Sunday, November 13, 2016

Amman Bumi Anbia

 Selamat tinggal Italy , hari ini adalah hari terakhir RA di sini dan akan bertolak ke Amman dengan penerbangan Royal Jordanian Airlines.Dari Station Termini ada bas shuttle yang bertolak ke Lapangan Terbang Fiumicino setiap setengah jam,tetapi pagi tadi sikitlah punya ramai manusia yang beratur nak naik basnya.Mana tak ramai harga tiket bas cuma 5Euro jika di bandingkan dengan menaiki keretapi laju iaitu 15Euro.Pengajarannya , lain kali tempah awal di talian internet jadi tak perlu beratur panjang.hahaha.Alhamdulillah RA tiba di lapangan terbang jam 1130pagi dengan menaiki keretapi.Penerbangan bertolak jam 210petang.Ada banyak masa lagi.
 Menu makanan laut yang RA tempah awal sebelum menaiki pesawat.Lapar jugaklah kiranya.Penerbangan RA ke Amman mengambil masa 3jam 20minit.Tak lama sangat pun.
Jam 630petang RA selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Queen Alia.Lapangan terbang baru ini.Melalui pemeriksaan immigrasi sebelum di benarkan masuk ke Amman oleh pegawai bertugas.Dekat sejam juga lah urusan cop pasport dan bagasi kami.Suhu malam di Amman ketika itu 19'c.Kami naik teksi lapangan terbang untuk ke hotel dengan bayaran $20 Jordan Dinnar (RM130). 
 Hotel tempat RA menginap adalah Hotel Rafi.Terletak di deretan lot pejabat di tingkat 1.Lift nya sangatlah versi lama dan boleh muat dua orang sahaja.
 Urusan daftar masuk selesai.Mulanya RA tempah untuk 2malam,tetapi di sebabkan kami tidak dapat visa untuk masuk ke Palastine,jadi RA singkatkan untuk bermalam semalam sahaja di sini.Semalam lagi RA akan bermalam di padang pasir.Itulah yang di rancang sekiranya visa masuk ke Palastine tidak dapat.Inilah bilik hotel RA,agak luas dan selesa kerana mempunyai 2bilik dengan 1bilik air.
Selepas berehat dan solat RA keluar dari hotel untuk melihat-lihat suasana malam di Bandar Amman.Hotel Rafi ini memang terletak di tengah-tengah bandar Amman.Bersebelahan hotel RA ada tapak arkologi yang tengah di baik pulih.Nama tempat ini ialah THE NYMPHAEUM yang di bina pada kurun ke2 pemerintahan Rom Kuno.
Di sini dulunya ada taman pancutan air,patung-patung dewa Nymphs dan sebuah mini ampi teater.Masih lagi dalam usaha membaik pulih dan waktu malam kawasan ini di pagar berkunci bagi mengelakkan kecurian.
 Tak jauh dari The Nymphaeum terdapat bazar-bazar malam yang masih lagi belum tutup menjual pelbagai barangan cenderahati.
 Nampak memang cantik-cantik,tapi harga mereka dengan nilai matawang kita tak jadilah RA nak beli.
Lagipun RA terpaksa menghadkan bag RA tu sebab Royal Jordanian Airlines hanya membenarkan 1bag sahaja dibawa masuk ke dalam kargo.Takkan la nak bawak barangan lain naik sama-sama dengan RA.
 Beberapa kami keluar masuk kedai sebab tak jumpa kedai makan yang kami mahu.Akhirnya kami berhenti makan di restoran ini yang berada di tingkat 1.Pemandangan ini dari atas kedai makan.
Nak makan nasi katanya.Selera orang Melayulah katakan.Bila tiba negara Arab ini kenalah cuba Nasi arab mereka.
 Nah inilah dia menu yang RA,Danny dan Daus pesan.Salad pun ada. 
 Nak tahu berapa harga makanan kami ini? Nasi Maklubah RA je dah JOD15 (RM98),air pulak JOD4 (RM25).Matilanak macam semalam je dah beratus habis.
 Bila bayar tu anggap je duit mereka sama je dengan Ringgit yea.Kalau berkira alamat lapar lah perut tu nanti.Oklah sampai di sini dulu,nanti esok kita sambung cerita lain ke tempat yang lain.Banyak tempat nak pergi esok & lusa ni.Antaranya Gua Ashabul Kahfi , Citidel , Laut Mati , Wadi Rum dan yang paling di tunggu ialah "The Lost City Of Petra"

2 comments:

zila@akulovetravel said...

makanan semua nampak sedap...tapi harganya aduhaiii..hehehe

RioAzzaro said...

tulah pasal...duit diaorang Dinnar memang kalah lah dengan duit kita.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget