Saturday, January 28, 2017

Lawatan Tanjung Pinang dan Pulau Penyengat

Selamat Tahun Baru Cina buat pembaca Cina , RA hari ini kena kerja lah.Bawak rombongan keluarga ke Tanjung Pinang bercuti sempena cuti tahun baru Cina nie.Jam 8pagi lagi dah tiba di sini dengan sikitlah punya ramai umat yang ingin bercuti dan pulang ke Kampung masing-masing.
Alhamdulillah segala urusan tiket dan immigrasi berjalan dengan lancar dan feri bertolak seperti yang di rancang.Jam 930pagi dah berlepas ke Tanjung Pinang dari Terminal Feri Stulang Laut.Selamat tinggal Johor dan jumpa lagi 2hari yea.Burung pun nak ucap selamat tinggal kat RA.Nampak gaya cuaca macam tenang je hari ini.
 Alhamdulillah selamat tiba di jetti Tanjung Pinang jam 1130pagi waktu Indonesia Barat (jam 1230 tengahari waktu Malaysia).Urusan immigrasi agak lambat sedikit kerana terdapat pelancong dari Singapura yang tiba awal 5minit dari feri kami membuatkan kami terpaksa beratur panjang di belakang dengan pejabat immigrasi yang masih dalam ubah usai.Hampir 45minit juga urusan kami di sini.Selesai sahaja kami semua ke jeti sebelah untuk ke Pulau Penyengat. 
Perjalanan dari Dermaga Tanjung Pinang ke Pulau Penyengat cuma mengambil masa 20minit dan tidak berapa jauh cuma 1km sahaja.Kalau dulu tidak di sediakan pelampung keselamatan penumpang tapi kali ini mereka menyediakan bagi mengelakkan kemalangan.
Inilah dia jeti di Pulau Penyengat.Pulau yang di ambil nama dari sejenis serangga berbisa iaitu tebuan atau lebih di kenali Penyengat oleh penduduk di sini.
Deretan bot sampan menanti kehadiran kami.Jika anda datang dengan jumlah tetamu yang sedikit selalunya bot sampan inilah yang akan membawa anda ke sini.
Tenang dengan tiupkan angin yang kuat , pasti membuatkan anda terlena jika duduk di sini.Perut pun dah lapar,maklumlah dah pukul 1tengahari waktu Malaysia saat RA tiba di sini, jadi tempat pertama yang di tuju adalah kedai makan.

Perut dah kenyang hati pun senang nak berjalan-jalan keliling pulau Penyengat.Tempat pertama yang di tuju pastinya Masjid Raya yang di buat dari putih telur.Masih gah sehingga sekarang.
Solat Jamak dan bergambar di sini kemudian ke destinasi seterusnya.
Ini adalah salah sebuah makam di raja.
Kalau ke Istana Kuntur ini pasti banyak aksi yang dibuat.Istana ini juga dahulunya dijadikan tempat simpanan senjata dan peluru meriam.
Yea..masih juga gah sehingga sekarang.
Ini pulak Istana kediaman kerabat di raja.Binaanya sama seperti Istana Kampung Glam di Singapura.
Di belakang Pulau Penyengat ini terdapat jeti lama.Katanya dahulu jeti ini menjadi singgahan pelayar-pelayar ke pulau ini untuk mengambil air tawar.
Pelikkan dengan keluasan pulau ini yang cuma 2kilometer persegi dan di kelilingi laut dapat membekalkan air tawar buat ramai pelayar.Patutlah pulau ini menjadi rebutan penjajah.Di perigi inilah tempat mereka mendapatkan bekalan air tawar dan di ceritakan bahawa air di dalam perigi ini boleh di minum terus dan tidak pernah kering walaupun pada musim kemarau.
Perkampungan nelayan juga banyak terdapat di sini.Yang menjadikan pulau ini sangat unik ialah 100% penduduk di sini adalah keturunan Melayu.
Oklah hari dah mulai petang.Masa untuk kembali ke Tanjung Pinang dan bermalam di hotel.Jam 4petang RA mengambil bot pulang dan menuju ke hotel untuk makan malam dan beristirehat.Selesai makan malam di hotel RA duduk lepak dataran berhadapan Melayu Square untuk lepak minum kopi sambil menonton di skin besar di sini.Jam 11malam baru pulang ke bilik hotel untuk tidur.Jumpa Esok....

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget