Saturday, November 12, 2016

Rom dan Sejarahnya

Alhamdulilah hari ini adalah hari ke2 RA di Rom.Menjengah di luar jendela dari hotel RA dan inilah pemandangan pagi hujung minggu di sini.Suhu di luar sekitar 4'c,dingin dan nyaman.
Lawatan pertama RA adalah di sekitar hotel sebelum bertolak menuju ke sebuah negara yang paling terkecil di dunia iaitu Bandar Vatican (Vatican City). Memandangkan RA akan melawat ke banyak tempat hari ini , jadi RA membeli Pas pengangkutan 24jam untuk Zon Urban 1 yang berharga cuma 7.00Euro.Pas ini boleh di gunakan untuk bas dan juga keretapi Metro selama 24jam.
Untuk ke Vatican City RA menaiki keretapi Metro dari Station Termini ke Station Cipro.Vatican City cuma 800meter dari station ini.Keluasan tanah di Vatican City ini cuma 44hektar dan ini menjadikan ia sebuah negara terkecil di dunia.
Memandangkan hari ini hari Sabtu,ada sambutan di adakan di hadapan bangunan kediaman Pope (iaitu ketua paderi Kristian dunia).Kawalan keselamatan juga begitu ketat,RA sendiri terpaksa melalui beberapa imbasan kawalan di setiap pintu masuk Vatican City ini.
Air pancutan lagi.Di mana-mana mesti ada.Tak pasti pulak RA airnya ini boleh terus minum ke tidak.
Memang betul keluasannya tidak lah sebesar mana.Di luar perkarangan dataran banyak kedai-kedai cenderahati yang menjual barangan bergambarkan Pope.
  Dari luar dataran Vatican City.
Tak jauh dari Vatican City terletaknya Castel Sant'Angelo.Tempat ini sebenarnya adalah makan Maharaja Rome yang bernama Hadrian dan juga makam kerabat-kerabat yang lainnya.Ia di bina pada tahun 134-139 mesihi.
Bangunan ini kemudiannya di amik alih oleh Pope untuk di jadikan istana dan kubu pertahanannya sebelum di jadikan muzium sehingga sekarang.
RA hanya berada di perkarangan luar muzium sahaja.Tak mahu masuklah sebab tiket muziumnya sangat lah mahal.
Terletak berhampiran dengan sungai dan di hubungkan dengan dua jambatan.
Dapatlah jadi model sambilan sekejap di sini.
Bawah jambatan ini adalah laluan untuk bersantai dan beriadah.Ada di kalangan penduduk di sini melakukan aktiviti berlari dan ada juga yang membawa anjing mereka bersiar-siar.
Dari Castel Sant'Angelo RA menaiki bas (saja nak merasa) ke Piazza Navona.Di sini ada 3 binaan air pancut yang terbesar.
Piazza Navona ini di bina pada kurun pertama mesihi lagi dan sekarang menjadi tumpuan artis jalanan membuat persembahan dengan deretan restoran dan bar.
Dataran ini menjadi tumpuan pelancong bergambar di binaan air pancutan manakala RA lebih tertarik dengan binaan bangunannya.
Model sambilan bergambar lagi.
Dah puas di Navona RA menaiki bas untuk ke Piazza Venezia pulak.Tetapi di sebabkan tersalah naik bas kami tiba di tempat ini.Tak pasti pulak RA nama tempat ini,rasanya macam bangunan kerajaan.Perkarangan bangunan ini pulak nampak seperti berada di Spanyol.Dari sini RA menaiki bas semula menuju ke Piazza Venezia.
Bila tiba sahaja tempat pertama yang RA tuju adalah kedai makan.Perut dah lapar kena isi dulu.Bila dah makan dah kenyang RA menuju ke bangunan belakang Piazza Venezia ini.Bangunan lama dan nampak unik.
Mak ai kena naik tangga untuk sampai ke atas.Adalah dalam 100 anak tangga kot.Rupanya bangunan ini adalah sebuah gereja.Ingatkan boleh ke Piazza Venezia di sebelahnya tapi rupanya ada tembok berpagar yang memisahkan antara dua bangunan ini.Apa pun pemandangan dari atas dapatlah lihat bandaraya Rom.

Bila masuk dalam bangunan tu barulah tahu ianya gereja.Namanya Gereja St.Mark.
RA turun ke bawah dan menuju ke Piazza Venezia.Ada binaan bawah tanah di sini.
Di pintu masuk Pizza Venezia.Sebelum masuk pegawai yang bertugas memberi tahu sedikit apa yang boleh buat dan tidak boleh di buat semasa lawatan.

Ramai sangat orang jadi kenalah menunggu giliran pintu di buka.Dah terlanjur sampai pun kan.
Kebetulan semasa RA bergambar datang burung Camar yang tetiba hinggap di tepi bangunan.Sempat RA rakamkan detik-detik ini.
Bangunan ini terletak di tengah-tengah bandaraya Rom,jadi pemandangan di atas akan dapat lihat keseluruhan Rom.Di sini juga terdapatnya Altar of Fatherland.
Lagi pemandangan dari atas bangunan mar mar ini mengadap Capitoline Hill.
Kenapa RA kata bangunan ini bangunan Mar mar? sebab 90% di bina mengunakan batu mar mar.
Dari tiang , lantai , dinding dan binaan patung semua dari batu mar mar yang sangat mahal.
Oh di belakang RA yang ada tentera itulah Altar of Fatherland.Raja pertama Itali.Bila duduk di atas batu mar mar dengan cuaca dingin terasa duduk di atas air batu pulak.
Binaan tinggalan kerajaan Rom ini masih utuh sehingga sekarang.
Yang penting tak boleh buat bising di sini.Dah puas bergambar dan melihat Piazza Venezia RA turun ke bawah dan menuju ke Forum of Trajan yang terletak bersebelahan jek.
Forum of Trajan ini di bina oleh Maharaja Trojan sekitar kurun ke 10 semasa pemerintahannya.
Kawasan sekitarnya meliputi binaan kuil , dewan teater , perpustakaan serta pasar Trajan.Dari ceritanya binaan ini di bina oleh seorang arkitek terkenal dari Damascus pada zamannya.
Trajan Forum ini juga bersangkut paut dengan Julies Caeser yang membina Roman Forum yang terletak bersebelahan sahaja dengannya.
RA tidak pergi ke Roman Forum sebab di kenakan bayaran masuk sebanyak 15Euro.Tetapi tidak jauh dari Roman Forum ini terletak nya satu dari 7 keajaiban duni iaitu Coloseum,Bangunan ini di bina pada kurun pertama.
Memang ramai orang di sini.RA tiba di sini jam 430petang 30minit sebelum pintu untuk masuk ke dalam Coloseum di tutup.Nak masuk ke dalam Coloseum ini pun di kenakan bayaran.Jika beli di talian anda akan dapat terus masuk tanpa perlu beratur.Jadilah dapat amik gambar kat luar je.Janji dah sampai dan kagum dengan binaan orang dahulu kala ini.
Ok ini bahagian betul-betul belakang Coloseum.
Ini pulak bahagian sisi kanan belakang.RA pusing satu Coloseum semata-mata nak puaskan hati bergambar di sini.Di bina dengan mengunakan konkrit dan pasir , ianya sebuah monumen bersejarah yang terdiri dari bangunan terbuka separa bulat,berpentas , mempunyai tempat duduk yang di gunakan sebagai tempat pertunjukkan pada zaman Rom Kuno. 
Bahagian sisi kiri belakang bangunan yang masih lagi utuh.manakala bahagian depannya retak dan pecah semasa gempa bumi.
Di sekitar belakang bangunan Coloseum belah kiri yang masih belum runtuh.Manakala bahagian depannya dah tinggal separuh runtuh.

Memang bangunan lama tahan lasak,Coloseum ini sahaja sudah 6-7kali mengalami siri gemba bumi yang meretakkan sebahagian bagunannya,tetapi masih lagi utuh malah ada yang boleh berada di atas tempat duduk tertinggi Coloseum ini.
Setelah pusing beberapa kali , akhirnya jumpa jugak dengan lokasi terbaik untuk bergambar.Lokasi ini adalah di atas Station Metro Coloseum.
Cantik kan..nak nak bila waktu matahari petang.RA pun dah letih sebab seharian berjalan hari ini,jadi RA mengambil keputusan untuk pulang ke hotel dan berehat sebentar.Malam keluar lagi ke tempat yang lain.Menu makan malam kami malam ini ialah Nasi Beriani.Halal kedai India Muslim.
Perut dah kenyang jadi RA menuju ke Station Metro Termini untuk ke Station Spagna.Di sini ada satu lagi tempat tarikkan pelancong iaitu Spanish Steps.
 nak tahu kenapa di panggil Spanish Steps kerana kawasan tanga di sini adalah seperti di Spanyol dan syurga membeli belah bagi penduduk Rom.
 Kawasan membeli belahnya pula membuatkan anda seperti berada di Monte Carlo.Tapi memandang RA tiba dah lewat (sekitar jam 730malam) kebanyakkan kedai telah pun tutup.Maklum lah malam minggu di Rom kedai tutup awal.
 Hampa tak dapat pergi butik Zara dan Long Champs maka RA sekali lagi menuju ke station Coloseum untuk melihatnya pada waktu malam.Satu perkataan je boleh cakap "Romantiknya"
Bila waktu malam ianya lebih cantik dengan pantulan cahaya.
 Tatapan terakhir di Rom untuk malam ini sebab esok pagi RA akan berangkat pulang menuju ke Amman Jordan pulak.
Pulang dari Coloseum,RA singgah lagi makan Kebab pulak.Sejuk-sejuk ini perut cepat lapar.Kebab ini berharga 5Euro.Banyak dan sedap.Dah kenyang baru pulang ke hotel dan bermalam.Esok nak bertolak ke destinasi yang lain pula...

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget