Saturday, October 24, 2015

Bercuti di Batam Ala Riodenaz Enterprise

Hari ini RA membawa sebilangan tetamu dari Perak melawati Pulau Batam.Pakej yang di sediakan adalah pakej membeli belah dan lawatan sekitar Batam.Inilah dia wakil RA yang menunggu di Batam bersama Pemandu Pelancong.

 Sebahagian tetamu yang bergambar di dataran bersebelahan Masjid Raya Batam.Siap ada patung "Travelling Beruang" lagi.

Kumpulan yang mengikuti adalah sejumlah 40tetamu.Mereka semua menginap di Hotel Nagoya One.Hotel mereka di naik tarafkan dari hotel budget ke hotel 2bintang untuk lebih keselesaan.

 Inilah di Hotel Nagoya One.Lebih selesa dan ada di sediakan shuttle ke Nagoya Mall percuma.

   

Patung Travelling Beruang jugak tidak melepaskan peluang untuk bergambar ketika di Batam.Sedikit informasi tentang Batam.Pulau ini dahulunya di jadikan penempatan Pelarian Vietnam tetapi sesudah perang berakhir kesemua mereka telah di hantar pulang dan Pulau ini telah mendapat status Pulau Bebas Cukai oleh kerajaan Indonesia.Jadi Batam adalah surga membeli belah paling hampir dengan orang-orang Johor dan Singapura.

 Pakej yang RA buat ini termasuk 2malam penginapan + 2 x sarapan pagi + 1 x makan malam seafood + 1 x makan tengahari + lawatan sekitar gedung membeli belah di Batam.

 Menu buffet makan tengahari di restoran Sari Bumbu berhampiran Batam Center.

 Menu makan malam pulak berhampiran jetty Harbour Bay.Makan malam makanan laut sambil menikmati suasana tepi laut.Di sebabkan Jerebu kami tidak dapat melihat lampu-lampu neon di Singapura seberang laut je tak jauh dari Batam.

 RA pulang ke JB setelah semua urusan hari kedua selesai di aturkan oleh pemandu pelancong RA.Mereka masih bermalam semalam lagi di Batam,tapi RA kena pulang kerana ada urusan lain di Johor Bahru.


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget