Monday, December 7, 2015

Tanjung Pinang Hari Terakhir

HARI KE 3

 Hari ini adalah hari terakhir kami berkampung di Tanjung Pinang.Sebelum pulang jam 1230pm waktu Indonesia , RA meyinggah sebentar di pasar basah Tanjung Pinang untuk membeli sotong.Sekali lihat teringat zaman kecik-kecik dulu arwah mak bawak RA pergi pasar basah Batu Lima.Memang Becak...Nasib baiklah kasut RA tak basah lecun.

 Sedih pun ada jugak bila tengok anak-anak ikan Yu yang di jual di pasar ini.Siripnya terlebih dahulu habis di potong dan di jual sebab permintaan yang tinggi..Manakala badannya di longgokkan di tepi sementara menunggu pembeli.

 Yang ini besar sikit saiznya..Ikan Yu dewasa.Pun siripnya sudah habis di potong manakala badannya di biarkan di tepi.kalau ada yang mahukan dagingnya barulah ianya di potong.Jika tidak ermmm paham-paham jelah.

Yeaaa inilah dia pengulas dan juga pengunjung sepanjang lawatan tiga hari ini.Nak panggil Pak Alan pun boleh,Mas Alan pun boleh.Banyak jugak oleh-oleh yang di belinya.Selain pasar basah di pekan Tanjung Pinang ini juga boleh di beli barangan bag tas,busana muslimah , telekong , topi , kasut dan pelbagai barangan lagi.Hujan turun mencurah-curah jam 10pagi bagai menahan kami agar  tidak pulang dulu ke Johor.Tapi Alhamdulillah jam 11pagi hujan pun berhenti dan kami semua tiba di pelabuhan jam 1130pagi untuk pulang ke Johor.Tepat jam 1230 Feri bertolak ke Johor dan selamat tiba di Jeti Stulang Laut Jam 4petang.Di harap kenangan semasa berada di Tanjung Pinang membawa kenangan manis buat anda semua yang mengikuti rombongan dari saya.



3 comments:

Sazzy Saian said...

boleh beli seafood? murah ka? di kastam mereka tanya tak?

Sazzy Saian said...

baru riki2 nak pi sana

RioAzzaro said...

beli seafood murah kat sana....bawak masuk dalam kotak yang dah di ikat...kastam scan je...tak kisah...klu ada group yg nak pergi sana contact la saya...saya buat pakej ke sana

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget