Saturday, September 17, 2016

Lawatan Bandung 4H3M - Hari 1

 Akhirnya masa yang di tunggu telah tiba.Hari Ini dengan menaiki pesawat AK1028 RA berlepas ke Kota Bandung Indonesia dari Johor Bahru.Penerbangan kami bertolak jam 1135pagi dan seawal 930pagi kami sudah mula berkumpul di Lapangan Terbang Senai.Seramai 12orang termasuk RA mengikuti lawatan ini dan kami akan berkampung di Bandung selama 4Hari."Atan The Travelling Beruang" akan turut sama dalam penerbangan ini.Tak sabar yea Atan.
 Antara wajah ceria di hadapan penerbangan Air Asia. Walaupun kena marah dengan jurutera kapal terbang supaya masuk segera ke perut kapal tetapi sempat juga kami bergambar.hehe.Selamat tinggal Johor jumpa lagi selepas 4hari.
Seperti yang di jangka , setibanya di Kota Bandung keadaan sangat padat dengan manusia dan kenderaan dari Bandara (lapangan terbang) hinggakan perjalanan ke Kota nya.Memandangkan minggu ini Bandung terpilih menjadi tuan rumah acara sukan Indonesia (ala SUKMA kat Malaysia), maka bertambah sesaklah kota Bandung ini.Jam 2petang (3petang waktu Malaysia) kami baru tiba di Restoran Raja Sunda untuk makan tengahari.
Menu tengahari ini adalah masakkan Sunda.Antaranya Ikan Gurame Terbang , Gurame masam manis , Gurame Goreng , Tempe dan tahu goreng , Kangkung masak belacan , Ayam masak kicap , Udang goreng tepung , sambal hijau dan beberapa pencuci mulut.
Inilah di ikan Gurame Terbang.
Ayam masak kicap nie memang sedap.Mereka mengunakan ayam kampung.
Jam 3petang baru nak makan tengahari memang perut sudah lapar bebeno.Mintak maaf penghawa dingin di bilik VIP makan agak kurang sejuk katanya
Memandangkan keadaan kota Bandung sangat sesak di sebabkan acara sukan tahunan negara.Kami hanya berpeluang melihat dari kenderaan saat lalu di hadapan Gedung Sate , Bangunan Asian African dan beberapa lagi bangunan kerajaan Indonesia kerana kenderaan tidak di benarkan berhenti.Jam 6petang kami tiba di hotel penginapan kami di POP Hotel Festival Citylink Mall.Hotel ini ada Tune hotel dan terletak bersebelahan Festival Citylink Mall.Senang nak membeli belah nanti dan lepak-lepak minum kopi.
Inilah keadaaan bilik hotelnya.Ada satu sofa tidur dan dua katil bujang yang boleh di gabungkan menjadi satu.Makan malam kami jam 7malam di dalam gedung Festival citylink Mall.Menu masakkan Cina halal ala Indonesia.Acara sendiri selepas selesai makan malam.
Sambung esok...

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget