Sunday, October 9, 2016

Johor Lama dan Tanjung Buai

 Sambungan selepas makan Belangkas dan masakkan kampung kat Kedai Makan Ibrahim.Kami meyambung perjalanan kami ke Kota Johor Lama yang terletak tak berapa jauh dari Teluk Sengat.Dari sini RA dapat lihat jembatan yang menghubungkan Desaru-Pasir Gudang dari kampung Teluk Sengat.
Tak jauh dari Kampung Teluk Sengat terdapat sebuah muzium di daerah yang di label kan sebagai kawasan Kota Johor Lama.
 Menurut sejarah dan kisah penduduk asal di sini , kawasan ini dahulunya adalah penempatan dan pusat Pentadbiran Kerajaan Johor Lama.Terdapat kubu pertahanan berhadapan dengan muzium ini yang masih seperti dahulu.Pengunjung yang menziarahi muzium ini akan mengetahui sejarah dan asal usul kerajaan Johor Lama. 
 Terdapat barangan lama yang masih di simpan di sini.Antaranya barangan seramik Cina dan Jepun , barangan tembaga , keris semenanjung dan bugis , batu nesan lama seni Aceh dan beberapa lagi alatan senjata zaman keSultanana Johor Lama.
 Ini Keris Bugis , dulang dan periuk tembaga yang mereka temui di tapak arkologi pada tahun 1959.
 Menurut penduduk kampung di sini , terdapat banyak barangan lama yang tertimbus dan masih lagi boleh di dapati sehingga sekarang kadang-kadang muncul di belakang rumah mereka atau di dalam semak jika di cari.Tapi kebanyakkan di serahkan kepada pihak muzium.
 Selesai melawat muzium Kota Johor Lama , Kami ke Tanjung Buai.RA pun tak pasti apa sebenarnya ada di sini jadi RA ikut sahaja lah kereta yang di pandu oleh Haji Firdaus nie.Perjalanan ke sini amat mencabar kerana melalui jalan kelapa sawit yang agak sempit tapi pemandangan di sini sangatlah menjanjikan.
 Kami tiba di Kampung Tanjung Buai jam 230petang.Terus ke warong terapung dan menikmati Rojak Tahu dan minuman.
 Memang terbaik mengeteh di sini, dengan angin bertiup kencang menu lazat dan pemandangan tanjung yang amat permai.Sesekali nampak nelayan pulang menaiki bot ke tepi jeti.Indah dan sangat menjanjikan.Katanya kedai makan terapung ini baru je beroperasi sebulan yang lepas.Tak jauh dari kedai ini ada Chalet Rakit Jojo yang menjadi viral di halamam MukaBuku tu.
RA tak tipu inilah pemandangan menarik sewaktu pergi dan pulang ke Tanjung Buai.Memang mengasikkan dan menjanjikan hahaha.Terima Kasih Haji Firdaus bawa kami jalan-jalan ke sini

JJNM Kedai Masakan Kampung Ibrahim

J.J.N.M : JALAN-JALAN NAK MAKAN
KEDAI MASAKAN KAMPUNG IBRAHIM 

- TELUK SENGAT KOTA TINGGI -

 Atas undangan rakan RA yang berada di Kota Tinggi iaitu Haji Firdaus, maka pagi Ahad tadi RA dan juga rakan RA Danny bertolak ke Kota Tinggi.Kata Firdaus ada masakan sedap yang dia nak bawa RA dan Danny makan kat Teluk Sengat.
Menu utama kat kedai ini ialah Belangkas dan Siput gonggong.Kami bergerak dari rumah Firdaus seawal jam 11pagi dan perjalanan mengambil masa 20minit dari Bandar kota.Kedai kawan katanya,nama tempat makan ini "Kedai Masakan Kampung Ibrahim".Pelanggan seawal jam 10pagi dah datang ke kedai ini.
 Alhamdulillah kami dah tempah awal-awal.Menu kat sini ada macam-macam , tapi yang popular ialah Belangkas , Ikan Bakar , Siput Gonggong dan Ketam Bangkang.Perghh memang langkah kanan lah kami sampai-sampai je menu dah tersedia atas meja.hehehehe.Apa lah ngaplah....
 Asam pedas Ikan Pari ini memang sedap.Kuahnya pekat likat rasa asamnya menusuk kalbu.Nie masa RA tulis blog nie pun telan air liur je tengok gambar ini.Kuah dia siap RA hirup yea,memang Asam Pedas Johor Asli punya.
 Belangkas ini cubaan pertama RA.RA tak reti makan belangkas ini, tapi pagi tadi cuba-cuba belajar makan.Ternyata isinya rasa seperti Ketam,dan sedap.Memandangkan percubaan pertama RA makan 3ketul jek.
Si Danny dan Firdaus selamber je makan belangkas nie.Haa ini telur belangkas, nampak tak biji-biji kuning tu...tu lah telurnya.Rasa kenyal-kenyal macam "fishball" pun ada.RA sambar satu ketul je,sebab belum biasa lagi makan banyak-banyak.
Kalau siput gongong nie memang RA dah biasa makan.Dulu mula-mula tak reti jugak makan.Tapi lama-lama bila dah pandai makan abis berketul-ketul RA congkil isinya makan.Si Danny tak pernah makan lagi jadi dia perlahan je makan siput ini,tapi belasah Belangkas macam nak rak.
 Antara menu lain yang ada atas meja kami ialah Ikan Siakap Bakar.Tu kat hujung tu dah di belah dia dan di letakkan sambal ikan bakar cecah dengan limau nipis.
Hahaaaa ini menu wajib RA.Ada sotoang baru selera nak makan.Ada 4 kan?? RA makan dua...yang lagi dua si Danny dan Firdaus bagi sama rata hahaha..Oh yea hari ini Ketam Bangkang takde lah pulak.Jadi makan lah semua menu di atas ini dengan sayur Urap dan sambal belacan.Memang meletop habis.Nasi tambah 2kali yea.Kalau anda semua nak ke sini bolehlah ikut jalan Kota Tinggi - Pengerang.Cari simpang tiga Jalan Teluk Sengat nanti nampaklah kedai makan masakan Kampung Ibrahim di tepi jalan simpang tiga tu.Oh yea Terima Kasih Firdaus belanja kami makan dan kenalkan kedai dan tuan kedainya sekali.Makanan kat sini memang bestttt!!!!

Monday, October 3, 2016

Hai Aryan dan Aryanna

Wah beruntung sungguh rakan RA sebab baru-baru ini dapat anak kembar sepasang pulak tu.Seorang bayi lelaki dan sorang lagi bayi perempuan.
Haa nampak tu masing-masing mempunyai berat badan yang berbeza.
 Wah kau Kak Ros kalau bab nak dukung bayi leh kasi kat kau dulu eh...Yang bayi perempuan namanya Nur Aryanna 
Ini semua gambar bayi yang sempat RA rakamkan.Yang lelaki namanya Muhamad Adi Aryan Bin Rozaide & yang perempuan namanya Nur Adira Aryanna Bin Rozaide.Tengok tu Aryanna tersenyum jek kena dokong dengan RA.
Masa untuk susukan anak.Jadi RA mula letakkan semula kat katil dan beri pada ibunya untuk susukan mereka.
Buat rakan baik RA pasangan Eddie & Nanie...tahniah RA ucapkan.Moga kehadiran kembar ini menyerikan lagi rumah tangga kalian.Majulah sukan untuk negara..hehehe

Sunday, October 2, 2016

Santai hujung minggu

 Pulang dari minum petang di Holiday Villa Subang , RA bersambung pulak ke Forest City Johor Bahru.Memandangkan hari ini cuti sempena Awal Muharam ramai yang bekerja di sektor kerajaan datang bersantai di sini.Maka bertambah lah sesaknya tempat meletak kereta di sini.Kali ini ke sini bersama geng-geng mengeteh yang ada di JB.Ayah RA pun sibuk nak ikut jadi bawak lah dia sama.
 Sampai pun dah nak margrib ini pun gara-gara kesesakkan jalan nak ke sana.Orang terlalu ramai jadi RA sempat bergambar di ruang pamiran utama je lah.
Bila perut dah kembali lapar kami keluar dari Forest city dan menuju ke Restoran Habib Tampoi Utama.Tempat lepak mengeteh nostalgia kami semua.Menu biasa yang di pilih Mee Goreng + Mee hoon goreng.Milo dan Teh O ais kat sini memang sedap weyyy....

JJNM : Fern Pine Cafe Holiday Villa JB

J.J.N.M : JALAN - JALAN NAK MAKAN
FERN PINE CAFE HOLIDAY VILLA HOTEL JB

Cuti Awal Muharam hari ini RA ada pertemuan merangkap berbincangan tentang beberapa program dengan Danny dan Firdaus sabil jalan-jalan cari makan minum petang (high tea) di Fern Cafe Holiday Villa.
Harga bufet makan petang di sini ialah RM60.00 nett dan pelbagai menu masakkan tempatan , barat dan Jepun di sediakan.Ada sushi , satey , kari daging , Udang goreng tepung , Mee hoon , ABC dan macam-macam lagi lah.
Ini makanan pertama yang sempat RA sambar tadi.Maklumlah tak leh masuk sekali gus kena makan sikit-sikit.

Ini pulak makanan pusingan ke2 yang di sambar.Bebola daging , paru , udang masam manis , lala dan ABC.Makan 3pingan je perut dah kenyang.Nanti kalau tambah lagi tak leh nak berbincang pasal projek dengan mereka lak.
Kafe ini terletak di tingkat 9 hotel Holiday Villa dan pemandangan dari atas memang cantik kerana restoran ini bertingkap kaca.Untuk meja berpasangan di letakkan berhampiran dengan cermin sambil menikmati suasana bandaraya Johor Bahru dari atas.
Agak lama juga kami berbincang dan makan di sini.Bayangkan dari jam 1230tengahari sampai jam 330petang baru kami beransur keluar.Alhamdulillah ruang solat di tingkat 10 di sediakan oleh hotel.Lepas sahaja bersolat Zohor RA ke tingkat 28 yang mana terletaknya kolam renang dan ruang santai sambil menikmati pemandangan Bandaraya Johor Bahru.
Di atas tingkat 28 ini terletak Pub,bistro dan kedai karaoke dan hanya di buka dari jam 530petang.Yang kaki lepak tu boleh lah ke tingkat 29.Pemandangan waktu malam pasti menjanji bagi pengunjung yang datang ke sini.Lain kali boleh lah makan malam di sini pulak. 
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget