Saturday, April 23, 2016

WalimatulUrus Scha dan Deen

 Hari ini RA dapat jemputan majlis resepsi adik kepada rakan RA iaitu pasangan Scha dengan Deen yang di adakan di Galeri Ghulam.Dan ini adalah pertama kali RA ke sini.Untuk mengetahuan semua Galeri Ghulam ini mempunyai 2dewan utama dan di buka untuk tempahan pelbagai majlis.Menurut dari salah saorang pengkaji dan juga tenaga pengajar di UTM iaitu Prof.Dr Yunus Ishak, bangunan ini di bina dengan hanya mengunakan gam yang di laminakan dengan kayu.Sebab itu ia di berikan nama Ghulam (singkatan Glue).Inilah ruang dalam dewan utama majlis resepsi. 
 Bersama-sama saya bagi memeriahkan majlis ini lah Abg Mad,Kak Ros serta keluarga juga jejaka terlajak laris Dr Yunus.Menu nasi minyak di sini sangat sedap di samping menu sampingan iaitu lontong.
 Pasangan Olie dan Azie datang selepas sejam juga memenuhi jemputan undangan itu.Adohai pewotku dah mula mengembang.Menu pulak sedap-sedap.hehe.
 Antara gambar kenangan yang sempat di rakam untuk tatapan.RA sempat jugak bergambar di hadapan kereta yang membawa pengantin yang di sewa khas dari UTM. 
Pelamin dan persembahan yang cukup gah dengan kehadiran kedua mempelai.RA doakan moga mahligai yang di bina akan berkekalan sehingga ke anak cucu.Selamat Pengantin Baru Buat Scha dan Deen!!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget