Sunday, April 17, 2016

JJNM : SHELL OUT KAFE LARA AMANDA

J.J.N.M : SHELL OUT KAFE LARA AMANDA
- FLAT TAMAN MUAFAKAT -

 Malam ini atas permintaan kawan baik RA dan isterinya yang sarat mengandung anak kembar yang mengidam nak makan Karangan Makanan Laut ala buffet , maka RA , Mamak dan Diel pun mengagahi diri mencari lokasi kedai makan di sekitar Johor Bahru.Mulanya kami ke Kilang Bateri sebab katanya kedai makan ala buffet seperti ini dah di buka di sana.Tapi hampir setengah jam mencari rupanya kedainya masih belum beroperasi.Mula kami menjajau menalifun beberapa kenalan kot ada yang tahu kedai mana yang ada menjual makanan ala "Shell out" ini sebab kebanyakkan yang menjual menu begini cuma ada di luar kawasan JB samaada di Pasir Gudang, Batu Pahat ataupun Pontian.Akhirnya kami di beritahu ada satu kafe di JB yang buat menu ini.Terletak di Flat Taman Muafakat belakang Kondominium Lagenda Tasek tak jauh dari Jabatan Perkhidmatan Awam.

Menu pertama yang tiba ialah Kupang.Di ikuti oleh Lala , Udang masak Lemon (terbaik yang ini)  dan ketam masak cili.Sotong goreng tepung di letakkan ke dalam mangkok berasingan dengan ayam goreng nestam. 

Hari ini makan malam RA paling lewatlah gamaknya.Kesemua makanan tiba di atas meja jam 945malam.

Abaikan "Happy Birthday" yang tergantung di atas dinding tu.Sebab bukan sambut sapa-sapa punya hari lahir pun.Sekadar nak merasa masakan Shell-Out Bufet yang di perkatakan baru-baru ini.Sambil makan sambil menonton Gegar Selebriti kat TV Astro dalam kafe ini.Anak-anak lepas makan mula lah terlari sana,terlari sini.

Kenyang Alhamdulillah.Harga makan di sini di kira kepala...Dewasa RM20 satu kepala.Kanak-kanak RM10 satu kepala.

Sebaiknya sebelum makan tanya dahulu dengan tuan kedai berapa mereka kenakan bayaran untuk makan Shell-Out ala bufet ini.Bukan apa untuk pastikan anda tidak di kenakan bayaran melebihi apa yang di tawarkan.

  Apa pun masakkan di sini RA boleh kasi 3 setengah *.RA suka sangat dengan udang masak Lemon dia.Sedap walaupun udang yang di gunakan tidak berapa segar.Ayam Masak Nestem nya pun sedap juga,Jadi kalau nak cuba datanglah ke sini.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget