June 12, 2017

Menu Ramadan Dari Dapur RA

 Salam Ramadan 1438Hijrah semua.Sebenarnya RA takde benda nak cerita pagi-pagi ni,cuma nak berkongsi menu berbuka RA yang paling ringkas pada hujung minggu.Menu ini tah apa-apa jek sebab RA rajin sikit nak masak dapur pada hujung minggu sahaja.Hari lain main tunjuk-tunjuk je menu kat bazar tu.
Nie menu paling ringkas paling senang RA buat.RA namakan ROTI GORENG QARI JR.
Potong-potong roti Gardenia yang tak abis makan waktu sahur tu.Potong kasi kecik-kecik kemudian masukkan dalam mangkok besar dengan telur 4biji yang dah dipecahkan.Gaul je pakai tangan dengan garam dan cili hijau yang dah di hiris kecil.Bila dah sebati terus goreng dalam kuali.Makan waktu berbuka pasti terangkat.Senang kan...?
 Nie menu wajib paling istimewa buat RA.orang putih panggil "Signature Dish" lah konon-kononnya.Menu ini RA namakan "Nasi Lemak Sambal Sotong Cucu Tokeh Beras".RA gunakan sotong kering yang di beli di Tawau tajaan seorang teman bernama Dr Yunus.Terima kasih lah yea..
 Selain itu menu wajib bulan Ramadan dari dapur RA ialah Mee Hoon Goreng.Mee Hoon dalam gambar ini RA namakan "MEE HOON GORENG JEJAK RASUL".Guna udang XXL sikit.hehehe
 Satu lagi menu RA paling ringkas ialah "Sawi Goreng Black Paper Budak Ijas"Campak sayur sawi , campak sosaj letak sos lada hitam goreng dengan cili dan sedikit air.Jadilah sawi goreng hahaha.
 Bila sesekali nak rasa tekak orang putih , RA masak sos speggeti guna pasta.Sos speggti RA mestilah ada daging kisar , cendawan butang dan tomato.Untuk citarasa Melayu yang suka pedas RA letak lah sikit cili.Jadilah menu "PASTA SPEGGETI MENANTU BILAL" hehehe
Stok Bihoon goreng memang sentiasa ada dalam rumah RA.Jadi kalau dah tak tau nak masak apa hanya mee hoon goreng je lah jadi pilihan untuk berbuka,Kali ini RA masak dan namakan MEEHOON GORENG J-REVOLUSI.Revolisinya RA tak guna ayam atau udang atau sotong , tetapi di gantikan dengan "Fishcake" dan Bebola Ikan.Baiklah setakat ini sahaja menu yang dapat RA kongsi bersama.Nanti kalau ada menu lain boleh lah tengok di Instagram RA sebab di situ memang selalu RA kemaskini.Instagram RA : RIODENAZ

No comments:

Pakej Jejak Sejarah di Tanjung Pinang Indonesia 2023

Assalamualaikum semua.. Seperti tahun-tahun sebelum ini.Ini adalah pakej pada harga terbaru ke Tanjung Pinang Indonesia pada tahun ini 2023....