Friday, April 14, 2017

Lepak Pizza dan Komplek EduSpot

 Ada orang nak belanja makan pizza malam ini , jadi di jemputnya RA dan beberapa rakan ke komplek "Eduspot City" di Nusajaya.Ini pertama kali RA ke sini , selalu lalu tengok dari lebuhraya depan komplek tu.Pizza Ashlina nie memang sedap,di tempah oleh Cham 4kotak semuanya.
 Katanya ada larian maraton tengah malam anjuran RFM di sini.50km lari lah sampai ke pagi , kalau larat.Ramai juga penyertaan dari seluruh Malaysia.Esok pagi pulak ada acaran larian 5 & 10km.Sambil menunggu jam 12tengah malam RA dan rakan-rakan mencekeklah pizza dan berpeleseran di hadapan komplek ini.
Pelbagai aksi , pelbagai agenda.Maklumlah tempat ini luas.
 Di komplek ini ada dewan gim , kolam renang status olimpik , stadium terbuka dan tertutup dan beberapa lagi kemudahan untuk aktiviti sukan.
Ala ala Nike lak 'Just Do It"
 Macam paham je budak baju Johor tu.Bonda kena suap makan dengan anak yea? Kat belakang RA tu "Indoor Arena",bulan lepas pertandingan Muai Thai kebangsaan di adakan dalam tu lah.
Tepat jam 12tengah malam Peserta larian maraton 50km solo dan berganti-ganti di lepaskan.Diaorang ni memang otai-otai dalam Maraton.50km leh sampai Air Hitam dari JB.
 Beberapa AJK-AJK yang mengambil bahagian bergambar aksi pepatung di belakang RA.Mereka nie semua kena jaga di belakang pentas soal makan-makan dan pendaftaran serta lain - lain hal (macam-macam hal)
 Ini lah penganjur larian ini.RFM - RUN FOR MALAYSIA.Abaikan abam 756 yang dah tak bermaya di belakang ituuu....
RA ingat nak tunggu sampai 2pagi.Tapi mata dah mula tak larat nak tidur.Lepas bergambar kekusutan RA terus balik ke rumah jam 1pagi.Budak pompuan dua orang ini kena berumbun di sini sampai esoklah gamaknya.Selamat Maju Jaya yang berlari....

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget