Saturday, June 17, 2017

Jemputan berbuka

 Diam tak diam hari ini dah 22 Ramadan kita berpuasa.Tinggal seminggu je lagi nak hari raya,haiish cepat sungguh masa berlalu.Memandangkan hari ini hujung minggu mesti ramai yang kat luar tu rancang untuk berbuka di hotel-hotel atau restoran-restoran kan.RA hari ini ada jemputan berbuka puasa di kediaman kakak ipar Azie/Olie di Taman Tun Aminah.(rumah sebelah je dengan rumah dia).Tu dia jam 7malam semua dah berkumpul depan meja menanti detik berbuka puasa.
 Tepat jam 7:12malam waktu berbuka puasa bagi sekitar Johor Bahru pun bermula.Amboi Min gembira nampak dapat makan banyak udang.Nak tahu menu berbuka apa yang kakak azie nie masak , yok kita tengok bawah nie...yok tengok yokkk....(dah macam Bejay Kadir lak - Orang JB dan Singapore je yang kenal dia).
 Yok tengok yok menu pertama samosa isi kentang dan daging.Buat cecah-cecah dengan sos tomato memang terangkat.
 Untuk menu pencuci mulut nie tu dia tembikar dengan anggur (takde biji orang tu katanya).
 Istimewa berbuka ari nie Masak Udang masak apa tah lupa RA nak tanya.Macam masak kunyit.
 Tapi yang nie memang sedap bak hang...Ayam masak telur masin.Memang terbaik lah.
 Bubur lambuk masjid Tun Aminah nie pun yaa ampunn sedap dak hang...
 Di tambah dengan asam pedas kepala ikan pulak tu.Ada letak bendi , daun kesum dan bunga kantan lagi
 Nie kalau abang Mad ada abis kepala ikan nie dia buat bedah siasat untuk makan hakhak.
Yang ini pun sedap.Daging masak kicap.Pendik kata semua menu yang di hidangkan sedap-sedap belaka lah.Menu persis restoran tapi di rumah.Terima Kasih tuan rumah atas jemputan dan hidangan yang lazat-lazat ini.Moga di murahkan rezeki belanja kami berbuka.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget