Saturday, November 21, 2015

Bertugas di Bangkok Hari Pertama

 SAWADIKAP.....!!!!

 Nampaknya hari ini kita bersiaran terus dari Kotaraya Bangkok yea.RA ke sini atas tugasan membawa seramai 45 tetamu mengunjungi Bangkok selama 4Hari 3Malam.Dengan menaiki penerbangan Malaysia Airlines dari Johor Bahru ke Bangkok melalui KLIA , penerbangan kami selamat tiba jam 1030pagi waktu Thailand.Lawatan pertama yang kami tuju ialah ke Wat Arun yang terletak bersebelahan Sungai Chao Phraya. 

 Lawatan kemudiannya di teruskan ke 4Face Buddha di kawasan paling sibuk di Bangkok yang terletak berdekatan Erawan Hotel.Orang Thai di sini percaya doa mereka makbul di sini.

 Bersebelahan Four Face Buddha ini ada komplek membeli belah yang tidak kurang hebatnya.Nama komplek ini ialah Amarin Plaza.Sementara menunggu yang lain-lain balik RA dan beberapa tetamu yang tidak beragama Buddha singgah minum dan membeli belah sikit-sikit di sini.Tengok tu Van mereka jadikan Kafe Bar untuk lepak minum.Sebelum makan malam rombongan di bawa ke kilang membuat barangan kulit sambil membeli belah. 

 Makan malam kami di restoran ini.Katanya Halal dan menu utama ialah Tom Yam dan beberapa makanan laut.Kedainya tak berapa jauh dari Asia Hotel.

 Selepas makan malam , lawatan di teruskan ke Asiatique.salah satu tempat hub pelancongan yang baru saja di bina.Di sini terdapat pelbagai barangan cenderamata , Buai ala-ala Singapore Flyers , Kedai makan dan pelbagai pertunjukkan.

Ini adalah salah satu permaian yang di sediakan di sini.Bayaran kalau tak silap sekitar RM15 untuk 20minit.

 Terdapat juga pertunjukkan dari artis - artis jalanan.Kanak-kanak dari sekolah seni juga menbuat pertunjukkan untuk menampung dana pelajaran mereka.Ada yang main Gamilan , Piano dan juga gitar.Artis jalanan ini sangat kreatif dalam pertunjukkannya. 

 Nah amik kau, kebanjiran masakan laut yang terdapat di sini.Kebanyakkan kedai di sini tidak meletakkan tanda harga,jadi terpaksa lah RA tanya sebelum makan.Takut-takut kena pau.


Cuba je lihat video yang sempat RA rakamkan ini.Semuanya tentang makan.

Antara barangan yang di jual di sini.terdapat juga Bar dan kafe-kafe yang menjual minuman arak.

 Di sini ada audirotium jugak yea.Ada persembahan Muay Thai ala-ala teater muzikal kat Istana Budaya pulak.harga masuk RM35 seorang.RA tengok dari laur je poster-posternya.Jam 10malam kami bertolak pulang ke hotel untuk daftar masuk.Badan pulak dah penat habis satu hari jalan.Esok bersambung ke Pattaya pulak.  

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget