Friday, March 4, 2016

Kenduri C.O.B Nasi Ambang Dulang

Perrghhh lama seh tak makan macam nie.Makan ramai-ramai dalam dulang.Dulu masa kat sekolah atau kat Masjid-masjid atau surau-surau banyak buat macam ni lepas baca yasin tau Maulid Nabi.Malam ini ahli jemaah bekas pelajar Sekolah Kampung Pasir kelas Biru berkesempatan berkumpul dan mengaturkan majis tahlil dan kenduri.

Tempat pilihan kami ialah di kedai makan Iwan "D Abg Simpang".Siangnya beberapa rakan wanita dan anak-anak buah Sam datang membersihkan kedai dan membuat persediaan untuk majlis malam nanti.Tengok lantai tu habis licin berkilat anak-anak buah Sam membasuhnya.Tersenyum kambing Dady Adam a.k.a Iwan tuan tanah kedaung (jangan marah haa - tuan kedai hehe)

Jam 8malam semua sudah berkumpul di sini untuk solat Isyak berjemaah sebelum menjalankan majlis Tahlil dan bacaan yasin.Alhamdulillah pengurusan makanan berjalan dengan lancar.Sebaik solat Isyak selesai majlis bacaan yasin dan tahlil di jalan pula.

Inilah sebahagian besar keluarga C.O.B yang datang.Ada sebahagian lagi yang tidak dapat hadir di sebabkan masalah yang tak dapat di elakkan.Tapi majlis tetap berjalan seperti yang di rancangkan.

Menu utama malam ini pastinya menu yang di tunggu-tunggu iaitu Nasi Ambang.Makan dengan penuh ukhuwah di dalam dulang yea.Selain itu menu sampingan yang di bawa oleh beberapa teman turut di hidangkan.

Antara menu lain termasuklah :

Burasak + Asam pedas Ikan Parang

Beberapa Kueh : Karipap/Talam/Bakar/Kek Pisang

Buah anggur / tembikai

 Ayam Bakar Pandan

Perghh banyaklah sampai tak muat nak masuk dalam perut kami semua.

Sesi bergambar sebelum makan ada macam-macam ragam dan 1001 keceriaan.Sesekali berjumpa dalam majlis-majlis sebergini pastinya banyak yang nak di ceritakan.

Senyum simpul siput tuan kedai kita nie yea....inilah dia papa Adam...Amboi Adam comelnya pakai baju dengan samping.

Antara tulang belakang yang bertungkus lumus menjayakan majlis ini.Ketua dia tu dengan duduk kat kerusi termenung mengenang nasib kaki dia yang luka akibat kemalangan dua hari lepas.

Yang berbaju putih ramai-ramai tu pulak antara barisan jemaah masjid Wadihana dan WadiHassan juga Jemaah yang di ketuai oleh Aidil.Mereka ini memang tak pernah menghampakan permintaan tuan rumah jika di ajak ke majilis-majlis sebegini

Berbaju kuning ini adalah pekerja baru yang baru mendapat tugasan pada malam ini.Gambar Abam mimie berbaju putih terselit di celah-celah bedah kipas juga dapat di rakam walaupun dia adik sibuk mengelak.Haji Lenny berkopiah merah dan Ustaz Ijal berbaju biru sibuk membincangkan hal hal lain.hehe.Juga barisan jemaah perempuan yang bersedia dengan yasin di tangan masing-masing.

Deretan masakkan malam ini.Pilihan memang terbuka luas.Makan sehingga puas.Juga abam payung satu gambar berjubah biru.

Bergambar dengan beberapa selebriti terkenal C.O.B dan juga artis baru yang kian meningkat naik.Anak cik Puan Ayu yang menyumbangkan suaranya tadi untuk azam Isyak.

Macam janji pulak abam Edd dengan Hakak Jan mengemas kedai setelah majlis selesai kan.Apapun terima kasih kepada semua yang telah sama-sama menjayakan majlis Tahlil kita pada malam ini.Alhamdulillah majlis kita ini berjalan dengan lancar sebab bukan senang nak kumpulkan kawan-kawan terutama pada majlis seperti ini.Syabas semua dan kita berjaya lagi kali ini.....!!!! Jumpa di pertemuan yang akan datang.!!!



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget