Saturday, December 31, 2016

Aktiviti di ambang 2016

 Hari ini adalah hari terakhir di tahun 2016.Jadi untuk menjadikan hari ini sebagai kenangan bagi penutup 2016 RA bersama ayah,Kak Ros , Abang Mad , Aqila (anaknya) , Mai dan Abang Yunus ke Teluk Sengat untuk menikmati juadah ezostik iaitu Belangkas dan Siput Gongong beserta asam pedas kampung di Restoran Masakan Kampung Ibrahim.  
 Kami bertolak jam 1045pagi menuju ke Teluk Sengat yang mengambil masa perjalanan sejam 30minit.Di sebabkan kesesakkan di jalan lama Kota Tinggi - Desaru kami tiba jam 1230tengahari di sini.Alhamdulillah tokeh kedai dah simpankan lauk untuk RA dan rakan-rakan.Menu belangkas kat kedai ini memang mendapat permintaan ramai.
 Sampai-sampai je lauk dah terhidang.Cuma amik lauk tambahan seperti Asam Pedas Sembilang,Ikan goreng , Kupang, urab, gado-gado dan ulam-ulaman beserta air minuman.
Berselera sungguh makan tengahari ini.Sempat bergambar dulu sebelum menjamah makanan.
Amboi sedap sampai mengetap bibir nampak? Tak pernah makan belangkas yea...meh sini semua belajar makan belangkas hari ini.
Atas permintaan ramai terpaksalah bergambar lagi dan bergambar lagi.
 Asam pedas kat sini memang menjanjikan.RA tambah nasi semata-mata nak makan dengan asam pedasnya sahaja.
Kurang dari sejam makanan habis licin di makan.Dengan Ayah RA makan dengan berselera.Yang dapat di tujukkan cuma tangan yang belum di basuh dan pinggan-pinggan yang tinggal sisa sahaja.Makan tengahari kami di sini sangat-sangat berpatutan cuma RM105.50 dengan menu yang pelbagai tadi.
 Dah kenyang RA meneruskan perjalanan ke Kampung Teluk Sengat yang berhampiran dengan Johor Lama.Kampung ini paling hampir dengan Sungai Johor dan Jambatan A lebuhraya Desaru-Pasir Gudang.Dengan keadaan cuaca yang tidak panas (walaupun dah tengahari) membolehkan RA dan rakan-rakan menikmati suasana tepi laut di sini.Ayah RA pun nak ikut sekali , nasib baiklah RA bawak kerusi roda dia.
 Ini kawasan tepi laut yang berhampiran dengan Masjid Teluk Sengat.
 Dan ini pulak jeti Teluk Sengat di di gunakan oleh nelayan-nelayan kampung dan pengusaha rumah-rumah rakit dan kelong di sekitar sungai Johor ini.
 Sambil lepak kat tengah-tengah jeti tu sempat la menguyah makan kacang dan kauci ala-ala berkhemah katanya.
Nasib baik lah air laut tu tak berombak.Ada hati pulak tu nak ke tengah ramai-ramai lalu kat titi besi tu.Kalau jatuh laut memang tak ada orang yang datang selamatkan orang yang tak reti berenang tu.
 Gini lah aktiviti mengossip dua orang cik kak nie.
 Kat sini ramai orang yang memancing.Tapi rasanya pancing diaorang takde ikan nak makan kot sekarang sebab datang segerombolan orang-orang yang membuat bising di jeti.hehehe. 
 Jambatan A di belakang tu nampak dekat je dari sini.Masjid kat sini pun dekat je,Agak-agak nak solat jamak pun boleh.
 Dari tepi laut Teluk Sengat RA ke muzium Kota Lama Johor.Di sini terletaknya kubu pertahanan Johor Lama, kubur-kubur lama dan tapak arkiologi yang masih dalam kajian.Muzium terletak di bahagian belakang kubu dan mengambil bentuk rumah traditional lama Johor iaitu Rumah Limas. 
 Berpeleseran ala Hipster dan meronda di sekitar kawasan sebelum memasuki muzium untuk melihat khazanah peninggalan lama.Ada jual Aiskrem batang (aiskrem dulu-dulu) di hadapan berandar muzium ini.3batang = RM1.00.Boleh lah untuk mengurangkan dahaga tekak.
 Dari Muzium kota lama RA ke Tanjung Buai yang terletak kira-kira 15km dari Teluk Sengat.Perjalanan di sini memang saujana mata memandang.
 Melalui ladang kelapa sawit yang baru di tanam semula menjadikan kawasan di sini seperti berada di ladang teh dengan berlatar belakangkan sungai Johor dari atas bukit.
RA berhenti di sini untuk mengambil gambar pemandangan di sini dan ternyata inilah hasilnya.Tak sangka di Johor pun ada tempat yang cantik seperti di negeri-negeri lain.
 Pelbagai aksi giler-giler di acara bergambar ini.Nasib baik lah tak banyak kenderaan yang lalu di sini,kalau tidak mau habis kena langgar.
Satu lagi gambar kat tepi tebing,nasib baiklah tak jatuh.
 Ladang kelapa sawit yang ala-ala ladang teh.
 Jambatan "Double A" Desaru-Pasir Gudang yang nampak jelas dari atas bukit nie.
Nanti bila kelapa sawit nie dah tinggi tak dapat lah tengok pemandangan macam ini lagi.Jadi bagi sesiapa yang ada kesempatan cepat-cepatlah ke sini sebelum pokok kelapa sawit naik tinggi. 
 Konon-konon sejuklah tu, padahal suhu kat sini agak panas jugak. 
 Gambar terakhir sebelum berangkat pulang ke Johor Bahru.Orang baru nak bergambar ala-ala kulit album lagu yang sorang tu siap pulak tunjuk langit.
 Aktiviti kami tidak habis sampai petang tu sahaja.Malam tahun baru kami makan malam bersama di Mutiara Rini sebelum ke Puteri Harbour melihat pertujukkan bunga api tahun baru.

SELAMAT TINGGAL 2016
DAN
SELAMAT TAHUN BARU 2017

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget