Sunday, October 9, 2016

Johor Lama dan Tanjung Buai

 Sambungan selepas makan Belangkas dan masakkan kampung kat Kedai Makan Ibrahim.Kami meyambung perjalanan kami ke Kota Johor Lama yang terletak tak berapa jauh dari Teluk Sengat.Dari sini RA dapat lihat jembatan yang menghubungkan Desaru-Pasir Gudang dari kampung Teluk Sengat.
Tak jauh dari Kampung Teluk Sengat terdapat sebuah muzium di daerah yang di label kan sebagai kawasan Kota Johor Lama.
 Menurut sejarah dan kisah penduduk asal di sini , kawasan ini dahulunya adalah penempatan dan pusat Pentadbiran Kerajaan Johor Lama.Terdapat kubu pertahanan berhadapan dengan muzium ini yang masih seperti dahulu.Pengunjung yang menziarahi muzium ini akan mengetahui sejarah dan asal usul kerajaan Johor Lama. 
 Terdapat barangan lama yang masih di simpan di sini.Antaranya barangan seramik Cina dan Jepun , barangan tembaga , keris semenanjung dan bugis , batu nesan lama seni Aceh dan beberapa lagi alatan senjata zaman keSultanana Johor Lama.
 Ini Keris Bugis , dulang dan periuk tembaga yang mereka temui di tapak arkologi pada tahun 1959.
 Menurut penduduk kampung di sini , terdapat banyak barangan lama yang tertimbus dan masih lagi boleh di dapati sehingga sekarang kadang-kadang muncul di belakang rumah mereka atau di dalam semak jika di cari.Tapi kebanyakkan di serahkan kepada pihak muzium.
 Selesai melawat muzium Kota Johor Lama , Kami ke Tanjung Buai.RA pun tak pasti apa sebenarnya ada di sini jadi RA ikut sahaja lah kereta yang di pandu oleh Haji Firdaus nie.Perjalanan ke sini amat mencabar kerana melalui jalan kelapa sawit yang agak sempit tapi pemandangan di sini sangatlah menjanjikan.
 Kami tiba di Kampung Tanjung Buai jam 230petang.Terus ke warong terapung dan menikmati Rojak Tahu dan minuman.
 Memang terbaik mengeteh di sini, dengan angin bertiup kencang menu lazat dan pemandangan tanjung yang amat permai.Sesekali nampak nelayan pulang menaiki bot ke tepi jeti.Indah dan sangat menjanjikan.Katanya kedai makan terapung ini baru je beroperasi sebulan yang lepas.Tak jauh dari kedai ini ada Chalet Rakit Jojo yang menjadi viral di halamam MukaBuku tu.
RA tak tipu inilah pemandangan menarik sewaktu pergi dan pulang ke Tanjung Buai.Memang mengasikkan dan menjanjikan hahaha.Terima Kasih Haji Firdaus bawa kami jalan-jalan ke sini

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget