Saturday, July 9, 2016

RA Beraya di rumah baru

Alhamdulillah , berkat kesabaran RA tahun ini RA beraya di rumah baru RA di Bandar Pulai Jaya.Jika raya tahun lepas RA sibuk ulang alik mengecat , mengemas dan baiki rumah , tahun ini dapatlah RA merasa beraya di rumah sendiri.RA tak mampu nak buat rumah terbuka besar-besaran sebab takut tak terlayan.RA dengan ayah je tu pun nak uruskan ayah RA lagi yang dah uzur.Jadi apa yang termampu RA hidangkan iaitu Nasi Lemak Bujang dengan Ayam Goreng dan Ayam Bakar.
 Antara tetamu yang datang menziarahi dan sempat RA rakam.Ni kalau buat besar-besaran memang tak muat la ramai-ramai nak masuk sebab rumah RA comel jek. 
Sesekali berkumpul memang meriah nak-nak bila bertemu rakan yang lama tak jumpa.Alhamdulillah cuaca hari ini sangat cerah ,cuma  tengahari suhunya agak panas sedikit.
 Encik Olie makan di meja bar yea.Maklumlah ruang tamu kecik sikit.Haa gambar kat sebelah tu gambar RA dengan cucu saudara lelaki RA.Nama dia Karl, (mak bapak sekarang letak nama anak glamour je huhu)
 Usia baru 6bulan.Suka yea duduk kat buat atuk.Ini lak bergambar dengan "Tok Nyang"..Rambut korang dah sama dah botak,muka pun ada iras-iras.(mana tumpahnya kuah).
Ok sedikit gambar ruang rumah baru RA.Ini adalah ruang kegemaran RA.Ruang makan yang comel dan biasa-biasa jek.Buat mereka yang datang singgah beraya di rumah RA ucapkan berbanyak terima kasih moga ikatan silaturahim kita berkekalan hingga ke Jannah.Selamat Hari Raya buat anda semua.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget