Sunday, November 6, 2016

Salji di Titlis

 Rasa segar pagi ini bangun seawal jam 4pagi (kalau kat Malaysia masih tidur lagi nie).Bersiap-siap dan mula masak spagetti goreng untuk sarapan.Duduk kat negara orang nie kena kreatif masak.Kalau mee kuning takde jadi kita jugakan mee spegetti hehe.Hari ini perancangannya mahu ke Gunung Titlis.Gunung ini terletak di ketinggian 3020 meter dari paras laut dan 365hari bersalji sahaja.Yang lain begitu teruja sebab pertama kali mahu lihat salji di depan mata sendiri.Masih mengunakan keretapi api Swiss kerana hanya dengan mengunakan keretapi kita akan dapat melihat bentuk muka bumi Swiss ini dengan lebih dekat.
 Perjalanan dari Luzern ke Titlis akan melalui Engelberg dan mengambil masa 45minit.Keretapi akan berhenti di Station Engelberg kemudian menaiki bas ke Station Kereta Kabel Gunung Titlis yang terletak tidak berapa jauh dari station keretapi itu.Keterujaan kami bermula saat tiba di station keretapi Engelberg, salji pun turun mencurah-curah.Apa lagi mereka yang di dalam keretapi pun menjerit kesukaan lah.
 Untuk menaiki gunung Titlis pengangkutan utamanya hanyalah kereta kabel.Ada tiga perhentian dan pada perhentian ke 3,RA di kehendaki menukar ke kereta kabel yang biasa ke Kereta Kabel "Rotair".
Haa beginilah dia Kereta Kabel Rotair.Ianya boleh memuatkan sehingga 50orang pada satu-satu masa. 
 Di puncak Gunung Titlis ini ada pelbagai aktiviti dan kemudahan yang boleh di lakukan.Ada gua Glasier , ada restoran , kedai cenderamata , Ski resort , tempat istirehat lapangan luncur salji , Jambatan gantung dan jika musim panas anda boleh melakukan aktiviti gelungsur salji mengunakan boya.Suhu di puncak Gunung Titlis ketika itu ialah -10'c dan tangan RA naik kebas sebab main ais kepal dari saji yang turun hahaha.
 Antara muka-muka kanak-kanak riang ria yang jakun main salji.Mafla Luaskan Kuasa Mu Johor memang RA bawak dari Johor sebab nak bergambar kat sini nanti.Tak sangka pulak kuar kat MukaBuku : BOS hasil sebaran dari Cik Fatin (pengikut blogger RA) .
 Di sinilah pengambaran filem Diwali di buat.Bila cakap pengambaran filem Diwali ramailah pelancong-pelancong dari India yang bergambar dengan poster patung Shahrukh Khan yang di letakan di luar bangunan ini.
 Salji turun makin lebat,tak larat rasanya RA nak berjalan sampai ke jambatan gantung yang terletak paling hujung dari bangunan kereta kabel.Selesai bergambar dan puas main salji kami berehat di ruang rehat pengunjung yang di sedia di tingkat 2.En Sori dan keluarganya makan tengahari di restoran di tingkat bawah,mungkin lapar sejuk-sejuk nie.Nasib baik RA ada bawa bekalan roti dari Luzern,dapatlah kami mencekak ramai-ramai.
Salji makin lebat pulak turun.Tak tahan dah rasanya dan inilah muka-muka orang Malaysia yang agak sedikit jakun.(maklum lah kat Malaysia mana ada salji).
 Jam 2petang kami turun dari Gunung Titlis menuju ke station keretapi Engelberg.Salji masih turun lagi ketika ini cuma suhu di Engelberg -2'C dan tidaklah sesejuk di Puncak Titlis (-10'c).
Ini lah gambar RA bersama En Sori dan keluarganya yang mengikuti rombongan RA ke Swiss.Bersama-sama kami pemandu pelancong Naema dan Mirco.
Saat tiba di Engelberg kami tertinggal keretapi.Jadi kena tunggu lagi sejam untuk keretapi seterusnya.Sementara menanti keretapi seterusnya apa lagi semua sambung main salji lah.
Akhirnya keretapi yang di nanti pun tiba.Destinasi kami seterusnya ke Luzern.Sepanjang perjalanan pulang cuaca agak baik dan hujan tidak turun.Jadi Naema mencadangkan kami semua menaiki bot/Ferri di tasek Luzern. 
Alhamdulillah selamat tiba di station keretapi Luzern.Bersebelahan station inilah kami akan menaiki bot besar ala-ala feri untuk menyusuri tasek luzen yang begitu luas dan berbentuk seperti tapak naga.Naema menerangkan kepada keluarga En Sori tentang sejarah lama station keretapi Luzern yang dahulunya pernah terbakar sebelum menaiki bot menyusuri tasek.
Satu yang menarik tentang tasek Luzern ini dia berbentuk sepeti tapak kaki naga serta di kelilingi oleh banjaran gunung-gunung Alps.Gunung Pilatus dan Gunung Titlis dapat di lihat jelas dari tasek ini sewaktu bot bergerak melayarinya.
Mengambil tugas menjadi "babysitter" sekejap bersama anak-anak En Sori
Inilah antara gambar-gambar pemandangan gunung bersalji banjaran Apls.Bila cuaca elok memang jelas nampak banjaran gunung-gunung ini.
Kami menuju ke Waggis station terakhir bot ini mendaratkan penumpang.Sementara menunggu bot seterusnya untuk pulang ke Luzern kami sempat bergambar di sekitar Weggis.
Cantik sungguh ciptaan Allah.Jam menunjukkan pukul 530petang tapi hari semakin gelap.Bot seterusnya tiba dan kami bergerak pulang ke Luzern untuk bermalam.Jumpa esok untuk lawatan ke tempat yang lain pula.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget