Sunday, October 2, 2016

JJNM : Fern Pine Cafe Holiday Villa JB

J.J.N.M : JALAN - JALAN NAK MAKAN
FERN PINE CAFE HOLIDAY VILLA HOTEL JB

Cuti Awal Muharam hari ini RA ada pertemuan merangkap berbincangan tentang beberapa program dengan Danny dan Firdaus sabil jalan-jalan cari makan minum petang (high tea) di Fern Cafe Holiday Villa.
Harga bufet makan petang di sini ialah RM60.00 nett dan pelbagai menu masakkan tempatan , barat dan Jepun di sediakan.Ada sushi , satey , kari daging , Udang goreng tepung , Mee hoon , ABC dan macam-macam lagi lah.
Ini makanan pertama yang sempat RA sambar tadi.Maklumlah tak leh masuk sekali gus kena makan sikit-sikit.

Ini pulak makanan pusingan ke2 yang di sambar.Bebola daging , paru , udang masam manis , lala dan ABC.Makan 3pingan je perut dah kenyang.Nanti kalau tambah lagi tak leh nak berbincang pasal projek dengan mereka lak.
Kafe ini terletak di tingkat 9 hotel Holiday Villa dan pemandangan dari atas memang cantik kerana restoran ini bertingkap kaca.Untuk meja berpasangan di letakkan berhampiran dengan cermin sambil menikmati suasana bandaraya Johor Bahru dari atas.
Agak lama juga kami berbincang dan makan di sini.Bayangkan dari jam 1230tengahari sampai jam 330petang baru kami beransur keluar.Alhamdulillah ruang solat di tingkat 10 di sediakan oleh hotel.Lepas sahaja bersolat Zohor RA ke tingkat 28 yang mana terletaknya kolam renang dan ruang santai sambil menikmati pemandangan Bandaraya Johor Bahru.
Di atas tingkat 28 ini terletak Pub,bistro dan kedai karaoke dan hanya di buka dari jam 530petang.Yang kaki lepak tu boleh lah ke tingkat 29.Pemandangan waktu malam pasti menjanji bagi pengunjung yang datang ke sini.Lain kali boleh lah makan malam di sini pulak. 
 

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget