Tuesday, November 15, 2016

Petra Dan Wadi Rum Mempersonakan

Salam pagi dari Wadi Rum Jordan.Pagi ini bangun seawal 5pagi nak bersiap-siap tengok matahari terbit katanya.Tapi masih ada lagi yang belum bangun hehehe.Selesai bersolat subuh kami menunggu Jeep tiba.Jeep kami tiba jam 620pagi , terus bawa kami ke lokasi paling strategik untuk melihat matahari terbit.Waktu pagi di padang pasir sangatlah sejuk wey....9'c waktu ini.Sayup-sayup kadang-kadang terdengar suara ayam berkokok.Pelik juga ada yam kat padang pasir.hehe.
Akhirnya matahari terbit di ufuk timur.(wah ayat).Dengan muka tak mandi pagi RA merakamkan saat-saat manis dari atas jeep.
Seronok jugak sesekali naik duduk kat belakang jeep ini yea.Merakam saat matahari terbit di padang pasir juga merupakan satu pengalaman baru buat RA.
Detik-detik manis merakamkan gambar dari atas jeep yang melungsuri padang pasir Jordan.
Antara babak-babak muka tak mandi yang sempat di rakam.
Dah puas melihat matahari terbit Jeep membawa RA memasuki batu-batu Canyon yang berhampiran.Indah sungguh ciptaan Allah memang tak terkata.
Bentuk-bentuk batu stalamite hasil hakisan angin yang wujud beribu tahun lamanya ini membentuk pelbagai bentuk batu-batan di padang pasir. 
Ukiran batu ini adalah di ukur mengukit ruma Raja Jordan pertama Raja Abdullah.RA di bawa ke kem kaum arab Badawi yang berhampiran untuk berehat dan minum teh.
RA di hidangkan dengan minuman Teh herba di dalam kem dan bagi mengurangkan kesejukkan RA duduk berhampiran ungun api.Mereka juga menjual pelbagai barangan termasuk sabun dan teh herba arab.Selepas minum teh RA bergerak pulang ke Kem asal RA.
Perjalanan pulang ke kem memang menyeronokkan.Pemandu Jeep kami melalui bukit tinggi kemudian turun ke bawah macam macam naik roller coster pulak.Rupanya terdapat banyak Kem-kem bermalam di sekitar Wadi Rum ini.
Laluan padang pasir yang kami rentasi semasa pulang ke kem.
Beginilah keadaan kem kami pada siang hari.Semalam tak nampak jelas sangat sebab elektrik tak ada.Ada tempat istirehat untuk isap sissya lagi.
Ini pulak keadaan bilik dalam kem kami.Masuk bilik untuk mandi dan bersihkan diri.Walaupun suhu pagi di padang pasir sangat dingin , RA gagahkan jugak diri untuk mandi.Kalau tak mandi lagilah sejuk weyyy.
Selesai mandi masa untuk sarapan pagi.Tak ada nasi cuma yang ada adalah timun , tomato , kuah kari,roti nan arab dan sedikit jem serta buah-buahan.Betul-betul makanan padang pasir.
Selain RA dan kawan-kawan , ada 3 lagi pasangan yang bermalam di sini.Beginilah keadaan kem kami.Ada orang cakap macam kem buat haji kat mina...macam-macam haha.Selesai bersarapan dan berkemas,kami ke destinasi seterusnya iaitu ke Petra yang di kenali sebagai "Petra Kota yang Hilang/The Lost City Of Petra".
Perjalanan dari Wadi Rum ke Petra mengambil masa 2jam 30minit.Pemandu kami tidak mengunakan laluan lebuh raya sebaliknya mengunakan laluan biasa.Sepanjang perjalanan RA melalui laluan padang pasir dan gurun.Tetiba nampak keretapi yang menuju ke Bandar Aqaba.

