Saturday, April 30, 2016

JJNM Dan Ulang Tahun

JALAN - JALAN NAK MAKAN (J.J.N.M)
CONTENA CONCEPT TAMAN CENTURY
ULANG TAHUN EDDY DAN ISTERI-NANIE

Petang tadi RA mendapat panggilan telefun dari rakan RA,Eddy yang mahu menyambut ulang tahun isterinya dan dia jugaklah (beza berapa hari je dari isterinya).Dok pikir pikir akhirnya kami mengambil keputusan ke Contena Concept di Taman Century tak berapa jauh dari Holiday Plaza.


 Kafe berkonsepkan kontena ini mulanya sebuah rumah banglow.Di sewa dan di baik pulih serta di tambah dengan kontena 3tingkat.Tapi tingkat yang paling atas sekali ini tak ada bumbung yea.Jika hujan terpaksalah turun ke tingkat dua.Sambil memesan makanan kek ulang tahun di nyalakan lilin dan sesi memotong kek di buat.Pemandangan dari atas kontena memang cantik di kelilingi bangunan-bangunan tinggi di belakangnya.

 Leh tahan hakak dapat hadiah gelang tangan kedai Emas yea.hehehe.Untonglah rezeki orang mengandung la katakan.28Tahun dah yea....

 Geng budak-budak ini lain tak mesti nak makan chicken chop.haha.Mak-ayah pulak makan nasi goreng dan mee goreng.

 Ada pelbagai menu barat dan masakan tempatan.Harga mengikut pasaranlah kan.Kalau kafe-kafe macam ini harga lebih sedikit dari warung-warung.Biasalah tu, yang penting mesti nak sedap.

Ini menu pilihan RA.Fish & Chip Scalop.(tapi macam takde scalop rasanya).Harga RM10.00 sajer

Ini Spegetti Balognise.Rasa tawar sikit mungkin tukang masak ini ingat orang yang makan nie ada darah tinggi kot.hahaha...Harga paling mahal RM22.Yang ini anak Adiel yang pilih.Selera mat salleh tu.hehe.

Ok Margrib dah nak habis,kena angkat kaki dulu.Kat umah tu ada banyak benda nak kena buat.Sebelum pulang amik gambar bersama-sama jumpa lagi...

Saturday, April 23, 2016

WalimatulUrus Scha dan Deen

 Hari ini RA dapat jemputan majlis resepsi adik kepada rakan RA iaitu pasangan Scha dengan Deen yang di adakan di Galeri Ghulam.Dan ini adalah pertama kali RA ke sini.Untuk mengetahuan semua Galeri Ghulam ini mempunyai 2dewan utama dan di buka untuk tempahan pelbagai majlis.Menurut dari salah saorang pengkaji dan juga tenaga pengajar di UTM iaitu Prof.Dr Yunus Ishak, bangunan ini di bina dengan hanya mengunakan gam yang di laminakan dengan kayu.Sebab itu ia di berikan nama Ghulam (singkatan Glue).Inilah ruang dalam dewan utama majlis resepsi. 
 Bersama-sama saya bagi memeriahkan majlis ini lah Abg Mad,Kak Ros serta keluarga juga jejaka terlajak laris Dr Yunus.Menu nasi minyak di sini sangat sedap di samping menu sampingan iaitu lontong.
 Pasangan Olie dan Azie datang selepas sejam juga memenuhi jemputan undangan itu.Adohai pewotku dah mula mengembang.Menu pulak sedap-sedap.hehe.
 Antara gambar kenangan yang sempat di rakam untuk tatapan.RA sempat jugak bergambar di hadapan kereta yang membawa pengantin yang di sewa khas dari UTM. 
Pelamin dan persembahan yang cukup gah dengan kehadiran kedua mempelai.RA doakan moga mahligai yang di bina akan berkekalan sehingga ke anak cucu.Selamat Pengantin Baru Buat Scha dan Deen!!

Monday, April 18, 2016

JJNM : Johnny Rockets Country Garden

J.J.N.M : JALAN-JALAN NAK MAKAN
JOHNNY ROCKETS COUNTRY GARDEN

Ok hari Isnin yang biru nie rasa macam bosan je.Jadi Hari ini RA berkesempatan ke Restoran makanan segera dari USA iaitu Johnny Rockets.Ingat tak dalam ruangan lepas RA pernah naik Kapal Peleseran (sebutan Bahasa Melayu Singapura-Bukan persiaran) Royal Caribbean tu ? Dalam kapal tu ada restoran ini.Bayar USD10 makan la apa sahaja.Sekarang restoran makanan segera ini dah di buka di Johor Bahru.Lokasinya di Country Garden DangaBay. 

Nak tempah makanan kat sini melalui I-Pad.Pilih menu yang terpapar di skrin kemudian masukkan dalam chart dan menu anda akan di hantar kemudian. Kalau ke sini kena cuba MilkShake Strawberry+Pisang dia nie.Memang terbaikkk..Sedap sangat-sangat.Harga pun boleh tahan lah RM16.50.

 Ok set makanan segeranya terdiri daripada Burger dari Size Kecil , sederhana hingga ke Saiz Premium.Yang Premium tu harga pun mahal sikitlah,tapi tak rugi sebab saiznya betul-betul mengenyangkan. 

 Restoran Johnny Rockets ini juga bergabung dengan Kafe Quiznos dan Franco di bawah satu bumbung.Jadi bila bukak je menunya pasti terdapat menu lain selain dari Johnny Rockets sendiri.

 Ini Roti Sandwich dengan daging dan tuna.Dulu selalu lalu di hadapan kafe ini kat Lapangan Terbang Changi mesti terbau daging bakar menu di situ.Bila sekarang dah bukak di JB inilah masanya nak balon.

 Menu yang satu lagi ini di pilih oleh teman RA.Raymond.Dia amik The Bacon Cheddar Double-Decker.Amik kau , harga RM33.50 datang bersama kentang goreng dan salad.

Menu lain ada pasta , piza , pelbagai milkshake , steak dan hamburger.Tapi RA suka dekorasi dalam restoran ini.Nampak macam berada di luar negara pulak.heee

Nak ajak yang lain-lain tapi tak dapat sambutan langsung, jadi ajak lah si Raymond nie sebab dah terlanjur dia ada kat bandar..Apa pun menu Quiznos yang RA amik tu rotinya agak terlalu keras.Jadi kalau ke sini lagi RA akan cuba hambergernya pulak.Anda pun boleh mencuba.

Sunday, April 17, 2016

JJNM : SHELL OUT KAFE LARA AMANDA

J.J.N.M : SHELL OUT KAFE LARA AMANDA
- FLAT TAMAN MUAFAKAT -

 Malam ini atas permintaan kawan baik RA dan isterinya yang sarat mengandung anak kembar yang mengidam nak makan Karangan Makanan Laut ala buffet , maka RA , Mamak dan Diel pun mengagahi diri mencari lokasi kedai makan di sekitar Johor Bahru.Mulanya kami ke Kilang Bateri sebab katanya kedai makan ala buffet seperti ini dah di buka di sana.Tapi hampir setengah jam mencari rupanya kedainya masih belum beroperasi.Mula kami menjajau menalifun beberapa kenalan kot ada yang tahu kedai mana yang ada menjual makanan ala "Shell out" ini sebab kebanyakkan yang menjual menu begini cuma ada di luar kawasan JB samaada di Pasir Gudang, Batu Pahat ataupun Pontian.Akhirnya kami di beritahu ada satu kafe di JB yang buat menu ini.Terletak di Flat Taman Muafakat belakang Kondominium Lagenda Tasek tak jauh dari Jabatan Perkhidmatan Awam.

Menu pertama yang tiba ialah Kupang.Di ikuti oleh Lala , Udang masak Lemon (terbaik yang ini)  dan ketam masak cili.Sotong goreng tepung di letakkan ke dalam mangkok berasingan dengan ayam goreng nestam. 

Hari ini makan malam RA paling lewatlah gamaknya.Kesemua makanan tiba di atas meja jam 945malam.

Abaikan "Happy Birthday" yang tergantung di atas dinding tu.Sebab bukan sambut sapa-sapa punya hari lahir pun.Sekadar nak merasa masakan Shell-Out Bufet yang di perkatakan baru-baru ini.Sambil makan sambil menonton Gegar Selebriti kat TV Astro dalam kafe ini.Anak-anak lepas makan mula lah terlari sana,terlari sini.

Kenyang Alhamdulillah.Harga makan di sini di kira kepala...Dewasa RM20 satu kepala.Kanak-kanak RM10 satu kepala.

Sebaiknya sebelum makan tanya dahulu dengan tuan kedai berapa mereka kenakan bayaran untuk makan Shell-Out ala bufet ini.Bukan apa untuk pastikan anda tidak di kenakan bayaran melebihi apa yang di tawarkan.

  Apa pun masakkan di sini RA boleh kasi 3 setengah *.RA suka sangat dengan udang masak Lemon dia.Sedap walaupun udang yang di gunakan tidak berapa segar.Ayam Masak Nestem nya pun sedap juga,Jadi kalau nak cuba datanglah ke sini.

