Saturday, April 8, 2017

Ke Gunung Panti & Air Terjun Pelepah Kiri

Hari ini bermulalah percubaan pertama RA mendaki gunung.Sebelum nie masa kat sekolah dok jenuh kengkawan sekolah ajak daki gunung tapi tak amik kisah pun sampai lah sekarang nie bila Kak Ros kata ada kumpulan pendaki dari KL yang membuat ekpedisi ke Gunung Panti hati RA mula tergerak dan seterusnya mendaftarkan diri untuk turut serta.
Gunung Panti terletak di Kota Tinggi dengan ketinggian 513meter ini dengar macam rendah jek kan.Tapi ramai juga orang yang hilang semasa mendaki di sini.Jadi isu-isu keselamatan perlu di titik beratkan.Seawal jam 6pagi RA dah tercegat di hadapan Masjid Besar Kota Tinggi untuk menunaikan fardu subuh beramai-ramai sebelum pendakian di mulakan.
Dari Masjid Besar Kota Tinggi RA di bawa oleh pemandu arah ke laluan Gunung Panti Barat.Kami berhenti di hadapan Renjer Perhilitan untuk mendapatkan kebenaran memasuki hutan melalui permit yang sudah pun di buat oleh penganjur.Masing-masing dah bersedia dengan kasut baru , kasut lama , tongkat sakti dan bag galas masing-masing.Bag galas RA je yang paling kecik,maklumlah pertama kali masuk hutan dan tak tau nak bawak apa.(apa lah nak jadi nie)
Nyamuk jangan cakap,pagi-pagi macam nie memang banyak,nak-nak lagi sebelah hutan ini ada pokok getah makin ligat lah badan RA di harungi nyamuk.Rupa-rupanya ada banyak laluan untuk ke Gunung Panti Barat ini dan laluan yang kami akan lalui ini agak mencabar sedikit tu yang renger perhutanan amik masa yang lama untuk melepaskan kami.Hampir sejam kami menanti kebenaran untuk memasuki akhirkan kami di lepaskan tanpa sekatan.Maka bermula lah expedisi masuk hutan panjat gunung RA.Laluan permulaan agak senang dengan mengharungi anak sungai dan laluan denai yang luas.Tengok tu sempat lagi amik gambar ya Kak Ros.
20minit kemudian laluan semakin sukar dengan keadaan tanah yang lembab dan basah, kami juga kena menghadapi serangan pacat banyak terdapat di sini.Bila pacat mula menyinggah masuk ke kaki dan tangan peserta-peserta perempuan lain mula acara jerit menjerit bermula.Tetapi ramai di tenangkan oleh beberapa rakan mereka.Laluan denai mulai sempit dan licin,banyak juga pokok-pokok yang tumbang terpaksa kami lintasi.Masa nie RA dah rasa nak putus asa jek maklumlah semakin lama semakin mencanak laluan ke atas dan semakin menguji diri.Tak lama kemudian langit mulai mendung dan hujan mulai turun.dari renyai-renyai menjadi lebat dan suhu juga turun mendadak.Syukur rasanya sebab dengan bantuan hujan dan suhu yang sejuk RA dapat bertahan walaupun laluan denai semakin berlopak dan licin.Kami bernasib baik sebab hujan turun tanpa guruh dan petir.
Hampir sejam RA meredah hutan akhirnya tiba di laluan paling mencabar.Untuk sampai ke puncak Gunung Panti Barat RA dan yang lain-lain kena panjat batu ini dalam keadaan basah dengan hujan.Mula-mula nak putus asa pun ada , sebab rasa macam tak mampu nak panjat batu-batu yang bercuram tu.Tapi bila tengok ramai peserta perempuan yang tak sabar-sabar naik RA mula rasa tercabar.Kak Ros dah naik dulu dia lah dok jerit-jerit bagi RA semangat untuk naik.Adeehh....apa lah aku buat nieee.......tak pernah seumur hidup panjat batu curam dan licin,ini memang kerja giler......
RA gagahi jugak akhirnya selepas 30minit berhempas pulas memaut batu dan tali RA tiba di atas puncak Gunung Panti yang ketinggiannya 513meter.Alhamdulillah rasa puas dan bersyukur teramat bila dah sampai kat atas puncak ini.Rupanya macam gini lah rasanya orang mendaki tiap kali berjaya panjat gunung.Dulu RA ingatkan apa lah yang bagus sangat panjat gunung ni,tapi bila dah lalui barulah rasa kepuasannya.
Pemandangan dari atas gunung ini memang saujana mata memandang.Nak-nak saat kami tiba di atas ini hujan lebat mulai reda dan gerimis.Jadi nampak awan-awan putih bergerak meliputi gunung-ganang berhampiran.
Suhu kat atas nie pun dah macam dalam bilik berhawa dingin.Angin pun boleh tahan kuat bertiup.
RA belanja lagi satu gambar kat atas gunung nie yea.
Yang ini pemandangan kampung berhampiran.

Kepuasan dan pengalaman memang tidak dapat di beli dengan wang ringgit.
Peserta-peserta dari Geng Krik-Krik yang akhirnya tiba jugak di atas.
Betul lah kata orang tua-tua , bukan gunung yang kita tawan tetapi diri kita sendiri sebab jika tidak belum tentu kita akan dapat mengatasi semua cabaran.  
Basah kuyup sampai di atas.
Kat atas puncak ini pihak perhilitan ada menyediakan meja dan kerusi.Kata juru jalan kami untuk kegunaan pendaki yang ingin berehat dan berkhemah di sini.Sampai je kat atas masing-masing perut dah lapar.Nasi bungkus yang di sediakan oleh penganjur.Lauk labu masak lemak , sambal belacan & ayam goreng.Walaupun bekalan basah dek bag di masuki air hujan , kami semua makan dengan berselera sekali.
Kenapa RA tengok kaki? RA tengok kot-kot ada pacat lagi tak yang menyinggah hisap darah di kaki RA.Saat tiba atas puncak adalah 4-5ekor pacat yang dah gemuk kekenyangan hisap darah kat kaki RA.Diaorang yang berbaju hujan ini dah selalu panjat gunung jadi semua peralatan dah siap diaorang bawak.RA memang basah kuyuplah sebab bawak bag galas kecik jek tu pun buat letak baju dan seluar pendek sehelai.
Sebahagian peserta yang mengikuti pendakian anjuran H.A.U.S.Kebanyakkannya pelajar-pelajar di UTM Johor.Dua orang lagi yang bergambar dengan RA tu adalah peserta tambahan yang turut sama.
Basah-basah pun tetap bukak telefun bimbit bergambar.
Lepak makan dan santai-santai bergambar di sini.Lama jugak kami di sini hampir 2jam jugak merehatkan badan seketika sebelum turun kebawah.
Geng H.A.U.S dengan Geng KRIK KRIK MENGETEH bila bergambar
Jadi sebelum kami semua turun ke bawah (menghadapi laluan yang sama) , kami sempat bergambar kumpulan sebagai kenang-kenangan.
Perjalanan turun ke bawah lebih mencabar kaki sebab pertahanan kaki perlu untuk menghalang jatuh terduduk.Turun dari curam berbatu paling berbahaya,kalau tersilap pasti maut menanti.Tetapi Alhamdulillah semua berjaya turun dari curam berbatu dengan keadaan selamat.Belum lagi selamat dari curam berbutu,kami kena pulak menempun laluan licin dan berlumpur yang penuh dengan pacat pulak.Keadaan tanah selepas hujan yang licin ini menyebabkan 4kali RA tergelincir jatuh terduduk macam nangka busuk hehehe.Hampir sejam setengah meredah akhirnya selamat tiba dengan selamat walaupun kaki habis di gigit pacat hingga ke peha.Adeehhhhh.....
Haa inilah pacat yang mengigit.Kenyang , gemuk diaorang hari ini.
 Turun je dari Gunung Panti kami menuju ke Air Terjun Pelepah Kiri pulak.Laluan ke air terjun ini tidak terlalu sukar.Kami memasuki ladang kelapa sawit kemudian masuk ke hutan semula dan ikut laluan anak sungai.
 Laluan anak sungai agak licin sedikit tetapi tidak berbahaya.Dari tempat letak kereta kami mengambil masa 30minit berjalan kaki untuk tiba di kawasan air terjun.
RA tak larat nak ikut diaorang masuk lebih kedalam.Jadi bila nampak kawasan yang boleh melepaskan niat nak mandi terus turun berdebus.
Air sedikit keruh sebab hujan kan baru turun pagi tadi.Yang tak kuasa nak redah ke dalam lagi ramai yang berendam di sini.
Yang larat macam diaorang nie begini lah keadaannya bila dah jumpa air terjun.Jam 4petang kami semua beransur bergerak pulang sebab hari mulai gelap dan hujan mulai turun semula.Alhamdulillah 430petang selesai aktiviti RA ke dua tempat ini.Ekpedesi kali ini memang akan terus tersemat dalam ingatan RA kerana ianya pertama kali mencuba.

2 comments:

Unknown said...

Salam and Hi, I want to apply permit and get a guide for 27/4/19 can anyone pls assist from Johor Bahru

RioAzzaro said...

hi....contact this person from facebook ----> https://www.facebook.com/WakakaOutdoorJM0893132T/ they organize trip there

Pakej Jejak Sejarah di Tanjung Pinang Indonesia 2023

Assalamualaikum semua.. Seperti tahun-tahun sebelum ini.Ini adalah pakej pada harga terbaru ke Tanjung Pinang Indonesia pada tahun ini 2023....