Sunday, October 9, 2016

JJNM Kedai Masakan Kampung Ibrahim

J.J.N.M : JALAN-JALAN NAK MAKAN
KEDAI MASAKAN KAMPUNG IBRAHIM 

- TELUK SENGAT KOTA TINGGI -

 Atas undangan rakan RA yang berada di Kota Tinggi iaitu Haji Firdaus, maka pagi Ahad tadi RA dan juga rakan RA Danny bertolak ke Kota Tinggi.Kata Firdaus ada masakan sedap yang dia nak bawa RA dan Danny makan kat Teluk Sengat.
Menu utama kat kedai ini ialah Belangkas dan Siput gonggong.Kami bergerak dari rumah Firdaus seawal jam 11pagi dan perjalanan mengambil masa 20minit dari Bandar kota.Kedai kawan katanya,nama tempat makan ini "Kedai Masakan Kampung Ibrahim".Pelanggan seawal jam 10pagi dah datang ke kedai ini.
 Alhamdulillah kami dah tempah awal-awal.Menu kat sini ada macam-macam , tapi yang popular ialah Belangkas , Ikan Bakar , Siput Gonggong dan Ketam Bangkang.Perghh memang langkah kanan lah kami sampai-sampai je menu dah tersedia atas meja.hehehehe.Apa lah ngaplah....
 Asam pedas Ikan Pari ini memang sedap.Kuahnya pekat likat rasa asamnya menusuk kalbu.Nie masa RA tulis blog nie pun telan air liur je tengok gambar ini.Kuah dia siap RA hirup yea,memang Asam Pedas Johor Asli punya.
 Belangkas ini cubaan pertama RA.RA tak reti makan belangkas ini, tapi pagi tadi cuba-cuba belajar makan.Ternyata isinya rasa seperti Ketam,dan sedap.Memandangkan percubaan pertama RA makan 3ketul jek.
Si Danny dan Firdaus selamber je makan belangkas nie.Haa ini telur belangkas, nampak tak biji-biji kuning tu...tu lah telurnya.Rasa kenyal-kenyal macam "fishball" pun ada.RA sambar satu ketul je,sebab belum biasa lagi makan banyak-banyak.
Kalau siput gongong nie memang RA dah biasa makan.Dulu mula-mula tak reti jugak makan.Tapi lama-lama bila dah pandai makan abis berketul-ketul RA congkil isinya makan.Si Danny tak pernah makan lagi jadi dia perlahan je makan siput ini,tapi belasah Belangkas macam nak rak.
 Antara menu lain yang ada atas meja kami ialah Ikan Siakap Bakar.Tu kat hujung tu dah di belah dia dan di letakkan sambal ikan bakar cecah dengan limau nipis.
Hahaaaa ini menu wajib RA.Ada sotoang baru selera nak makan.Ada 4 kan?? RA makan dua...yang lagi dua si Danny dan Firdaus bagi sama rata hahaha..Oh yea hari ini Ketam Bangkang takde lah pulak.Jadi makan lah semua menu di atas ini dengan sayur Urap dan sambal belacan.Memang meletop habis.Nasi tambah 2kali yea.Kalau anda semua nak ke sini bolehlah ikut jalan Kota Tinggi - Pengerang.Cari simpang tiga Jalan Teluk Sengat nanti nampaklah kedai makan masakan Kampung Ibrahim di tepi jalan simpang tiga tu.Oh yea Terima Kasih Firdaus belanja kami makan dan kenalkan kedai dan tuan kedainya sekali.Makanan kat sini memang bestttt!!!!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget