Saturday, July 16, 2016

Santai di Syawal

SALAM 11 SYAWAL
Masih lagi di bulan Syawal dan malam semalam Kak Ros dan Abang Mad datang bermalam di rumah RA.Memandangkan ada tetamu nak datang RA masak Nasi Lemak lagi lah gamak nya minggu ini.(sama pulak macam minggu lepas).Lagi pun minggu lepas Kak Ros sekeluarga ,Lin dan Abang Yunus tak ada kat JB.Haaa Abang Yunus pun datang sekali pagi tadi bersarapan bersama kami.
Tengok tu bernafsu mereka makan.
Macam biasalah kalau Abang Yunus dah tiba kena lah berangkai minum cendol Mak Siti.Tak sah kalau tak singgah sini.Menghilangkan dahaga seketika kala cuaca yang sangat panas.Lepas melepak minum cendol masing-masing kena bergegas ke tempat yang hendak di tuju.RA ada majlis rumah terbuka di rumah bapa saudara RA,Kak Ros dan Lin pun sama.Abang Yunus katanya nak balik masuk kerja semula.Jam 1petang semua berpecah buat hal masing-masing.
 Balik rumah bapa saudara ingatkan dah takde kemana-mana lagi.Tetiba Ally rakan RA yang di KL tu telefun ajak masuk Singapura pulak.Haa bermula lah aktiviti masuk ke Singapura pulak.Singgah ke Marina Barrage malam-malam buta amik gambar dan bersiar-siar sebentar di sini.
 Wah tengok tu Makcik berposing sakan lagi.Jam 11malam kami bergerak pulang ke Johor Bahru.Esok nak kerja yea...hehehe 

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget