Monday, November 14, 2016

Jordan Hari ke 2

Assalamuaikum,selamat pagi hari ini memulakan pagi dengan bersarapan di hotel.Agak panas juga pagi ini dan inilah keadaan muka bumi Bandar Amman yang berbukit-bukau.Rumah-rumah di bina di sekitar bukit dan lembah.Hari ini nak melawat banyak tempat dan semoga dapat tiba di semua tempat yang di tuju.
RA sewa teksi untuk 2hari di sepanjang lawatan bagi memudahkan pergerakkan.Dan tempat pertama yang akan kami lawati ialah Citadel.Ia tak jauh dari hotel RA.Kat atas bukit tu jek.Tiket masuk ke sini ialah JOD3.00.Citadel ini lebih kurang macam muzium "open air" lah kiranya.Nak tahu sejarahnya leh baca kat atas tu.Wujud sejak 7000tahun lagi tu.
Dengar dengar di sinilah singahsana Hercules.Di perintah semasa zaman Rom , Byzantine dan kerajaan Islam Bani Ummah.Semasa pemerintahan Islam banyak patung-patung berhala yang telah di musnah kan.Tiang batu ini dahulunya merupakan Kuil Hercules.Memandangkan ia terletak di atas bukit,pemandangan keseluruhan bandar Amman dapat di lihat dari sini.
 Semasa pemerintahan Rom di bina kuil Hercules dan di bina gereja semasa pemerintah zaman Byzantine.Bila Islam memerintah di binanya istana kalifah dan masjid di sini.
Ini adalah ruang dalam masjid yang masih utuh.Bergaya ala-ala model bidan terjun kejap.
Ruang dalam kubah dan luar kawasan perkarangan masjid.Banyak tinggalan sejarah di sini.
Di sini juga di bina bangunan muzium yang menyimpan barangan yang di jumpai di Citadel.Patung dewa dewi semasa pemerintahan Rom yang di musnahkan semasa pemerintah Islam juga masih tersimpan di muzium ini.Peti-peti harta , tembikar dan senjata juga masih tersimpan di sini.
  Di sini macam-macam barangan lama di simpan.Meriam katak ini juga pernah di gunakan semasa pemerintahan Kesultanan Melaka dan Johor.Mungkin kesultanan kita mendapat bekalan senjata dari Kerajaan Islam Umaiyah ketika itu.
   Ini pula gua yang menyimpan air dan sejata.Juga di jadikan kubu pertahanan.
 Tapak arkeologi ini sangat luas.Jadi apa yang terdaya RA lawati kerana ada banyak lagi tempat yang hendak di lawati.RA mengambil masa sejam setengah untuk menjelajah di sekitar Citedal.
 Lawatan seteruskan ialah ke Jerash.Salah satu lagi tapak arkeologi tinggalan silam semasa pemerintah Rom, Parsi dan Yunani.Di luar pintu masuk terdapat deretan kedai-kedai cenderahati yang menjual pelbagai barangan.
Jerash dahulunya merupakan salah sebuah bandar di Jordan dan terletak di Utara Amman.Dari Citadel ke Jerash mengambil masa 45minit perjalanan.Tiket masuk ke sini ialah JOD10 (RM60) untuk pelancong luar - mahal kan...?.Kat sini RA bertemu dengan beberapa kanak-kanak Malaysia yang datang bersama ibu bapa mereka.Bila di tanya mana mak ayah mereka,diaorang bilang ada kat dalam.Biasalah budak-budak mana lah tertarik dengan arkeologi ini.
Di bina pada Abad ke 2 ia juga di kenali sebagai Pompeii bagi timur tengah.Bandar ini dahulunya terkenal dan menjadi rebutan beberapa kerajaan termasuk Rom,Byzantine,Yunani,Parsi dan Islam.
Semasa pemerintahan Yunani banyak kuil-kuil suci tuhan mereka di bina di sini.Termasuk menjadi tempat perlindungan pada abad ke 12.
Ini adalah pintu gerbang Hadrian iaitu di bina semasa Empayar pemerintahan Hadrian.
Ini pulak tapak kuil Tuhan Zeus untuk kaum Yunani.Gereja pula di bina berhampiran kuil ini.Di belakang kuil ini terletaknya dewan ampiteater.
RA menuju ke dalam dewan besar bahagian selatan.Dewan ini umpama teater bertingkat yang pasti ada pada setiap kota binaan Rom atau Byzantine. 
Keluasannya boleh menempatkan sekitar 1000 penonton pada satu-satu masa.Mana kala tiang-tiang baru ini adalah laluan kenderaan untuk ke istana Nymphaeum.RA dah tak larat nak ke hujung tu sebab sangat-sangat luas dengan cuaca yang agak panas.
Suhu di sini ketika itu cuma 17'c tapi di sebabkan tiada tumbuhan di sini memang panaslah jawapnya, boleh rentung macam ini.
Jadi hanya lensa kamera sahaja yang dapat RA rakamkan untuk tatapan semua.Kat hujung sana ada Kuil Artemis.Dewan ampiteater utara (yang terbesar di sini) , kolam mandi , pintu gerbang utara Tetrapylon dan beberapa gereja kristian semasa pemerintahan kerajaan Byzantine.
 Ini pulak "The Oval Forum".Dataran Forum bujur yang terkenal.
Ianya adalah tempat berkumpul ala-ala Dataran Merdeka lah macam tu.Orang dulu-dulu jadikan tempat ini sebagai tempat berkumpul dan menemui kenalan dan berkungsi-kongsi ilmu.Jam 12tengahari RA dah keluar dari Jerash.Destinasi ke 3 ialah ke Gua Ashabul Kahfi yang di ceritakan di dalam Al-Quran.
Alhamdulillah jam 1petang RA tiba di perkarangan gua ini yang cukup yaman.Masuk ke sini adalah percuma dan bersebelahan gua ini di bina juga masjid,
Batu menanda menunjukkan lokasi gua ini.Di gua inilah tidurnya 7pemuda Islam yang melarikan diri dari pemerintahan yang kejam dan bagi memelihara akidah mereka mereka menyembunyikan diri di gua ini bersama-sama anjing mereka.
Bila mereka di dalam gua ini mereka di tidurkan oleh Allah selama 300 tahun dan apabila mereka sedar dari tidur mereka melihat anjing mereka sudah tinggal tulang.Salah seorang dari mereka ke pekan untuk membeli makanan dengan mengunakan duit lama.Penduduk di pekan pada zaman itu di perintah oleh pemerintahan Islam terperanjat bila menerima duit lama mereka,lalu menanyakan dari mana datangnya wang lama ini.Apabila di tanya barulah mereka tahu yang mereka telah di tidurkan selama 300tahun di dalam gua tersebut.Kisah mereka menjadi bualan penduduk di situ.Menurut kisah   mereka pulang semula ke gua dan ke tujuh-tujuhnya di angkat ke langat oleh Allah dan akan di turunkan ke bumi bagi membantu Imam Mahadi pada akhir zaman nanti.(Wallahualam).Lambang bintang 8 bucu ini bukan lambang Israel yea (5bucu),tapi lambang Rom.
Masa RA tiba pintu gua ini di kunci kerana penjaganya keluar sekejap.Tapi Alhamdulillah memang rezeki RA selang 15minit penjaga gua ini tiba dan membuka pintu gua.
Menurut penjaga gua di dalam ini terletaknya makan 7orang pemuda itu.Tapi RA rasa ianya bukan kubur mereka.Dalam gua ini terdapat juga ruang solat , ruang lobang udara dan lobang penunjuk waktu solat.Ruang dalam gua ini sangat-sangat harum seharum kasturi.
Gambar dari luar gua dan masjid yang di bina berhampiran masjid ini.
Selesai bersolat qamak RA sempat merakam gambar di perkarangan masjid ini.
Perjalanan di teruskan ke Laut Mati yang mengambil masa 2jam.Laluan dari tanah tinggi turun ke tanah rata kerana Laut Mati ini terletak di paras bawah 400meter dari aras laut.
Pemandu teksi RA ni bawak pulak singgah ke kedai menjual barangan cenderahati dan baranga kosmatik dari Laut Mati.Seramik-seramik kat sini mahal-mahal semuanya,dan RA terjebak membeli garam pasir laut mati dan losyen muka dari laut mati.Semuanya berharga RM350.Matilanak...
Cantik-cantik seramik di sini,tapi harga dia sikit lah punya mahal.
Akhirnya kami tiba di Laut Mati jam 330petang.Makan tengahari ala buffet di sediakan di restoran berhampiran laut mati ini.Bila perut dah kenyang apalagi terus tak lepaskan peluang berdebusss mandi di sini.Laut di sini sangat-sangat masin sehinggakan tiada satu hidupan pun di dalam laut ini.Nampak tak warna-warna putih di pantai tu? Itulah garamnya.
Jika mandi di sini anda pasti timbul kerana kandungan garamnya yang tinggi , dan pastikan mata anda tidak terkena air laut ini sebab pedihnya bukan main lagi.Kalau ada kaki-kaki yang luka dan kudis kalau nak rendamkan di sini pun boleh,tapi kena tahanlah kepedihannya.Masinnya laut ini adalah 8.6kali lebih masin dari laut biasa.Laut mati ini adalah tempat di mana Kaum Nabi Luth di musnahkan.
Waktu Petang di Laut Mati.Di seberang sana adalah wilayah Tebing Barat Israel.Saat ini RA nampak kapal terbang pejuang Israel berlegar-legar di ruang udara.Jam 5petang RA bersiap-siap untuk bertolak dan bermalam di Wadi Rum.Kawasan padang pasir yang berhampiran dengan sempadan Arab Saudi dan Israel.Perjalanan mengambil masa 3jam,memang memenatkan.Pemandu pulak bawak kereta sikit punya laju.hahaha.Nasib baik tak ada apa-apa yang berlaku. 
RA selamat tiba di kem Wadi Rum jam 8malam.Kami di hidangkan dengan makan malam ala Arab di sini.Daging ayam tu pangang tu yang paling sedap pernah RA makan.Memang malam ini betul-betul mengenyangkan.Kem kami tiada elektrik malam ini,pengurus kem bilang janakuasa solar mereka kena sambar petir semalam.Terpaksalah guna lampu lilin dan lampu dari telefun bimbit RA.Jam 10malam RA masuk tidur kerana esok jam 5pagi nak bangun awal tengok matahari terbit dengan mengunakan 4WD yang telah di tempah.Jumpa esok...

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget