Sunday, March 13, 2016

Sejukkan Badan di Air Terjun

 Memang panas sungguh cuaca tahun ini.Tengahari tadi kami semua ke majlis kawin adik rakan di Taman Perling.Pulang sahaja dari majlis kami semua bergerak ke Air Terjun Kota Tinggi.Nak mandi hilangkan kepanasan hari ini.Jam 2petang kami bergerak ke sana dan tiba jam 340petang.

 Saat sampai hujan renyai-renyai di sini , bila hujan reda dengan tak sempat menunggu terus terjun masuk dalam air berendam macam badak air hehehe.

 Biasalah bila hujan air di kawasan ini agak keruh sedikit.Tapi apa kisah sangat,badan dah panas yang penting nak berendam lama-lama sampai kecut.Ternyata hujan kali kedua pun kami masih tak bergerak pulang sampailah jam 5petang barulah kami semua menukar baju dan berkemas pulang.Tu pun kami tengok masih ada beberapa pengunjung yang baru tiba.Mungkin tak tahan panas nak mandi di sini jugak kot.Apapun Air Terjun Kota Tinggi ini memang terbaik....sejuknya memang menjanjikan.Tak rugi ke sini jauh-jauh.


No comments:

Pakej Jejak Sejarah di Tanjung Pinang Indonesia 2023

Assalamualaikum semua.. Seperti tahun-tahun sebelum ini.Ini adalah pakej pada harga terbaru ke Tanjung Pinang Indonesia pada tahun ini 2023....