Monday, November 23, 2015

Bertugas Di Bangkok Hari ke3

Dah masuk hari ke 3 pun RA di Thailand.Hari ini lawatan pagi akan di bawa ke tengah-tengah laut andaman untuk aktiviti air.Cantik betul pantai Pattaya nie,putih dan di penuhi dengan pelbagai pelancung dari pelbagai negara.Bot menanti kami di tepi pantai membawa kami ke plantar yang terletak di tengah - tengah laut andaman.Di sini ada aktiviti payung terjun mengunakan Jetspeed.

Haa nie semua beratur nak tunggu giliranlah.Harga sekali naik mereka kenakan THB300 dalam RM36 macam tu.Ramai betul orang yang mencuba payung terjun ini.

Dari pelantar kat tengah laut RA di bawa ke salah satu pulau berdekatan.Kat sini deretan kerusi-kerusi rehat menanti pengunjung yang ingin bersantai.Perlu di ingat,kerusi-kerusi ini bukan di sediakan percuma yea.Setiap kerusi di kenakan sekitar RM5-10 mengikut jam.

Pantai kat sini memang jernih betul.Macam kristal,tak nampak satu sampah pun kat sini.Bersihnya pantai orang-orang Thai ini.

Pulang semula ke Pattaya jam 1petang dan macam ginilah keadaan di pantai Pattaya di waktu tengahari.Lengang sedikit mungkin masih ramai yang masih belum bangun tidur sebab malam semalam sibuk dengan aktiviti malam di sini. 

Daftar keluar hotel kemudian bersiap-siap untuk pulang ke Bangkok.Perjalanan kami berhenti di beberapa lokasi seperti Ladang Lebah,Kilang membuat dan memproses batu permata dan sebelum tiba ke Bangkok kami berhenti di Kem Gajah untuk merasa menaiki gajah.
Jam 9malam kami tiba di Bangkok untuk berisitirehat dan membeli belah di pasar malam yang beroperasi 24jam di Pasar Phatunam.Esok dah nak balik Jb jadi malam ini semua berkemas-kemas dan bersiap untuk pulang.Rindu nya nak makan Nasi Lemak dan Nasi campur.

No comments:

Pakej Jejak Sejarah di Tanjung Pinang Indonesia 2023

Assalamualaikum semua.. Seperti tahun-tahun sebelum ini.Ini adalah pakej pada harga terbaru ke Tanjung Pinang Indonesia pada tahun ini 2023....