Thursday, November 10, 2016

Romantiknya Venice

 Selamat pagi Milan.Bersiap-siap awal untuk sarapan pagi di hotel sebelum memulakan perjalanan ke Venice pagi ini.Kereta api RA bertolak jam 805pagi,jadi sarapan seawal jam 630pagi.Menu biasa di luar negara pasti tiada nasi.Yang ada cuma roti-roti , bijirin dan buah-buahan selain telur rebus.Jadilah asal dapat alas perut sampai ke tengahari nanti.
 Perjalanan dari Station Milano Centrale ke Station Venezia Mestre mengambil masa 2jam 30minit.Bila turun di Venezia Mestre barulah RA sedar yang RA sepatutnya beli tiket terus ke Venezia Santa Lucia iaitu station terakhir untuk ke Venice.Mestre adalah tanah besar yang paling hampir dengan Venice iaitu jaraknya cuma sekitar 5km sahaja.Oleh kerana hotel RA terletak di pulau Venice dan bukannya di tanah besar maka terpaksalah RA membeli lagi satu tiket untuk ke Venice.Harga tiket hanya sekitar Euro3.00 seorang dan beroperasi setiap 30minit.
 Akhirnya tiba juga di station keretapi Santa Lucia tepat jam 12tengahari.RA terus menuju ke hotel Continental (4*) yang telah RA tempah awal untuk daftar masuk dan bermalam.Hotel ini cuma terletak hanya 600meter dari station keretapi Santa Lucia.Terasa macam bermimpi pulak bila tempat yang RA idamkan untuk ke sini sejak kecik berada di hadapan mata RA sekarang.
 Nasib baik bilik kami dah siap untuk kami daftar masuk.Selesai daftar masuk dah solat jamak di bilik , RA terus keluar bersama Dany dan Daus untuk ke menjelajah di sekitar Pulau Venice.
Venice adalah sebuah bandar terapung yang terletak di atas air dan bandar ini juga di kenali sebagai nama "Bandaraya Air".Antara tarikkan pelancongan yang paling terkenal adalah Rialto-Bridge,Saint Mark Basilica , Dataran Piazza San Marco dan Doge's Palace.Ada khidmat Gondola di sediakan di sini dengan kadar sewa yang RA rasa agak mahal sekitar $10Euro/seorang.
Ini adalah pemandangan dari salah satu jambatan yang RA seberangi.
Biskut dan pelbagai jenis roti yang di jual di beberapa kedai dalam perjalanan RA ke Piazza San Marco.
Di Venice selain kita boleh berjalan kaki,pelbagai khidmat menyewa bot juga di sediakan.Harga kalau tak silap RA sekitar $12Euro untuk 6jam.Inilah dia "Grand Canal" dan RA mengambil gambar di Jambatan Rialto yang terkenal tu.Tapi di sebabkan orang yang ramai dan jambatan ini dalam renovasi RA cuma dapat amik gambar dari atas ini sahaja,
Bot di mana-mana sahaja ada.Jadi tak susah jika mahu menaiki bot mengelilingi Venice.Tapi ada lebih baik bersama orang tercinta.Di sebabkan RA pergi bersama 2lagi rakanwira RA jadi tak perlulah kami naik bot.
RA mengambil keputusan untuk berjalan kaki sahaja lagipun banyak benda RA boleh lihat dan nikmati pemandangan di sini.
Ternyata ianya tidak mengecewakan lihatlah hasil gambar yang dapat RA rakamkan.

Beberapa Gondola yang menanti pelancong untuk di bawa.Sesetengah gondola menyediakan perkhidmatan dari hadapan hotel lagi.
Tidak berapa jauh dari "Grand Canal" terdapat butik Hard Rock Cafe Venice.Sangat mengecewakan kerana butik ini tidak mempunyai banyak pilihan Baju-T bersaiz L kerana kebanyakkannya habis dan cuma tinggal yang bersaiz XL atau M sahaja.
Setelah berjalan hampir sejam,RA tiba di Saint Mark's Basilica.Bangunan ini terletak di dataran Piazza San Marco.
Tak payah masuklah sebab bangunan ini sebenarnya adalah gereja yang telah di buka pada tahun 1092.

Senibina bangunan ini lebih tertumpu pada senibina Roman.Hadapan Gereja ini adalah dataran yang menjadi tumpuan pelancong luar dan dalam.Selalunya bila ada acara besar seperti tahun baru atau krismas mereka akan memakai topeng (ala Venice) dan berpesta di dataran ini.
Terdapat banyak kedai-kedai makan dan bar berhampiran.Luaskan dataran ini seluas 2 kali padang bola sepak.
Deretan bot dan Gondola yang di letakkan berhampiran Istana Doge's.
Sebelah nun di sana tu adalah sebuah lagi pulau yang berhampiran Venice.RA tak ke sana pun sebab kesuntukkan masa.Cuma sempat merakamkan gambar sahaja.
Waktu petang di hadapan San Marco Champanile.Deretan Gondola yang menanti pelancong.

Peluang bukan datang selalu.Jadi RA abdikan beberapa gambar di sini.
Waktu malam di sini pasti romantik kan.Nak nak bila berada di tepi laut.
Dan lagi untuk tatapan.
Ini adalah di hadapan Menara Jam Piazza San Marco.
Bag Hard Rock Cafe tu memang tak lepas yea.Nak bergambar mesti dengan bag tu.Oh yea di hadapan dataran ini dulu pernah banjir satu ketika dulu yea.Maklumlah paras air laut semakin tinggi, ada jugak dengar gosip-gosip yang Venice akan tenggelam satu hari nanti.
Suka RA tengok bot nie.Mengingatkan RA pada filem James Bond versi 80an zaman-zaman Sean Connery.
Berhampiran dataran ini terdapat Istana Doge's atau lebih di kenali oleh orang Itali dengan nama Palazzo Ducale.Istana ini sekarang di jadikan muzium dan tiket masuk ke sini dikenakan bayaran sebanyak $20EURO.Agak mahal tetapi sangat lah berbaloi masuk ke sini.
Inilah bahagian dalam Istana Doge's.Ukuran dinding dan siling yang di salut emas.
Ini pulak peralatan senjata yang di gunakan pada zaman Perang Salib dan juga perang menentang Nepolian.
Lukisan-lukisan memenuhi hampir semua ruang dinding dan siling dewan Istana.
Pedang-pedang para panglima dan kesatria Roman yang masih tersimpan utuh di dalam muzium istana ini.
Lukisan-lukisan di siling yang bersalut emas di sekelilinginya.Setiap bilik dan dewan pasti ada lukisan berkisar peperangan,sejarah dan ketuhanan.
Semua lukisan ini wujud pada zaman roman lagi.Ukiran-ukiran emas sangat mengagumkan.
Kebanyakkan dewan-dewan di sini adalah kosong dan yang ada cuma ukuran dan lukisan pada dinding-dinding dan siling-siling sahaja.
Lukisan ini di lukis semasa keberangkatan Pope I ke Rome dengan menaiki kapal layar di hadapan Istana Doge's.
Nampak tak menara tertinggi ini? sama dengan lukisan gambar di atas.Menandakan bangunan ini sudah beratus tahun wujud.
Kedai-kedai cenderahati di Venice pulak amat berbeza dengan di negara lain.Terlalu unik dan kebanyakkannya menjual topeng-topeng dari pelbagai bentuk dan ukuran.
Topeng-topeng ini selalunya menjadi buruan terutama pada musim "Carnival of Venice".Selalunya pada musim ini mereka di benarkan memakai pelbagai kostum dengan bertopeng.Karnival ini di buat 4hari sebelum perayaan "Good Friday (Easter day)".
Pelbagai barangan Gelas Murano juga di jual di sini.Rambang biji mata nak memilih.
Harga dari semurah 1Euro hingga ke 100Euro.
Bercakap pasal makanan di Venice pulak.Lambakkan kedai-kedai pizza, roti yang pelik-pelik , buah-buahan , pasta dan spagetti.
Lihat dan bandingkan kesemua di atas.
Waktu senja di tepi laut Venice.Sangat-sangat romantik.Deretan Gondola , deruan air dan kucauan burung camar yang menanti. 
Antara gambar yang sempat RA rakamkan di Dataran Piazza San Marco, laluan membeli belah pejalan kaki , Jambatan Rialto dan Jambatan berhampiran Station Santa Lucia.
Malam RA pulang ke hotel untuk beristirehat dan mandi.Lebih kurang jam 9malam RA keluar semula untuk mencari makan malam sambil melihat suasana malam di Venice.
Suhu waktu malam jatuh ke 5'c dan kebanyakkan hanya kedai-kedai makan yang di buka.
Banyak kawasa-kawasan yang menarik yang boleh di rakamkan pada waktu malam , tetapi dengan keadaan suhu yang sejuk dan banyak kedai yang sudah tutup RA hanya berada sekitar 2km dari hotel sahaja.
Tempat yang paling RA suka ialah di mana adanya gondola dan bot.
Tiang-tiang berwarna-warni ini menjadi "trademark" Venice.Tiang-tiang banyak di pasang dengan warna yang pelbagai.Ada warna Merah,biru dan kuning.
Bila tengok waktu malam kat Venice ini terasa macam kat Melaka lah pulak.
Ini bukan makan malam kami,tetapi ini adalah makan "LEWAT MALAM A.K.A SUPPER" kami.Pizza ini berharga $15Euro bersaiz XXL dan mempunyai 2perisa iaitu Magarita dan Tuna.Terima Kasih kepada Alit tukang masak di restoran ini yang berketurunan Turki + Itali.Alhamdulillah halal dan sebesar meja tempat kami duduk saiznya.(walaupun Tuna Pizza agak sedikit masin).Esok RA akan meneruskan perjalanan ke Rom pulak.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget