Wednesday, November 30, 2016

MBO KSL CITY BERWAJAH BARU

MBO CINEMAS MEMPERSEMBAHKAN
MBO KSL CITY REBORN!

Penyerta SING! China pusingan akhir Jeryl Lee
menerajui garisan penghibur dalam acara 
pembuka tirai untuk panggung wayang diubahsuai

MBO Cinemas yang kini pengendali pawagam dengan lokasi yang paling pelbagai di Malaysia dengan bangganya mengumumkan secara rasmi pawagam baru diubahsuai di KSL City.

Dengan pembukaan pertama pada tahun 2010, pawagam ini telah dengan cepat menjadi lokasi utama MBO di Negeri Johor dengan 8 dewan dan 1,378 tempat duduk. Bersesuaian dengan slogan "Membawa Kecerian Berdekatan Anda" dan sebagai penghargaan kepada pelanggan setia, cawangan MBO Cinemas KSL City yang diubahsuai kini menawarkan susun atur lebih canggih, ruang lebih terbuka di lobi untuk tetamu menunggu dan perkhidmatan kaunter juga dipertingkatkan.

Ini termasuk outlet baru F & B Cafecito dan juga konsesi lagi besar yang menawarkan popcorn lazat MBO Cinemas dan suasana penyaman udara lebih berprestasi di kawasan lobi.

Pengalaman rasa syiok diserlahkan lagi dalam dewan dengan tempat duduk ubahsuai ala kulit hitam, panel elektrik, pendawaian dan juga kemudahan tandas baru.

Ini adalah pawagam kedua diubahsuai dengan konsep yang baru selepas MBO The Spring, Kuching dan dalam perancangan seterusnya ialah MBO Setapak Sentral dan MBO Subang Parade yang akan siap sebelum Tahun Baru Cina 2017.

MBO Cinemas juga teruja dengan pembukaan pawagam baru berikut pada tahun 2017 untuk memperkenalkan MBO Starling, Damansara Uptown, Elements Melaka, AEON BIG Farlim Ipoh, Kuantan City Mall dan Atria Shopping Mall, Petaling Jaya.

Peserta acara MBO KSL Reborn selanjutnya terpesona dengan finalis SING! China, Jeryl Lee, 16, yang telah menerima sambutan hangat baru-baru ini.
MBO CINEMA DIRECTOR OF MARKETING En Cheah Chun Wai memberikan pandangan dan penerangan tentang pengalaman yang mengujakan di KSL City Cinema.
"Street Dance" dari kumpulan Katoon Network menghiburkan dengan skill yang bertenaga dan gerak kaki yang lincah dengan menampilkan watak adiwira dan penjahat.
MBO Cinema Director of Operation.Mariam Yazmin El-Bacha berkongsi cerita tentang pawagan yang baru di renovasi dan kemudahan-kemudahan baru serta yang di pertingkatkan di KSL City.
Saat yang di tunggu-tunggu : PELANCARAN RASMI "KSL CITY REBORN"
Mariam (tiga dari kanan) bersama wakil tertinggi dari KSL City & MBO Cinemas
Xiao Wei Wei , penyanyi cantik yang mendapat perhatian ramai.
 Penyanyi dan pemuzik berbakat Ayandha Number menghiburkan peminat
Lautan manusia yang mengambil gambar dan video dari peserta akhir SING! CHINA Jeryl Lee.
Detik gembira peminat dapat ber"wefie" bersama Jeryl Lee

No comments:

Pakej Jejak Sejarah di Tanjung Pinang Indonesia 2023

Assalamualaikum semua.. Seperti tahun-tahun sebelum ini.Ini adalah pakej pada harga terbaru ke Tanjung Pinang Indonesia pada tahun ini 2023....