Saturday, July 23, 2016

Tetamu di Minggu Akhir Syawal

Masih lagi di bulan Syawal.Meraikan bersama tetamu yang hadir di rumah baru RA.Kali ini Aween dan sekeluarga , Ziella dan adik-adiknya , Siti Along dan keluarga dan mona sekeluarga (datang malam dan bermalam di rumah RA tau).
Alhamdulillah walaupun rumah kecik mereka nampak agak selesa.Susah untuk RA buat rumah terbuka besar-besaran , takut tak larat nak melayan tetamu.Sambil-sambil makan tengahari kami semua menonton filem "God Of Egypt".
Tonton punya tonton sampai lupa Eddy Saori pun ada buat majlis rumah terbuka di rumahnya.Nasib baiklah Adiel ingatkan.Berpusu kami semua ke rumah dia.Menu utama dan yang selalu di hidangkan ialah Sup tulang merah , nasi lemak dan soto.Sup tulang merah ini memang dah sinonim dengan Eddy.Menu wajib tiap kali majlis kenduri dan rumah terbuka di rumahnya. 
Tamat azan Margrib kami pun bergerak pulang ke rumah masing-masing.Nanti malam Mona sekeluarga nak datang bermalam di rumah RA pulak.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget