Wednesday, June 29, 2016

Iftar di Galleria Kotaraya

 Tiap kali Ramadhan RA pasti akan berbuka di sini sekurang-kurangnya sekali dalam sebulan.Nak tahu di mana? di medan selera Galleria Kotaraya aras bawah.
Di sini ada pelbagai gerai makan yang boleh di beli.Antaranya gerai nasi campur , gerai satay , gerai rojak , gerai goreng-gorengan, Nasi ayam , Subway dan juga yong taufu.Pelbagai minuman juga senang di dapati sebab di buka 2 gerai minuman.Suasana yang berhawa dingin dan banyak tempat duduk juga menjadi pilihan RA tiap tahun ke sini.
 Dan hari ini RA bersama teman-teman mengeteh merangkap pelakon tambahan bersungkai di sini.Waktu berbuka di Johor Bahru ialah 716malam sementara menunggu waktu berbuka bolehlah mengambil gambar sekerap yang mungkin hehe.
 RA jika berbuka di sini pasti makan nasi campur je lah.Kueh Karipap di pastikan beli di gerai tepi jalan dan di bawa bersama ke sini untuk berbuka.Cuti sekolah dah nak tutup tu yang mereka semua ini senang nak berbuka di luar.
 Artis-artis tambahan yang menghadirkan diri tadi ialah Min,Olie & keluarga dan Dr Yunus.Selamat berbuka semua.Tak lama lagi dah nak raya... 

1 comment:

Anonymous said...

Lama nyaa x contact

Pakej Jejak Sejarah di Tanjung Pinang Indonesia 2023

Assalamualaikum semua.. Seperti tahun-tahun sebelum ini.Ini adalah pakej pada harga terbaru ke Tanjung Pinang Indonesia pada tahun ini 2023....