Friday, April 1, 2016

JOM SWITZERLAND 5HARI 4MALAM

PAKEJ PERSENDIRIAN 5HARI 4MALAM 

SWISS GRAND TOUR  : EX-ZURICH !!!!

MIN 2 PESERTA :  RM 4990.00 SEORANG

MIN 3 PESERTA : RM 4000.00 SEORANG

MIN 4 PESERTA : RM 4200.00 SEORANG 

MIN 6 PESERTA : RM 4000.00 SEORANG

* Lebih privasi 

* Lebih banyak tempat di lawati

* Anda rancang masa lawatan anda

* Personal Guide 

* Bertolak setiap hari 

* 90% mengunakan keretapi berkelajuan tinggi

* Harga sah sehingga 30Nov2016

 PAKEJ INI TERMASUK :

1.Penginapan 4Malam hotel bertaraf 3bintang

2.Sarapan Pagi setiap hari

3.Makan malam x 1 (welcome dinner)

4.Swiss pass 2nd Class Tiket keretapi berkelajuan tinggi

5.Lawatan seperti di aturcara 

6.Guide persendirian



ATURCARA LAWATAN : 


HARI 1

Tiba di Zurich , anda akan di jemput oleh Guide persendirian anda kemudian di bawa ke Luzern.Perjalanan ke Luzern mengambil masa 50minit mengunakan keretapi berkelajuan tinggi.Tiba di Station Luzern , terus ke hotel untuk daftar masuk.Berehat di hotel makan malam anda akan di hidangkan samaada di rumah guide atau di hantar ke bilik hotel.Aktiviti lawatan sekitar tasik Luzern.

Bermalam @ Luzern


HARI 2

Selepas bersarapan , pagi ini lawatan di sekitar Luzern.Lion Momument , Muzium Bourbaki Panorama , Glasier Garden , Caple Bridge , Luzern Old Town.Tengahari bertolak ke Mt Rigi (option1) atau ke Mt Titlis (option2).

Mt Rigi : ketinggian 1798 meter dari atas permukaan laut

Kereta cable kos dari station utama ke Puncak Mt Rigi termasuk dalam pakej.

Mt Titls : ketinggian 3028 meter dari atas permukaan laut

Kereta cable kos dari station utama ke Puncak Mt Titlis tidak termasuk dalam pakej.(tambahan Chf44.50).

Menikmati panorama salji di atas puncak.

Petang pulang ke Luzern dan bermalam.


HARI 3 

Selepas bersarapan , ke station keretapi laju untuk ke Lugano.Bandar yang bersempadan dengan Italy.

Perjalanan mengambil masa 3jam melalui gunung-ganang dan terowong terpanjang di Swiss.Bandar Lugano adalah persis Monte Carlo Italy.Kebanyakkan penduduk mempunyai 2kerakyatan.Lawatan di sekitar tasik dengan menaiki bot/Feri.Kemudian membeli belah di Fox Town Factory Outlet.Outlet yang menjual pelbagai barangan berjenama pada harga yang cukup murah.Petang pulang ke Luzern.Tiba luzern malam dan bermalam di hotel.


HARI 4 

Selepas bersarapan , dafter keluar hotel dan bersiap-siap ke Montreux mengunakan Panoramic Train.Dalam perjalanan melawat sebentar di Bern , Ibu negara Switzerland.Melawat Bern Clock Tower , Rumah Elbert Enstain , Bern Old City dan Bern Historical Museum.Menyambung perjalanan ke Montreux.Tiba Montreux daftar hotel dan aktiviti petang menaiki bot di tasek.Malam bermalam di hotel.


HARI 5 

Selepas bersarapan , daftar keluar hotel dan bertolak ke Zurich untuk penerbangan pulang.Jika penerbangan anda malam , anda akan di bawa ke Rhine Fall iaitu air terjun yang paling popular di Eropah yang terletak di Zurich sebelum di hantar pulang ke lapangan terbang.


- ACARA TAMAT - 


UNTUK TEMPAHAN : 

1.Sekurang-kurangnya 2minggu sebelum bertolak

2.Nama penuh / No passport / Tarikh Lahir / Tarikh Luput passport.



UNTUK KETERANGAN LANJUT ATAU TEMPAHAN TELEFUN : 6012-7709809 

 EMAIL : riodenaz@yahoo.com

Naz/Adam







Pakej Jejak Sejarah di Tanjung Pinang Indonesia 2023

Assalamualaikum semua.. Seperti tahun-tahun sebelum ini.Ini adalah pakej pada harga terbaru ke Tanjung Pinang Indonesia pada tahun ini 2023....