Aqaba adalah sebuah bandar pelabuhan bebas cukai di Selatan Jordan yang bersempadan dengan Israel.Keretapi ini membawa bekalan minyak.Lupa nak beritahu semalam sepanjang perjalanan RA dari Laut mati ke Wadi Rum dan dari Wadi Rum ke Petra kami sering bertemu dengan pos askar atau pun polis yang membuat pemeriksaan di jalan raya.Kadang-kadang ada yang meminta untuk melihat passport kami.Pemandu kami memberitahu ia sekadar berjaga-jaga dari ancaman penganas yang memasuki melalui sempadan.
Setelah menempun perjalanan yang lama akhirnya RA tiba di Bandar Petra.Tiket masuk ke Petra untuk pelancung luar ialah JOD50 (RM300) seorang untuk pass sehari.Rupanya Petra ini mempunyai keluasan yang sangat-sangat besar dan sehari berjalan belum tentu dapat melihat keseluruhan bandar ini.Lihat je macam dekat dalam peta tapi yaa ampun percayalah ianya sangat-sangat luas.
Gambar ini RA ambil semasa masuk ke laluan Al Siq menuju ke Kuil The Treasury (Al Khazanah) iaitu di sinilah pengambaran filem Indiana Jones di buat.Nak menuju dari Pintu masuk Pos Pelancong ke Al Siq ini je dah mengambil masa 20minit dan dari Laluan permulaan Al Siq ke Kuil The Treasury RA kena melalui laluan di celah-celah batu merah yang mengambil masa 15minit.
Kota Petra ini di diami oleh Kaum Nabatean yang terdiri dari cendiakawan terpelajar,keluarga-keluarga bangsawan,raja-raja dan orang-orang kaya.Mereka mewarisi kemahiran dari kaum Aad dan Samud seperti yang di kisahkan di dalam Al-Quran.Teknologi mereka sangat maju sampai batu-batu gunung yang keras dapat di potong dan menghasilkan seni yang halus binaannya.Lihat sahaja laluan di Al Sid ini.Bagi yang tidak mahu berjalan anda boleh menyewa kuda atau kereta kuda.
Setelah hampir 30minit RA tiba ke lokasi terbaik Petra iaitu The Tresury (Al Khazanah).Katanya tempat ini dulu adalah kuil perbendaharaan kerajaan Nabetean.Di sini gunung ganang dan bukit-bukit di pahat menjadikan kediaman dan kota.
Kehebatan kaum ini membuatkan mereka begitu angkuh dan sombong sehingga menyekutukan seruan Allah dan Rasul,Kaum ini di musnahkan oleh Allah dan cuma tinggalan sejarahnya sahaja menjadi tatapan dan ingatan buat umat sekarang.
Di hadapan pintu masuk The Tresuary ini ada lobang di bawahnya yang telah runtuh.Rupanya kaum Samud ini juga membina hingga ke bawah tanah.
Petra mempunyai sistem saliran air dan pembuangan paling maju  dan sistematik.Terdapat terowong air bersih yang menyalurkan air di setiap pelusuk kota ini.Mereka juga memiliki teknologi hidrolik termaju untuk mengangkat air.Mahir dalam membuat tangki air bawah tanah bagi mengumpul air bersih yang akan di jugakan bagi tujuan bekalan untuk mengembara.
RA merakamkan detik detik manis bergambar di hadapan The Tresuary.Satu pengalaman yang menguja dan menjanjikan
Ibu kota ini di susun dengan atur sekali.Ia mempunyai mahkamah,dewan kolosium,makam raja-raja,kediaman yang teratur , singahsana , tempat ibadat dan saliran air yang sempurna.Maka adalah wajar Petra tersenarai dalam 7 keajaiban dunia yang baru. 
Ini adalah laluan utama ke mahkamah dan beberapa lagi bahagian yang akan RA pergi.
Laluan ini di namakan "Street of Facades".Di celah-celah batu ini mereka meletakkan makam-makam raja dan bangasawan.Terdapat kaum Badwi di sini yang menyediakan khidmat menyewa unta dan kuda.Kadang-kadang kelihat anak-anak mereka menjual pelbagai barangan cenderahati.
Belakang RA itulah mahkamah bagi Kaum Samud pada zaman dulu.RA memang dah tak larat nak naik ke atas tu.Memang sumpah penat wey.Ini RA pergi masa musim sejuk tau.Sejuk-sejuk pun bila tengahari panas dia sampai lenggit jugak kena kat badan tau haha.
RA cuma dapat Zoom kasi dekat jelah gambar ini.Terima kasih kepada Ramdan yang mengambil mengunakan kamera dia.Kamera RA dah kehabisan bateri.Bayangkan macamana lah orang dulu-dulu leh buat bangunan seindah ini.
Yang kat belakang RA tu dewan Kolesium.Kelihatan beberapa awek-awek Thai dan Arab di belakang RA yang cuba mengurat RA (konon)
Siap dengan kolosiem bagai.Memang bandar ini di susun dengan penuh teliti.Menurut penduduk di sini,masyarakat dahulu yang tinggal di sini merupakan golongan terpelajar dan terkaya sahaja.Bukan calang-calang orang boleh tinggal di sini.
Ini adalah laluan terakhir sebelum RA pulang semua mengikut jalan asal untuk pulang,Kat hujung depan tu ada banyak lagi yang tak dapat RA jejaki.Pusing-pusing sampai kat kawasan nie je pun dah hampir 4jam tau.Perut dah lapar nak cari makan tengahari kemudian masa untuk pulang ke Lapangan terbang.Penerbangan RA bertolak jam 1pagi nanti.Jadi RA bertolak keluar dari Petra jam 4petang dan tiba di lapangan terbang jam 8malam.Sementara menunggu penerbangan pulang jam 1pagi RA meronda-ronda di sekitar lapangan terbang.Selamat Tinggal Jordan....Moga bertemu kembali di lain masa

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget