Saturday, June 25, 2016

Berbuka ShellOut lah pulak

 Alhamdulillah lagi sekali berbuka di luar.Selera hari ini ialah makanan laut ala "ShellOut" yang semakin hari semakin popular di JB.Terletak di Setia Tropika dan restorannya berada di belakang lot kedai berhampiran Petronas.Rupanya kedai ini kedai adik rakan RA si Azmi.Ishh diam diam je tak beritahu kami.Bila telefun baru tahu rupanya kedai dia.
 Harga sekepala RM25.00 nah terbentang penuh atas meja Udang , Kupang ,Ketam ,  Kerang , Lala , siput gondang.Cubalah habiskan.
Ini kalau ada sesiapa yang gout memang tak di benarkan makan di sini.Memang puas hati sebab banyak sangat.Pilihan Air pula ada 2jenis.Anggur dan Oren.
 Ramai yang dah menyerah terpaksa lah RA dan Abang Mad yang jadi tong deram menghabiskan makanan yang masih lagi banyak di atas meja.Tak ingat berapa ekor udang dah RA makan.Tapi rasanya agak banyak lebih dari 10ekor kot.Adeeh makin gemuk la nampaknya. 
 Tengok tu kita sibuk menghabiskan makanan di leh sibuk ber "selfie" pulak.Sedap masakkan kat sini cuma tulah amat pedas sikit.
Memandangkan hari ini ulang tahun Kak Ros kami meraikan bersama-sama di sini dengan memberi kejutan kek buat beliau.Panjat hakak kita nie tetiba dapat kek.Bukan satu tapi dua yea...selepas makan ShellOut kami ke Restoran Habib untuk mengeteh dengan kejutan kek ke2 dari Azie untuk dia.Selamat Ulang Tahun Kak Ros...

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget