Sunday, January 29, 2017

Lawatan Tanjung Pinang Hari 2

 Hari ke 2 ini di mulakan lawatan ke Pasar Tanjung Pinang untuk membeli belah barangan.Lawatan ni paling di gemari oleh ibu-ibu yea.Banyak juga lah yang di beli dari langsir sehinggalah pakaian. 
 Tengah hari lawatan di teruskan ke Pantai Trikora.Kira-kira 60km dari pekan Tanjung Pinang.Di sini terdapat beberapa pulau yang berhampiran dan jika ada masa boleh lah naik bot ke situ.
Inilah dia Pantai Trikora yang amat landai.Sekali pandang nampak macam Pantai Desaru dan dari sini kita boleh nampak Johor yang kurang 15km sahaja.
Dah jumpa pantai macam ini lah jadinya.Memang tak lepas main pasir punya.
 Tak jauh dari Pantai Trikora terdapat beberapa kelong rakit nelayan yang di daratkan.Kata penduduk di sini membina Kelong rakit agak murah dan kurang risikonya daripada membina kelong di tengah laut.Bila air suruh mereka boleh daratkan di pantai dan bila air pasang kelong boleh di biarkan di laut. 
 Risiko kemusnahan daripada ribut dapat di elakkan.Pemandangan di sini memang sangat indah dan tidak terdapat di tempat yang lain.
 Kalau pernah menonton filem Merong Mahawagsa pasti teringat latar belakang perkampungan Melayu dalam filem itu.
 Ada buai gantung pulak di sini.Kalau tak pikirkan nak balik memang RA dah tidur kat sini.
Sempat lagi yea dia baring.Nak amik mood katanya.Orang lain dok bergambar bagai kat tepi laut dia relek je kat sini.
 Anak-anak penduduk di sini yang sempat RA rakam di kamera lensa ini.Mungkin ada yang mencari kepah atau ketam di tepi laut sebagai sumber makanan.
 Sebelum pulang ke hotel mesti kena ambik gambar berkumpulan.Air kat belakang tu memang la jernih yang amat yea.
 Suasana sebegini memang jarang dapat jumpa kat Malaysia.Esok dah nak pulang ke Johor.Tapi sebelum pulang RA sempat membawa mereka ke Bintan Mall untuk membeli barangan buat kali terakhir sebelum pulang ke hotel.
 

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget