Thursday, June 23, 2016

Pilihan Berbuka Hari ini

Hari ini tiada apa yang istimewanya menu berbuka puasa RA.Cuma hari ini nak berbuka puasa di Medan Selera City Square iaitu "DAPUR KITA".Sejak dia di buka RA tak pernah ketinggalan sekurang-kurangnya berbuka sekali dalam bulan Ramadhan di sini.
 Salah satu sebabnya ruang makan yang banyak,luas,selesa dan berhawa dingin.
 Terletak di tingkat 6 dengan dinding yang berkaca membolehkan anda melihat pemandangan Bandaraya JB sambil menikmati juadah.Opppsss Jalan Wong Ah Fook di Bandaraya JB masih lagi dalam kerja pembinaan.(yang tak tahu bila akan siapnya).
 Menu yang biasa RA makan jika berbuka puasa di sini.Mee Goreng Mamak
 Dan menu yang satu lagi ini Nasi Ayam Penyet utnuk rakan RA.Alhamdulillah walaupun meja kami tak mewah dan penuh juadah tetapi cukup mengenyangkan.Sambil makan sambil menikmati suasa malam kotaraya Johor Bahru.Lepas ini boleh bersolat di surau JBCC....
Selamat berbuka semua...

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget