Saturday, November 19, 2016

JJNM Dapur Warisan

J.J.N.M : JALAN-JALAN NAK MAKAN
DAPUR WARISAN
DI KOMPLEK SULTAN ABU BAKAR (Dulunya Bangunan Mawar)

 Ok malam minggu ini tersangat lah lapang jadi RA menjengah ke salah satu restoran yang sekarang dah jadi buah mulut orang Johor kerana menyajikan masakan-masakan traditional Melayu.RA dapat tahu pun daripada facebook.Mula menjajau jugak nak mencari Bangunan Komplek Sultan Abu Bakar ini,rupa-rupanya ia adalah bangunan Mawar (nama asal komplek ini sebelum di tukar nama ke Komplek Sultan Abu Bakar).
 Hidangan-hidangan di sini memang nostalgia sangat.Ada Pelbagai masak Lemak Cili Api , Asam Pedas , Nasi Ambeng , Gulai , Nasi Kerabu , Manisan dan beberapa kueh-kueh tradisional. 
 Malam ini menu pilihan RA pastinya Masak Lomak cili api Daging Salai.Set hidangan ini di sertakan dengan Air Sirap , Ulam-ulam dengan ikan bilis dan belacan , dan buah-buahan potong.Harga sangat berbaloi iaitu RM16.90 sahaja setiap set.
 Masak lemak ini di masak di mangkok claypot.Dagingnya pun banyak dan kuahnya sangat-sangat lazat seperti makan kat Negeri Sembilan pulak dah rasa.Benar-benar menjanjikan.
 Selain itu Nasi Ambeng bertulang makan untuk 4orang pun ada.Harga yang dulang nie kalau tak silap RA RM62.90.Memang banyak dah berbaloi dengan rasanya.
Asam pedas Johor jugak ada di sediakan.Harga tertakluk pada jenis Ikan yang anda minta.Suasana makan di sini sangat kozi dan tenteram.Konsep adalah restoran terbuka dan mempunyai halaman yang luas.Selalunya jika ada jamuan khas mereka akan adakan persembahan tarian di halaman depan restoran ini.Jia ada yanf mahu ke sini,pastikan anda tiba awal.(sebaiknya selepas solat Margrib)

1 comment:

nasrullah kadiron said...

menyelerakan!!!boleh saya dapatkan nombor telefon dapur warisan untuk tempahan?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget