Sunday, March 19, 2017

Hari Terakhir Perjumpaan Bekas Pelajar SMPT

Jam dah pukul 1pagi tapi kami masih lagi belum tidur.Selesai acara sekolah di tutup jam 12tengah malam , masing-masing cuba untuk jadi burung hantu di Blok 2 Hang Jebat.Ini bukan cerita seram tetapi cerita geng bas sekolah yang tak tidur lagi hahaha.

Borak punya borak Nizam , Toi , Hatta dan beberapa geng budak-budak lelaki pakat-pakat lepak mengeteh di luar.Punya lah lama nak bagi lokasi jam 230pagi baru kami semua keluar menuju Bandaraya Melaka semata-mata untuk kuar mengeteh.Akhirnya tiba di kedai mamak berhadapan dengan Dataran Pahlawan.Pergghhh, jam 4pagi baru balik ke bilik masing-masing,memang lepak tapi sesekali berkumpul memang syok habis.Nampaknya Hatta dan Nizam kena tidur luar lah sebab kunci pintu apartment ada satu je dan di pegang oleh orang rumah masing-masing yang dah tidur.
Tidur jam 4pagi bangun sarapan kul 730pagi.Adeeh,mengantuk beb.RA memang kena bangun awal pagi sebab orang yang menghantar sarapan akan menghantar mee bungkus pagi ini.Rabak mata nie...Selesai menguruskan pengambilan dari orang yang menghantar RA turun ke restoran utama untuk sarapan pulak.Geng-geng yang lain pun dah sedia nak turun makan.Diam tak diam hari ini hari terakhir kami berkampung di sini.Tengahari nanti nak balik dah.Anak-anak meke lak ramai yang masih nak mandi kat kolam renang.Teruskan lah mandi.RA nak sambung tidur.Mengantuk sangat.
Jam 1230tengahari semua dah bersiap sedia untuk pulang.Memang perjumpaan tahun ini paling meriah dari yang sebelum-sebelumnya.Kami semua berkumpul di lobi apartment sebelum bergerak turun ke bawah.Sempat lagi tu ibu-ibu bergambar.
Sambung bergambar kat dalam left pulak.
Dengar-dengar semua nak pergi makan Asam Pedas Melaka kat Semabuk , Bukit Katil.Ada jugak yang nak terus balik , jadi sebelum berpecah kami semua bersalam-salaman dan bergambar kenangan di perkarangan hadapan apartment.
Rasa macam sekejap je masa berlalu.
Kami bergambar kenang-kenang sebelum pulang di resort ini.Kebanyakkan yang ada dalam gambar ini yang bermalam di sini.Ramai yang dah balik malam semalam (yang hanya datang makan malam sahaja).
Bagi yang belum mahu pulang kami semua singgah ke Restoran Hjh.Rahmah Hj.Ibrahim untuk merasai Asam Pedas Melaka di sini.
Amikko Asam Pedas Ikan Jenahak masih panas-panas lagi baru keluar dari Periuk.2Ketul nie (ekor dan isi) berharga RM28.00.
Sabar menanti Toi dan kawan-kawan sebab stok nasi putih tetiba habis.
Amboi berselera betul yea semua.
Begini tunjuk tangan.Meja RA si Faizal amik sampai 12ekor udang.adehhh memang hantu udang anak-anak faizal
Semua gembira dapat makan seperti yang di janjikan,walaupun meja penuh dan kami terpaksa duduk berpecah.Sebelum pulang masih nak bergambar depan kedai makan.
Cakap orang RA pun sama.Hahaha.Maklum lah peluang jumpa macam nie bukan selalu.

Berakhirlah pertemuan kami di Melaka.Semuanya dapat di abadikan didalam sebuah album untuk menjadi kenang-kenangan buat kami.Masa begitu pantas berlalu terasa baru semalam meninggalkan sekolah.Masing-masing ramai yang mempunyai keluarga sendiri.Moga ukhuwah ini berkekalan antara kita semua
Buat yang menyumbang kepada majlis ini terima kasih kami ucapkan.Tengoklah sampai nama sendiri tak tulis dalam gambar di bawah ini.hehehe.
Moga bertemu lagi di perjumpaan yang lain.Dengar- dengar lagi 10tahun lagi yea...hehehe

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget