Sunday, November 29, 2015

JJNM : Warong Rasa-Rasa Johor

J.J.N.M : JALAN JALAN NAK MAKAN

Warong Rasa-Rasa Johor

RA nak kongsi satu lagi gerai sarapan pagi dan tengahari yang popular dengan menu masakkan Johor.Jika ada yang nak rasa Laksa Johor yang terbaik sila la ke Warong Rasa-Rasa Johor yang ter letak Jalan Inche Besar Zubaidah Johor Bahru.Nak tahu di mana letaknya jalan ini,anda boleh masuk melalui susur jalan Lingkaran dalam.Kedainya di belakang stesen Petronas je.Nak masuk melalui jalan Mariamah sebelah kubur Mahmudian tu pun boleh.Kedai agak tercuruk sikit,tapi kalau dah jumpa jalan tu memang jumpa punyalah.

Kalau datang lewat memang menu cepat habislah.Terutama Laksa Johor nie.Kena datang awal sebelum jam 830pagi lah.Rasanya cukup sempurna dengan pekat kuahnya,rasa ikannya,sambal belacannya serba serbi memenuhi citarasa RA.Selain Laksa Johor kat sini ada jual Lontong Kering,Lontong Basah,Nasi Ambang, Soto dan asam pedas jugak tau.

RA dah ayah memang hantu Laksa Johor,jadi kalau kami ke sini memang Laksa Johor jelah yang kami bedal dan cari.

Macam RA cakap tadi,kedainya agak tersorok sikit tapi di tepi jalan.Mereka buat warong di hadapan rumah je.Kalau datang lewat memang habis cepat sebab orang kerajaan banyak yang minum pagi di sini di sebabkan jaraknya kurang 2km dari bandaraya Johor Bahru.Selamat mencuba yea...



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget