Monday, April 18, 2016

JJNM : Johnny Rockets Country Garden

J.J.N.M : JALAN-JALAN NAK MAKAN
JOHNNY ROCKETS COUNTRY GARDEN

Ok hari Isnin yang biru nie rasa macam bosan je.Jadi Hari ini RA berkesempatan ke Restoran makanan segera dari USA iaitu Johnny Rockets.Ingat tak dalam ruangan lepas RA pernah naik Kapal Peleseran (sebutan Bahasa Melayu Singapura-Bukan persiaran) Royal Caribbean tu ? Dalam kapal tu ada restoran ini.Bayar USD10 makan la apa sahaja.Sekarang restoran makanan segera ini dah di buka di Johor Bahru.Lokasinya di Country Garden DangaBay. 

Nak tempah makanan kat sini melalui I-Pad.Pilih menu yang terpapar di skrin kemudian masukkan dalam chart dan menu anda akan di hantar kemudian. Kalau ke sini kena cuba MilkShake Strawberry+Pisang dia nie.Memang terbaikkk..Sedap sangat-sangat.Harga pun boleh tahan lah RM16.50.

 Ok set makanan segeranya terdiri daripada Burger dari Size Kecil , sederhana hingga ke Saiz Premium.Yang Premium tu harga pun mahal sikitlah,tapi tak rugi sebab saiznya betul-betul mengenyangkan. 

 Restoran Johnny Rockets ini juga bergabung dengan Kafe Quiznos dan Franco di bawah satu bumbung.Jadi bila bukak je menunya pasti terdapat menu lain selain dari Johnny Rockets sendiri.

 Ini Roti Sandwich dengan daging dan tuna.Dulu selalu lalu di hadapan kafe ini kat Lapangan Terbang Changi mesti terbau daging bakar menu di situ.Bila sekarang dah bukak di JB inilah masanya nak balon.

 Menu yang satu lagi ini di pilih oleh teman RA.Raymond.Dia amik The Bacon Cheddar Double-Decker.Amik kau , harga RM33.50 datang bersama kentang goreng dan salad.

Menu lain ada pasta , piza , pelbagai milkshake , steak dan hamburger.Tapi RA suka dekorasi dalam restoran ini.Nampak macam berada di luar negara pulak.heee

Nak ajak yang lain-lain tapi tak dapat sambutan langsung, jadi ajak lah si Raymond nie sebab dah terlanjur dia ada kat bandar..Apa pun menu Quiznos yang RA amik tu rotinya agak terlalu keras.Jadi kalau ke sini lagi RA akan cuba hambergernya pulak.Anda pun boleh mencuba.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget